Friday, October 31, 2008

Program Berkayuh Untuk MTB

Satu program berspeda dan Wasita anjuran MPSJ bersama Kelab Kembara Kastam. Dumai, Sumatera pada 15hb-17hb Nov 2008.
Kos Rm320 setiap seorang termasuk feri, hotel 2mlm twin sharing dan diner.
Tetapi untuk MTB sahaja.
Jarak tempur <50km. Jalanraya+ladang kelapa sawit dan kampung.
Tempat terhad. Kepada yang berminat boleh deposit RM100 sebelum 1 nov 2008.
Passport kelompok akan dibuat pada 4hb Nov 2008 di pekan Rabu.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi En. Jasmi Baba - 019- 767 4013
- 014- 273 1073

Terima Kasih.

MSN ikat Beasley

MSN ikat Beasley

Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my


TERBUKTI...Beasley (kiri) memberi kata perangsang kepada
pelumba negara(uracca leow).

SECARA rasminya jurulatih basikal trek Malaysia yang membawa nama negara berada dalam kelompok tujuh terbaik dunia dalam acara pecut, John Beasley, kini sah menjadi milik kem basikal negara.

Jika selama ini khidmatnya itu menjadi tanda tanya sama ada akan terus bersama kem negara berikutan dimaklumkan terdapat beberapa negara yang turut berminat mendapatkan khidmatnya, Beasley kini akan membimbing kem negara selama dua tahun lagi.

Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong berkata selain daripada misi membawa pulang pingat emas Sukan Asia 2010 di New Delhi dan Sukan Olimpik 2012 di London, kontrak jurulatih dari Australia itu akan turut merangkumi tugas sebagai pengarah kejurulatihan mengendalikan program pembangunan sukan basikal di negara ini.

Zolkples berkata khidmat Beasley tidak hanya tertumpu kepada skuad elit malah kepakarannya itu akan dipraktikkan untuk atlit program pembangunan berikutan tenaga kejurulatihan tempatan nyata masih ketinggalan.




“Beasley sudah membuktikan keupayaannya sebagai jurulatih. Tugas barunya itu sudah dimaklumkan kepadanya dan dia juga bersetuju untuk kembali ke negara ini pada waktu-waktu tertentu bagi mengendalikan program kejurulatihan yang lebih komprehensif ,” katanya.


Zolkples yang ditemui selepas mesyuarat jawatankuasa kerja basikal, turut memaklumkan penyertaan Anuar Manan, Ahmad Haidar Anuawar dan Mohd Nor Ridzuan Zainal bersama skuad lebuh raya kebangsaan.

MSN sudah kota janji

MSN sudah kota janji

Oleh Aida Adilah Mat
aida@hmetro.com.my

MAJLIS Sukan Negara (MSN) mengotakan janjinya untuk membantu atlit mendapatkan pekerjaan bagi memastikan kerjaya sebagai atlit turut mempunyai masa depan.

Ketua Pengarah, Datuk Zolkples Embong (gambar) ketika mesyuarat jawatankuasa kerja bersama Persatuan Kebangsaan Basikal Malaysia (PKBM), kelmarin memaklumkan bahawa beliau sudah menghantar surat sokongan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kini Rizal Tisin hanya perlu menunggu panggilan ditemuduga.

Katanya, MSN amat prihatin terhadap keinginan atau kehendak atlitnya dan sememangnya bersedia memenuhi dalam membantu atlit mencapai apa yang diinginkan oleh mereka.

“Kami memberi bantuan untuk atlit mendapat pekerjaan. Bantuan tidak hanya tertumpu kepada kerjaya sebagai polis. Ada juga atlit lain yang sudah mendapat pekerjaan tetap seperti di Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.




“Tapi kerjaya polis yang diinginkan Rizal, jadi kita akan membantu dia. Berhubung dengan perkara itu, MSN sudah menghantar surat sokongan untuk dipertimbangkan pihak polis.


“Saya percaya permohonan itu akan memberi petanda positif untuk dipertimbangkan pada pengambilan akan datang dan jika Rizal diterima, dia harus bersedia untuk dipanggil menjalani latihan rekrut selama enam bulan,” katanya.

Zolkples berkata, bukan hanya Rizal, malah MSN tetap akan membantu atlit yang berada di bawah naungan MSN untuk mendapatkan pekerjaan tetap.

Surat sokongan MSN dilaporkan sudah sampai ke meja Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan kini hanya menunggu borang permohonan Rizal saja.

Thursday, October 23, 2008

Cycling vest shows how fast you are pedalling



Cycling vest shows how fast you are pedalling
An inventor has created a cycling vest that displays its wearer's speed to other road users.

By Jessica Salter Last Updated: 4:51PM BST 23 Sep 2008

US inventor Brady Clark said the speed vest would boost safety by making motorists more aware of bikes Photo: NATHANIEL FREEMAN


The high visibility Speed Vest is aimed at increasing road safety.
US inventor Brady Clark said it would boost safety by making motorists more aware of bikes.
The vest displays the wearer's speed on their backs in large, lighted numerals.
It uses a sensor on the wheel to send a signal to a microcontroller that calculates the speed and turns the numbers on and off on the vest.


The battery-operated vest can display a top speed of 70 miles per hour.
Mr Clark said: "The Speed Vest was invented because we were curious to know if putting more information in front of drivers might change their awareness of bicyclists.
"We suspect a lot of people don't realise that an average person can bike 10-15 mph."
He said he thought the vest could encourage motorists to take up cycling if they realised they could pedal at relatively high speeds.


Mykle Hansen, who engineered the vest, said: "Interestingly, we've been contacted by runners who want to wear the vest in races. How we do the speedometer for that, I don't yet know, but it's great that people see this invention and come up with uses we couldn't have predicted."
The Speed Vest is currently only used to teach motorists about road safety but could be available to buy early next year.

Sunday, October 19, 2008

Salam Takziah buat Keluarga DAAA

Datuk Astaman Abdul Aziz( antara orang yg memajukan sukan berbasikal negara)
Arwah Sara.(gambar di atas). Al - Fatihah


Salam, takziah buat keluarga Datuk Astaman Adul Aziz dan maaf atas pemergian anak kesayangan mereka Sara pada lebih kurang 9:15pm 19hb Oktober 2008. Mudahan rohnya aman tenang di sisi orang2 yg beriman. Amiin. Al - Fatihah.

Thursday, October 16, 2008

let's sports by Harnizam

video

Part Two- Jom tgk lagak mereka ACC Cup R1, Bangkok.

1,2,3....angkat... sprinters dengan Mr. Taos yg membantu mengurus kehadiran kami serta negara2 lain.

G. Nite....(hafiz)
Sawadikap..... mai mai jemput abang... welcome to Thailand...

Beca nie sebenarnya tak boleh sentuh, tapi dorang main belasah jer...

ahahahahahhaha............ lawan piepie....... saper paling laju..

Kenangan sebelum berlepas sementara Manager menguruskan check-in

Harnizam dengan abang kandung Hang misai dan Hang kebun... puak berani mati...

Dulu kini selamanya............

senyum...... awek Thai nie tekebil2 bila bdk2 nie ajak ambil gambar....

pehh saper lagi katang? last call ambil gambar selepas tamat pelumbaan dengan pelumba Japan.

si kecik: tanda bagus, 1st time ambik gambar dengan " Nyah " Thailand... i Like Big......

Nyah nie suka kat Jauhar kanan sekali.... malam tak leh tidur, Jatuh cinta Bangggg.....(tengok tangan Zam...)huhuhuuu

letih bang,.... Kalah sipi2 nie... aduh... wat ilek jumpa round 2 kat Malaysia. Jaga baik

our cyclist... menunggu dlm acara team sprint, sebelah team Japan


Sama2 bantu.... kasi korek block skit...

Hafiz bantu stretching untuk Harnizam before start Keirin and Kilo event
Harnizam warm up for keirin..

Hafiz dengan seluar keirin(star)..... Go keirin Jooooo!!!!

Track velodrome Huamark Thailand....

Ko kenal aku saper?..... Hafiz and some body from Belanda.

kenangan kereta idaman kalbu... sempoi...

Cyclist testing track Huamark selepas pasang bike pada hari pertama ketibaan pada jam 3ptg.

Harnizam dan Wan setelah siap2 pasang bike...

Lihat rakyat Thailand, mana2 pon jadi bersukan, siap perempuan gemuk (tengah) reti main Takraw. Patutlah mereka Champion

Tuesday, October 14, 2008

Jom tgk lagak mereka ACC Cup R1, Bangkok.

M. firdaus(wan), Uracca dan Harnizam Basri sempat possing ketika menunggu di lapangan Terbang Bangkok.

Azian Alias(masih single mangle) dan Hafiz Sufian sempat dance kat Lapangan terbang Bangkok.

Preparation, kelihatan Abg Mat Coach Endurace Elite aka manager, Azian menunggu bike nya siap oleh bro rafie. Di belakang group sprinters sedang warm up untuk acara Team Sprint. Hujung, Kanan sekali brother hemsem serba oren.

Saya kelihatan penat dan tertidur sambil menunggu cyclist di lobi Chaleena Hotel.

Hafiz dan Uracca antara cyclist antara yang paling sexy lagi the bomm.

Abg Mat settle kan tiket untuk check in di KLIA. Hafiz sempat balut bag yg baru di belinya di The Curve damansara.

Korang jgn main giler, kang aku masuk kan korang dlm kotak2 nie..

jangan2!!, please help me............!!!! Hampir2 di perkosa oleh semua sprinters.

Sprinters tanpa malu2 main tomoi area check-in lapangan terbang Bangkok. Pengurusan En.Taos pun pening kepala dengan sikap sprinters. Beliau ada beritahu saya nk jumpa doctor atas kelakuan giler sprinters. Along dan Saufi senan hanya memerihati.

kiss me babehh.........

Ops.. siapa itu ha..

Uracca dan saya (lapangan terbang Bangkok).

Main giler area shopping lapangan terbang Bangkok, dari kiri, Jauhar dan Abg Mat

Layan jer budak nie....

Kem team Malaysia , Firdauz dan Harnizam sedang warming up

Dapat tidur 10 minit jadilah....

best siak layan 2 bijik burger McD KLIA.... uhhh best2...

Apa sudah jadi? Harnizam tidur di ruang masuk tandas lelaki...


note: Apa2 pon tahniah kepada cyclist negara, usaha lagi. Total cyclist negara hanya membawa balik 2 medal, silver madel menerusi hafiz dlm acara Keirin dan broze medal oleh Uracca Leow dlm acara 3km ind. time trial - catatan masa 4 minit 3 saat. Tahniah sekali lagi.

Malaysia Boleh!!!3x

Sunday, October 12, 2008

Harnizam Basri Tulang belakang negara

Hua mark, Bangkok. Cuaca yg agak terik pada event sebelah ptg tidak sekali mematahkan semangat oleh pelumba negara untuk terus berjuang habis habisan di akhir acara penutup ACC 2008. Harnizam Basri dengan 3 acara keirin final sebelah pagi dan petang bagi acara team sprint(org ketiga) dan 1km time trial. untuk acara team sprint qualifiying pelumba negara berada pada tangga ke-4 di belakang Thailand(elite). Selang 50minit kemudian Harnizam bekerja keras dlm acara 1km walaupun keletihan selepas berlepas org no 3 untuk team sprint. Harnizam putih mata selepas mencatatkan masa 1:09:3xx's untuk tempat ke-4. Pelumba Japan mengungguli acara 1km, kedua iran dan ke-3 Taipei (1:09:0xx"s).
Scratch race men 15km elite -Shahrul Afiza(kurang sihat)dan Saufi Senan hanya menghabiskan pelumbaan, walaupun kekurangan latihan mereka mengunakan kekuatan mental untuk memberikan saingan yg terbaik.

Scratch race 10km women elite- Uracca mendapat tempat ke-4, Azian Alias turut berada dlm kelompok besar.

650pm- Final team sprint 3-4 antara Malaysia dan Thailand, pelumba negara agak kebuntuan pada permulaan(24.2"s oleh M. firdauz izuan)lap pertama. Juga Thailand terus memecut meninggalkan 2buah basikal(oleh Hafiz) dan Harnizam Basri menjadi penentu apabila pelumba ketiga Thailand agak pelahan pada separuh laps terakhir. Finishing antara Harnizam dan pelumba Thailand masing2 sampai sama kegarisan.

Keputusan memihak kepada Thailand(1:05:824's) dan Malaysia(1:05:921's).

Secara purata saya berpuas hati atas kerjasama antara mereka dengan satu team spirit serta kesungguhan walaupun baru pulang berhari raya dan saya berharap mereka boleh mengukur tahap mereka ketika ini untuk terus berlatih sebelum ACC asian Cup Round 2 di Malaysia(tarikh belum tahu). Insya Allah, saya berharap peminat2 cycling akan dtg menyokong pelumba negara di Malaysia seperti mana yg di tunjukan oleh rakyak Thailand yg begitu semangat kenegaraan.
Semoga kita cemerlang, terbilang dan cemerlang.

RESULT - FINAL TEAM SPRINT MEN ELITE.

1ST- JAPAN--------1:04: 52's
2ND- IRAN---------1:04: 302's
3RD- THAILAND---1:05: 824"s
4th- MALAYSIA---1:05: 921"s- M. firdaus(wan), Hafiz sufian dan Harnizam Basri

RESULT - 1KM TIME TRIAL MEN ELITE

1ST - TANAKA HARUKI ---1:07:242 's
2ND - ALIREZA AHMADI--1:07:511 's
3RD - LIAO KUO LUNG----1:09:061 's
4th - HARNIZAM BASRI--1:09:387 's

FINAL KEIRIN MEN

1ST - JAPAN
2ND - MALAYSIA - HAFIZ SUFIAN
3RD - IRAN
4th - JAPAN
5TH - IRAN
6TH - MALAYSIA - HARNIZAM BASRI

FINAL KERIN WOMEN ELITE

1ST - THAILAND
2ND - THAILAND
3RD - HONG KONG
4th - JAPAN

SCRATCH RACE WOMEN 10KM

1ST - THAILAND-------14:39:301'S
2ND - CHINESE TAIPEI
3RD - THAILAND
4RD - MALAYSIA - URACCA LEOW

FINAL 200M ELITE MEN

1ST- FUKAYA TOMOHIRO-------JAPAN
2ND-HASSANALI-----------------IRAN
3RD- AMAGAI KAZURA----------JAPAN
4th- CHUAIKUN WIWATCHAI--THAILAND
7TH- M. JAUHAR ISMAIL--------MALAYSIA


Salam di rantau orang dari kami, Sawadi'kap... madai madai..kap kung kap..

Wassalam.

Hua mark - Hafiz Sufian tunjuk taring keirin

Salam.

Pagi ini kami menumpukan perhatian dan harapan kepada acara keirin final men, Strategi kedua pelumba kita untuk berada di belakang motor di halang oleh kedua pelumba Japan, dalam pemikiran saya memang tepat kerana mereka sering berbuat demikian. Hafiz berada pada kedudukan ke 3 berada di belakang pelumba Japan, harnizam cuba untuk masuk di belakang Hafiz tetapi pelumba Iran lebih agresif menghalang laluan hanizam, dan hafiz terpaksa memberi ruang kepada harnizam untuk menjadikan kedudukan ketika itu japan dihadapan, malaysia 3-4 dan iran 5-6.

Harnizam dengan gearing 49x14 dan hafiz 46x13 lebih berat dari gearing harnizam. Mereka sekali lagi kecundang dlm planing awal selepas motor keluar dari trek, apabila japan mengunguli kelajuan pada 80% dan di asak oleh pelumba elite iran(Mahmud Parash) menyebabkan Hafiz di hempit dan harnizam tepaksa kebelakang apabila Mahmud masuk ketengah antara Hafiz dan harnizam kerana kesilapan Harnizam tidak berada betul2 di dalam line sprint(line Hitam). Kelajuan maximum oleh FUKAYA TOMOHIRO cuba dihalang oleh Mahmud ketika itu selepas bunyi loceng untuk lap yg terakhir.

Keputusan tidak rasmi berpihak kepada 1st Mahmud Iran, 2nd Japan FUKAYA, 3rd MALAYSIA(hafiz). Selepas Chief komisar(Japan) menjalankan perbincangan untuk keputusan rasmi, kedudukan telah berubah apabila Mahmud Iran telah di persalahkan oleh kerana menghimpit seorang pelumba ke garisan sprint dan Mahmud di kenakan "Religated" menyebabkan dia terpaksa berpuas hati di tempat kelima.

Result Keirin Men Final:

1st: FUKAYA TOMOHIRO- JAPAN
2nd: M. HAFIZ M. SUFIAN- MALAYSIA
3rd: HASSANALI VARPOSHTI- IRAN
4rd: AMAGAI KAZUKI- JAPAN
5TH: MAHMUD PARASH- IRAN
6th: HARNIZAM BASRI- MALAYSIA


Untuk acara point 30km elite men pelumba negara Shahrul Afiza dan Saufi Senan tidak dapat menghabiskan pelumbaan. Kedua mereka DNF. Ptg nanti mereka akan berlumba untuk acara Scratch Race bersama M. Jauhar.
Tumpuan ptg nanti adalah acara team sprint lelaki elite dan 1km time trial.

Tamat.

Saturday, October 11, 2008

Huamark- Uracca, Harnizam dan Hafiz cemerlang

Huamark, Bangkok. Lebih manis apa bila uracca leow memenangi bronze medal dalam acara 3km individu persuit elite women, mengalahkan pelumba Japan.
Uracca mencatatkan masa 4: 03: xxx's. M. Jauhar pula sekadar tempat ke-7 dlm acara 200m.

Trek huamark sekali lagi bergegar apa bila dua huruf "H' Harnizam Basri dan Hafiz M. Sufian kedua duanya telah menepah tiket ke keirin final. Mereka akan berdepan dengan 2 pelumba Japan dan 2 pelumba Iran. Strategi dan gearing telah di atur, mudah mudahan mereka berdua naik podium dan menyanyikan lagu negaraku bersama.

Hujan lebat membasahi Velodrome Huamark pada jam 830pm, menyebabkan acara point race elite men dan Keirin final elite men terpaksa di tunda pada esok pagi(12hb oktober 2008) pada jam 830am(930am waktu Malaysia). Acara final keirin pula bermula pada jam 10am(11am waktu Malaysia).

NSC plan to revive Sports Partnership programme

NSC plan to revive Sports Partnership programme
By S. RAMAGURU

Cycling:

KUALA LUMPUR: The National Sports Council (NSC) are considering embarking on a second round of the “Sports Partnership” programme.
The first programme, launched in 1994, attracted 28 sponsors to partner with the various sports associations for development purposes.

NSC director general Datuk Zolkples Embong said yesterday that the partnership programme allowed the private sector to join hands with the sports associations in a win-win situation.
“It was effective but soon after the Jaya 98 programme ended, the partnership scheme also ended although there are a few companies still sponsoring sports associations.(The Jaya 98 programme was initiated to bring success in the 1998 Kuala Lumpur Commonwealth Games.)

“The programme in the 90s bore fruit as the government gave their full backing and provided vital support,” he said.
Zolkples said they have been working on the idea (of reviving the programme) for some time and hope to get it moving by next year.
“We are preparing a paper on the matter to be submitted to the Cabinet Committee for Sports. We have to take into account the current situation and see how the new programme can be operated.

“I will brief the Cabinet Committee on the details at our next meeting and hopefully it will get the nod,” he added.
Under the programme, the NSC helped to identify the sponsors for the various sports and ensured that the funding targets were met.

The NSC are currently working on the 2012 programme targeted towards the London Olympics. The programme €” Road to London €” was launched last month.
Before the London Olympics, there will be the Guangzhou Asian Games and the New Delhi Commonwealth Games in 2010.

“It will be timely to tie up the sports associations with specific sponsors so that they can work together with specific targets in mind. For now, we are still working on the details,” he said.

Track cyclist Rizal hunting for a job to safeguard his future

Track cyclist Rizal hunting for a job to safeguard his future

By LIM TEIK HUAT

PETALING JAYA: Track cyclist Rizal Tisin has put off his return to Melbourne for training to look for a job.
But he insisted that this didn’t mean he was giving up his cycling career.
The Malaysian track cylists €” Azizul Hasni Awang, Mohd Edrus Yunus, Junaidi Nasir and Fatehah Mustafa €” left for Melbourne to resume training under Australian coach John Beasley two days ago after their month’s break for the Hari Raya holidays.
But Rizal, Asia’s current top ranked rider in the 1km time trial, has opted to stay back and look for a job to fall back on in case things go wrong.

“I am already 24 and I think it’s time I started to think about my future. What happens if I cannot cycle anymore?,” said the two-time Asian champion.
“I am looking for a job which will give me the security to provide for myself after I retire.
“But as soon as I have sorted this out, I will return to Melbourne to train with the team.”
Rizal said he had sent in an application to join the police force, like some of his former team-mates in the national cycling squad.

Rizal, the third youngest in a family of four siblings, is surviving on the allowance he gets from the National Sports Council (NSC) as a full-time athlete.
While here, Rizal will train under back-up coach Fairoz Izni Abdul Ghani in Kuala Lumpur based on the programme drawn up by Beasley.
“I should be back in Melbourne by February as I want to compete in the World Championships in Poland in March.

“I still have my eyes on making the 2012 Olympics in London,” said Rizal, who featured in the Beijing Olympics in August.
Rizal has qualified automatically for the world meet by virtue of winning the Asian title in the 1km time trial but he will definitely miss the majority of the World Cup season if he only joins the team in February.

The national track team are slated to compete in four legs of the World Cup circuit, beginning with the second-leg in Melbourne next month.

PKBM sedia bantu Rizal selesai masalah - Naim

PKBM sedia bantu Rizal selesai masalah - Naim

PERSATUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) memandang serius keputusan pelumba trek negara, Rizal Tisin yang membuat keputusan untuk menangguhkan latihan di Melbourne, Australia bagi mencari peluang pekerjaan tetap buat dirinya.
Timbalan Presiden PKBM, Datuk Naim Mohamad berkata, adalah menjadi tanggungjawab persatuan untuk menjaga kebajikan atlet bagi memastikan mereka terus membawa kejayaan kepada negara.

"Masalah Rizal akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa kerja PKBM dan Majlis Sukan Negara (MSN) Khamis depan bagi mencari jalan penyelesaian terbaik," katanya semalam.
"Bukan sahaja Rizal, malah masa depan atlet berbasikal kebangsaan yang lain terutamanya yang sedang menyarung jersi negara akan turut dibincangkan."

Keputusan Olahragawan Selangor 2006 yang kini berusia 24 tahun itu pastinya membantutkan perancangan PKBM dan MSN untuk meraih pingat pada Sukan Olimpik 2010 di London.
"Kita juga menyeru negeri kelahiran pelumba, agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan swasta agar dapat menyerap mereka menjadi kakitangan tetap," kata Naim.
Empat pelumba telah melaporkan diri di Melbourne di bawah kendalian jurulatih John Beasley iaitu Mohd. Azizulhasni Awang, Josiah Ng, Mohd. Edrus Yunos dan Fatehah Mustapha manakala Junaidi Mohd. Nasir akan kembali berlatih bulan depan.

Untuk rekod, antara pelumba yang telah mendapat pekerjaan tetap dan masih aktif ialah Azizulhasni (Majlis Perbandaran Dungun), Mohd. Fauzan Ahmad Lutfi (PDRM), Suhardi Hassan (DBKL) dan Mohd. Firdaus Daud (TLDM).
Naim berkata, dia kurang bersetuju dengan hasrat Rizal untuk menyambung latihan di negara ini jika gagal mendapat pekerjaan tetap.

"Jadi apabila melibatkan acara berpasukan, beliau memerlukan latihan bersama untuk mendapatkan persefahaman yang tinggi selain mencatatkan masa yang baik bersama," katanya.
Dalam acara pecut berpasukan pada temasya Olimpik XXIX di Beijing, Rizal bertindak sebagai pelumba ketiga bergandingan dengan Azizulhasni dan Josiah untuk menduduki tempat ketujuh keseluruhan

Atlet berhak rancang masa depan



Atlet berhak rancang masa depan

Oleh MN NORZASRUDINnorzasrudin@kosmo.com.my
KERATAN \Kosmo!\ semalam.


KEPUTUSAN pelumba basikal trek negara, Rizal Tisin untuk menangguhkan latihan di bawah kendalian jurulatih John Beasley di Melbourne, Australia perlu dihormati semua pihak.
Meskipun keputusan ini agak memeranjatkan, ia perlu dipandang serius terutamanya dalam menjaga hati dan kebajikan atlet terbabit.
Mengulas isu tersebut, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong (gambar) berkata, atlet negara berhak membuat keputusan untuk merancang masa depan mereka.
Tambahan pula katanya, lumba basikal boleh dianggap sebagai sukan yang berisiko tinggi dan sebarang kemungkinan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Zolkples mengakui, penangguhan ini hanya bersifat sementara dan ketika ini, tidak ada kejohanan besar yang perlu dihadapi pelumba negara.
"Kita telah berbincang dengan Beasley dan dia bagi kebenaran kepada Rizal untuk berlatih di bawah kendalian jurulatih pembangunan, Fairoz Izni Abd. Ghani.
"Ini adalah keputusan Rizal dan kita perlu menghormatinya. Selain itu, kita juga sedang membantu dia untuk mendapatkan pekerjaan yang dia mahu.
"Kita tidak mahu memaksa dan berkeras kerana ia boleh menjadikan situasi ini lebih buruk, sekali gus mematahkan semangat pelumba untuk meneruskan karier mereka.
"Bagaimanapun Rizal tidak perlu bimbang kerana kebajikannya sentiasa terjamin dan dia bakal memperoleh elaun yang lebih tinggi selaku juara Asia.
"Selain itu, dia juga diberi layanan yang istimewa dan dilengkapi dengan segala kemudahan sepanjang berlatih di Melbourne," kata Zolkples kepada Kosmo! semalam.
Ketika ini, pelumba kelahiran Selangor yang berusia 24 tahun ini cuma memperoleh elaun bulanan sebanyak RM1,500 selain Skim Hadiah Kecemerlangan Sukan (Shakam).
Begitupun jumlah itu akan bertambah menjadi RM2,500 bermula Januari ini berikutan kejayaannya memenangi pingat emas pada Kejohanan Lumba Basikal Asia (ACC).
Bagaimanapun Zolkples mengakui, situasi Rizal ini perlu ditangani dengan baik bagi mengelak sebarang situasi yang lebih buruk, sekali gus menjejaskan misi negara.
Ini kerana Rizal adalah antara pelumba penting yang menjadi sandaran untuk meraih pingat pada Sukan Olimpik 2012 di London selepas mempamerkan kecemerlangan di Beijing, Ogos lalu.

"Kita tidak mahu keputusan Rizal ini akan membantutkan perancangan kita untuk meraih pingat pada Sukan Olimpik 2012 dalam acara lumba basikal trek.
Untuk rekod, Rizal pernah memenangi pingat emas dalam acara keirin pada ACC 2006 di Kuala Lumpur, emas 1km ujian masa dan pecut berpasukan di Korat, Thailand 2007 dan emas 1km ujian masa ACC di Nara, Jepun awal tahun ini.

MSN janji bantu Rizal cari kerja

MSN janji bantu Rizal cari kerja
Oleh Meor Hisham Zulkiflibhsukan@bharian.com.my
Mohd Rizal Tisin
MOHD Rizal Tisin diminta meneruskan latihan untuk memantapkan kayuhannya selepas Majlis Sukan Negara (MSN) berjanji akan berusaha membantu mencarikan pekerjaan untuknya. Pengarah Cawangan Elit MSN, Arrifin Ghani berkata MSN akan menghubungi Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia bagi merisik peluang pekerjaan yang menjadi impian atlit berbasikal yang juga juara Asia acara 1KM ujian masa. Kelmarin Rizal, 24, meluahkan perasaan yang terpendam bagi mencari pekerjaan demi masa depannya dan mengetepikan latihan di Melbourne bersama pelatih lain, Mohd Azizulhasni Awang dan Edrus Mohd Yunos yang pulang ke pangkalan mereka, Isnin lalu.
Arrifin berkata, MSN mengakui agak lambat bertindak walaupun Rizal sudah pun membayangkan gelodak di hatinya sebelum Sukan Olimpik lalu kerana tidak mahu menjejaskan program latihan serta tumpuan atlit itu. “Kini selepas saya diberitahu bahawa jurulatihnya (John Beasley) sudah pun memberikan lampu hijau untuk dia meneruskan latihan buat sementara di bawah kendalian Fairoz Izni Abd Ghani, barulah MSN mengorak langkah. “Kita harap masalah ini dapat segera selesai bagi membolehkan dia kembali meneruskan latihan pusat menjelang persiapan kita untuk Sukan Asia,” katanya.

Majulah Sukan Untuk Negara !!!

Latest up date for result Asian cup 1st round

TODAY - 11th October 2008.

8am - 200m elite men(total-12 cyclist) Malaysia menurunkan 2pelumba terbaik development iaitu M. Jauhar(Jo) tempat ke-8 catatan masa 11.843 dan M. Firdaus Izuan(wan).ke-9 dengan masa 11. 861s.

Hanya Jo layak ke 1/4 final(8 terbaik), dan berentap dlm heat pertama dengan pelumba Development Japan FUKAYA TOMOHIRO(11. 040s). Jo tewas, dan terpaksa memasuki heat final 5-8 pada jam 6pm(7pm waktu Malaysia).

Untuk acara individu persuit elite women 3km, URACCA LEOW terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tempat 3 terbaik (4: 08: xxx's)dan terus layak untuk final 3-4(bronze medal). Kita harap Uracca menang untuk sebutir pingat bagi menceriakan kem Malaysia. Dia akan berentap pada pukul 4:20pm(520pm waktu Malaysia).

330pm - event Keirin bermula, Kami menurunkan Harnizam Basri dan M. Hafiz M. Sufian. Terdapat 2 heat kesemuanya 12 pelumba. Setiap heat terdapat 6 pelumba, 3 pelumba terbaik sahaja akan terus ke final. Final Keirin bermula pada jam 8:45pm(945pm waktu Malaysia).

6:40pm - Azian Alias dan Uracca berganding dlm acara Point race.
7:15pm - Shahrul Afiza(Along) dan Saufi Senan berganding dlm acara point race.

12th October 2008(sunday)

330pm - Team Sprint women(Azian and Uracca)
350pm - Team Sprint men elite( M.Firdaus, M. Hafiz dan Harnizam Basri)
445pm - 1km time trial Elite men (Harnizam Basri)
545pm - Scratch race 15km elite men (Saufi senan, Shahrul afiza dan M. Jauhar)
6:05pm - Scratch race 10km elite women (Azian dan uracca)

Selamat berjuang cyclist negara. Malaysia Boleh!!!3x

Friday, October 10, 2008

Malaysia’s former national cyclists has concerns



Malaysia’s former national cyclists has concerns
21 Sep 2008
20 views
Despite having Asian Keirin Champion in Rizal Tisin and Azizul Hasni Awang plus four riders qualified for the last Beijing Olympics, you might think the Malaysian cycling is improving but not coming from former national riders, Datuk Malek Maidin, Fairoz Izni Abdul Ghani and Hardi Razali
The three of them concerned at the local state of cycling, they with the help of friends launched Keirin Open. They are concern that Malaysian National Cycling Federation (MNCF) and National Sports Council (NSC) will struggle with youth development and there’s a lack of local track race for the seniors
They cited the last local race was back in 2005 and that held as it was just for the sake preparing the cyclists for the SEA Games. The riders also claimed they were turned down by the association for a training program during Ramadhan
That was the last straw and the trio created Keirin Open. Instead of renting the velodrome to train, they concocted the idea to hold monthly races and it was successfully held last 13th September
Well done!
http://www.seagames.tv/sports/cycling/malaysias-former-national-cyclists-has-concerns

Thursday, October 9, 2008

Doa kan kejayaan kami di Bangkok

Salam. Saya berada di Bangkok, team Malaysia menyertai kejohanan Asian Cup. Acara bermula 11hb-12hb Oktober 2008. 11hb start acara 200m dan keirin untuk group sprinter. Harap Hafiz dan Harnizam masuk ke final. M. Jauhar dan M. Firdaus Izuan akan berentap dlm acara 2oom elite. Team japan menurunkan group development. Lihat Taiwan dan Thailand turun kan team elite.
12hb kita petaruhkan gandingan team sprint M.Firdaus, Hafiz Sufian dan Harnizam. Kita turun kan jaguh development Harnizam basri untuk acara 1km. Kasi gegar itu trek huamark yeahhh... Apa2 pun kami mengharapkan sokongan dan doa dari pembaca blog ini. Semoga perjuangan mereka mendapat kejayaan. Majulah sukan untuk negara dan Malaysia Boleh!!!3x