Saturday, October 11, 2008

MSN janji bantu Rizal cari kerja

MSN janji bantu Rizal cari kerja
Oleh Meor Hisham Zulkiflibhsukan@bharian.com.my
Mohd Rizal Tisin
MOHD Rizal Tisin diminta meneruskan latihan untuk memantapkan kayuhannya selepas Majlis Sukan Negara (MSN) berjanji akan berusaha membantu mencarikan pekerjaan untuknya. Pengarah Cawangan Elit MSN, Arrifin Ghani berkata MSN akan menghubungi Majlis Sukan Polis Diraja Malaysia bagi merisik peluang pekerjaan yang menjadi impian atlit berbasikal yang juga juara Asia acara 1KM ujian masa. Kelmarin Rizal, 24, meluahkan perasaan yang terpendam bagi mencari pekerjaan demi masa depannya dan mengetepikan latihan di Melbourne bersama pelatih lain, Mohd Azizulhasni Awang dan Edrus Mohd Yunos yang pulang ke pangkalan mereka, Isnin lalu.
Arrifin berkata, MSN mengakui agak lambat bertindak walaupun Rizal sudah pun membayangkan gelodak di hatinya sebelum Sukan Olimpik lalu kerana tidak mahu menjejaskan program latihan serta tumpuan atlit itu. “Kini selepas saya diberitahu bahawa jurulatihnya (John Beasley) sudah pun memberikan lampu hijau untuk dia meneruskan latihan buat sementara di bawah kendalian Fairoz Izni Abd Ghani, barulah MSN mengorak langkah. “Kita harap masalah ini dapat segera selesai bagi membolehkan dia kembali meneruskan latihan pusat menjelang persiapan kita untuk Sukan Asia,” katanya.

Majulah Sukan Untuk Negara !!!

2 comments:

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Harap MSN boleh bantu mereka yg tiada pekerjaan, Apa2 pon kita sebagai cyclist kena juga berusaha. Sama2 bekerjasama.

East Coast Cycling Team said...

Itu yang sebaik baiknya.Jangan Rizal sahaja sepatutnya semua atlit atlit lain yang telah mengorbankan masa dan titik peluh untuk mengharumkan negara kita Malaysia. Kalau itu janji MSN shukur Alhamdulillah.....!