Sunday, October 12, 2008

Hua mark - Hafiz Sufian tunjuk taring keirin

Salam.

Pagi ini kami menumpukan perhatian dan harapan kepada acara keirin final men, Strategi kedua pelumba kita untuk berada di belakang motor di halang oleh kedua pelumba Japan, dalam pemikiran saya memang tepat kerana mereka sering berbuat demikian. Hafiz berada pada kedudukan ke 3 berada di belakang pelumba Japan, harnizam cuba untuk masuk di belakang Hafiz tetapi pelumba Iran lebih agresif menghalang laluan hanizam, dan hafiz terpaksa memberi ruang kepada harnizam untuk menjadikan kedudukan ketika itu japan dihadapan, malaysia 3-4 dan iran 5-6.

Harnizam dengan gearing 49x14 dan hafiz 46x13 lebih berat dari gearing harnizam. Mereka sekali lagi kecundang dlm planing awal selepas motor keluar dari trek, apabila japan mengunguli kelajuan pada 80% dan di asak oleh pelumba elite iran(Mahmud Parash) menyebabkan Hafiz di hempit dan harnizam tepaksa kebelakang apabila Mahmud masuk ketengah antara Hafiz dan harnizam kerana kesilapan Harnizam tidak berada betul2 di dalam line sprint(line Hitam). Kelajuan maximum oleh FUKAYA TOMOHIRO cuba dihalang oleh Mahmud ketika itu selepas bunyi loceng untuk lap yg terakhir.

Keputusan tidak rasmi berpihak kepada 1st Mahmud Iran, 2nd Japan FUKAYA, 3rd MALAYSIA(hafiz). Selepas Chief komisar(Japan) menjalankan perbincangan untuk keputusan rasmi, kedudukan telah berubah apabila Mahmud Iran telah di persalahkan oleh kerana menghimpit seorang pelumba ke garisan sprint dan Mahmud di kenakan "Religated" menyebabkan dia terpaksa berpuas hati di tempat kelima.

Result Keirin Men Final:

1st: FUKAYA TOMOHIRO- JAPAN
2nd: M. HAFIZ M. SUFIAN- MALAYSIA
3rd: HASSANALI VARPOSHTI- IRAN
4rd: AMAGAI KAZUKI- JAPAN
5TH: MAHMUD PARASH- IRAN
6th: HARNIZAM BASRI- MALAYSIA


Untuk acara point 30km elite men pelumba negara Shahrul Afiza dan Saufi Senan tidak dapat menghabiskan pelumbaan. Kedua mereka DNF. Ptg nanti mereka akan berlumba untuk acara Scratch Race bersama M. Jauhar.
Tumpuan ptg nanti adalah acara team sprint lelaki elite dan 1km time trial.

Tamat.

1 comment:

East Coast Cycling Team said...

Tahniah dan syabas...diatas kejayaan anda.