Friday, October 9, 2009
ACC Asian Cup 2009 Thailand Round 2
Pelapis Kebangsaan: Hadapan sekali Yusrizal, M. Faiz Syarifuddin, Ahmad Fakhrullah Alias(terlindung) dan Ahmad Syakir Ismail dalam acara 4km kejar mengejar berpasukan lelaki elit.
Velodrom Huamark, Bangkok Thailand. Seramai 6 pelumba lelaki kebangsaan Malaysia mengambil bahagian dalam kejohanan Asian Cup pusingan kedua. Dua pelumba berpengalaman menerusi Rizal Tisin dan juga M.Junaidi Nasir. Manakala pelapis kebangsaan menurunkan 4 piston lelaki Yusrizal Usoff(Boy), Ahmad Fakhrullah Alias(Yo), Ahmad Syakir Ismail(Radio) dan M. Faiz Syarifuddin Abd Kadir.
Mereka adalah pertama kali dalam kejohanan besar seperti ini kecuali boy dan Yo kali kedua pededahan luar negara. Ini adalah kejohanan yang terbaik bagi mereka utk menimba seberapa byk pengalaman di sini. Kejohanan selama 2 hari dengan jadual acara yang rapat memastikan pelumba akan kurang mendapat rehat yang cukup. Iran antara negara yang menghantar pelumba elit dan juga ramai.
Esok Sabtu 10hb Oktober 2009, 800am acara 200m sprint kelayakan akan di sertai oleh Rizal Tisin pada pelepasan yang kelima dan Junaidi adalah pelumba terakhir. Mengikut latihan flying 100m, Junaidi menunjukan prestasi yang membanggakan dengan catatan masa 5.15saat(wheel set dengan 97 inch gear) serta Rizal pada 5.34 saat(tanpa racing wheel dengan gearing 99 inch gear). Melihat prestasi mereka saya menjangkakan mereka boleh mendapat kedudukan empat terbaik. Saya pasti Japan dan Iran akan memberikan pelawanan sengit sehigga final pada jam 715mlm.
840am Ahmad Syakir akan menyertai bg acara individu persuit 4km kejar mengejar dan 10:00am pula Yusrizal dan M. Faiz akan berganding bahu dalam acara 30km pelumbaan kiraan mata atau 30km Points Race. Bagi acara kiraan mata sudah tentu Iran dan Kazakstan akan bermatian mencari kemenangan podium. Setiap pelumba yang menang(podium) secara automatik akan kenakan Doping UCI dan random juga akan di kenakan mengikut kehendak pegawai Doping.
Acara Keirin juga akan berlangsung pada 2:30pm dan final jam 4:55pm menerusi Rizal dan Junaidi. Berharap menerusi acara ini Rizal dapat mengunakan "Turbo" ajaibnya dengan mengalung pingat emas. Sudah tentu ramai yang akan menumpu kepada Rizal untuk membuat pecutan tetapi Junaidi perlu mengunakan kesempatan yang ada jika mana mana pelumba yang leka pada lap terakhir. Seperti biasa pelumba Japan akan membuat pecutan 2 lap pertama setelah motor keluar dalam kawasan trek dengan "control speed" dan akan 100% satu lap terakhir. Pelumba Thailand juga tidak kurang hebatnya iaitu Prajak Mahawang(bekas pelajar WCC World Cycling Centre, Swiss) dimana tempat Josiah Ng berguru selama 2 tahun.
Lebih menarik 3km Team persuit wanita juga akan berlangsung akan tetapi kami tiada pelumba wanita. Scratch Race 15km pelumba negara akan berentap pada jam 6:20ptg oleh Yusrizal dan juga Ahmad Fakhrullah Alias(Yo) atau AFA. Kami mensasarkan mereka memenangi sebarang pingat walaupun ianya adalah kali pertama dalam ketegori elit. Semangat ingin menang dan berani perlu ada pada diri mereka serta keyakinan perlu di sebatikan dalam diri. Hari ini mereka memang ketara kelihatan gugup dengan melihat pelumba yang lebih dewasa dan matang.
Kami bersedia dibawah bendera tanahairku dan namamu Malaysia. Malaysia Boleh!!! Malaysia Tiger!!! Kami tidak gentar!!!
Akan bersambung...
FAKTA:
Hafiz Sufian pemenang pingat perak Keirin ACC Asian Cup Bangkok 2008 dan kini mengikuti kem latihan di Melbourne, Australia
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment