Tuesday, January 25, 2011
LTdL 2011: Peringkat Ketiga - 144.9km Taiping ke Sitiawan
Cuaca sedikit terik di permulaan perlumbaan peringkat ketiga dari Taiping menuju Sitiawan di mana poloton tidak begitu aktif walaupun ada beberapa pelumba yang cuba membuat pemisah dari awal selepas 0km di lepaskan oleh kerana pelumba pendaki dalam cubaan mencapai garisan di puncak bukit KOM 4 (Bukit Gantang) dengan ketinggian 158m.
Para pelumba GC(General Classification) mengasak seawal antara 10km di puncak KOM pada kilometer 17.3. Sebelum pendakian, satu perlanggaran berkelompok di mana pelumba Kebangsaan Malaysia dan tempatan terselamat dari insiden berkenaan.
Selepas pendakian berkenaan satu zon pecutan(satu) di kilometer 32.7 telah di rangkul oleh pelumba TSG Anuar Manan yang telah memintas lebih awal pelumba Italy Andrea selaku pendahulu perlumbaan setakat ini.
Pelumba Kebangsan Malaysia, Rizuan Zainal bijak melepaskan diri bersama Rhys Pollock(Drapac) untuk seketika sebelum tempatnya di ambil alih oleh Loh Sea Keong yang bercita untuk melakukan pemisah sebelum perlumbaan di lepaskan pada jam 11 pagi ini.
Loh dan Rhys berganding dengan baik sehingga berjaya selaku pendahulu ketika itu dengan jarak 81km sebelum matlamat mereka di tumpaskan oleh beberapa pasukan yang tidak berkenaan(Landbouwkrediet) dalam GS juga mengejar mereka pada 6km terakhir kepenamat.
Walaupun di telan peloton setelah lebih empat(4) minit di hadapan, Loh berjaya melepasi dua zon pecutan dan beliau telah memungut 10 mata dan bonus sebanyak 6 saat sekaligus GC beliau berada pada tempat ketujuh keseluruhan dengan perbezaan 22 saat di belakang penyarung jersi kuning Andrea Guardini.
Boleh di katakan peringkat ini banyak berlaku perlanggaran atas pergeseran anatara pelumba serta kecuaian mengendali dengan baik walaupun kilometer terakhir masih berlaku asakan dan atas insiden berkenaan itu pelumba Rizuan Zainal mendapat kecederaan di bahagian kiri pelvis, lutut dan tangan.
Esok antara hari penentu yang juga peringkat yang mencabar bagi semua pelumba yang terlibat dengan pendakian ke Cameron Highlands yang akan bermula di Ayer Tawar ke Tanah Rata sejauh 137.6km. Sepanjang laluan ini akan di hidangkan tiga(3) zon pecutan, satu KOM 3, KOM 1, KOM(hors) 1613m. Semoga mencapai di puncak dengan memastikan zon nadi dan tidak cemas menjadi pengejar kepada kelompok pendahulu nanti.
Tenang sebaiknya sambil makan dan minum untuk tidak meninggikan nadi bagi mencapai keputusan kepuncak dan penamat. Selamat maju jaya kepada pelumba Kebangsaan Malaysia dan tempatan negara.
Monday, January 24, 2011
LTdL 2011: Peringkat Kedua 145.4km - Kangar ke Butterworth
Peringkat kedua LTdL 2011 menyaksikan para pelumba akan berhadapat laluan landai dari Kangar ke Butterworth sejauh 145.4km dengan tiga zon pecutan iaitu di kilometer 32.4km( S1 - Jitra ), 83.2km( S2 - Guar Cempedak ) dan 111.4km( S3 - Sg. Petani ).
Kelompok besar dalam keadaan tenang atau tidak begitu aktif malah membenarkan dua pelumba dari pasukan Suren Cycling Team(Hamid Shirisisan) dan Team Champion System(Deon Locke) dengan jarak masa pemisah hampir 6 minit di hadapan.
Selaku pendahulu, mereka berjaya menyapu ketiga zon pecutan serta berbaki antara 30 kilometer terakhir mereka di telan kelompok besar yang di ketuai gabungan oleh dua pasukan Europcar dan Landbouwkrediet sehingga di ambil alih dari Pasukan Adiq Hussainie Drapac Professional Cycling pada 3 kilometer terakhir yang mana satu perlanggaran besar di kilometer 2 serta perlanggaran begitu hampir di garisan penamat.
Mujur kemalangan itu tidak mengakibatkan mana-mana pelumba dari pasukan Kebangsaan Malaysia dan juga pelumba Malaysia yang mewakili pasukan Continental masing-masing.
Anuar Manan pendahulu pelumba Asia(TSG) di tempat ketiga pada peringkat ini setelah henjutannya di patahkan oleh Andrea(pendahulu) dan Boris yang berasal dari Rusia dari pasukan Iran Tabriz(TPT). Setakat ini, pasukan Kebangsaan Malaysia di tempat ke-10 keseluruhan dan ke-2 bagi keseluruhan Asia di belakang pasukan Terengganu ProAsia Cycling di tempat pertama.
Esok, peringkat ketiga sejauh 144.9km dari Taiping ke Sitiawan para pelumba akan di lepaskan pada jam 1100 pagi dan di jangka akan tamat pada jam 1404ptg. Peringkat ini akan menghidangkan satu pendakian(158m - KOM-Cat4) km 17.3 serta tiga zon pecutan pada km32.7(K. Kangsar), km 77.0(Beruas) dan km 100.6 di Pantai Remis.
Semoga pelumba Negara Malaysia lebih yakin dan bertenaga mengharungi peringkat ketiga ini di garisan penamat berdekatan The Store Supermarket jalan Lumut. Malaysia Boleh!
Sunday, January 23, 2011
Di sini Mulanya
Le Tour de Langkawi atau Jelajah Langkawi yang telah di anjurkan sejak 1996 kini mencapai tahun yang ke-16 tahun dan juga edisi 16 bagi 2011 yang satu-satunya perlumbaan di Asia dengan dua Hors Category . Para pelumba akan mengharungi 10 peringkat bermula 23hb Januari - 1hb Februari 2011.
Merupakan ilham gagasan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamad di mana beliau telah sudi meluangkan masa merasmikan edisi ke-16 ini di Dataran Lang pada 22hb Januari 2011 setelah beberapa edisi yang lalu gagal di laksanakan di Pulau ini.
Jelajah ini lebih tepat di adakan di Langkawi(satu peringkat atau permulaan, etc) oleh kerana dengan panggilan "Le Tour de Langkawi".
Jelajah ini di adakan di Langkawi oleh kerana untuk menamatkan " Sumpahan Mahsuri 7 Keturunan" sebagai menarik perhatian serta destinasi pelancongan bertaraf dunia di Malaysia.
Peringkat pertama berjalan dengan baik sekali dengan perlumbaan sejauh 94.3km bermula di Dataran Lang dan tamat di Pekan Kuah, Langkawi. Peringkat ini dengan laluan hampir landai dengan tiga zon pecutan dan tiga KOM(Cat 4) yang mana pelumba Andrea Guardini dari pasukan Farnese Vini - Neri Sottoli berjaya menawan peringkat ini dengan catatan masa 2jam 3min 28saat meninggalkan pelumba di tempat kedua dari pasukan kebangsaan Korea iaitu Park Sung Baek dan tempat ketiga di sandang oleh pelumba kelahiran Terengganu, Mohd Harrif Salleh dari Pasukan Terengganu ProAsia Cycling(TSG) dengan purata kelajuan 45.83km/h.
Peringkat kedua akan bermula di Kangar dan akan berakhir di Butterworth sejauh 145.4km dengan tiga zon pecutan dan di jangka tamat pada jam 1:35ptg. Semoga pelumbaan berjalan dengan lancar dan selamat hendaknya. Tahniah kepada pemenang dan Malaysia Boleh!

Wednesday, January 19, 2011
PKBM tuntut kayuhan juara
Pengarah Urusan Kumpulan Asianix Media, Saherwan Md. Tahir (kiri) menyerahkan replika cek kepada Abu Samah Wahab (dua dari kiri) di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelhatan Mohamed Salleh dan Faiz Azman. - UTUSAN/Fauzi Baharudin
KUALA LUMPUR - Nasihat Presiden Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab selepas pengumuman pelumba Malaysia untuk beraksi di Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 ialah melepasi halangan berbukit di Cameron Highlands dan Genting Highlands.
Menurut beliau, jika pelumba kebangsaan berhasrat untuk terus berada dalam perlumbaan selepas dua halangan terbesar itu mereka perlulah mempamerkan kayuhan bertenaga pada perlumbaan peringkat keempat dan kelima itu.
"PKBM berpuas hati dengan pemilihan keenam-enam pelumba ini manakala empat dari mereka, Amir Mustafa Rusli, Loh Sea Keong, Muhammad Nur Rizuan Zainal dan Muhammad Rauf Nur Misbah adalah pelumba yang mampu melakukan pendakian dengan baik," katanya pada sidang akhbar majlis penyerahan penajaan Total Active, semalam.
Jelas Abu Samah, kemampuan pelumba ini dapat dilihat selepas melakukan persediaan sejak hujung tahun lalu terutama sekali di bahagian pendakian dan kehadiran jurulatih baru, Graham Seers mampu untuk memperkemaskan lagi persediaan pasukan.
"Kalau boleh kita tidak mahu pelumba Malaysia tercicir seawal peringkat keempat dan kelima lagi. Oleh itu saya yakin kehadiran Seers ini walaupun dalam masa yang singkat mampu memberikan keputusan yang membanggakan.
"Saya yakin dengan kemampuan mereka walaupun kita kehilangan dua pelumba Shahrul Mat Amin dan Yusrizal Usoff yang mewakili pasukan benua, Terengganu Cycling Team (TSG). Bagaimanapun patah tumbuh hilang berganti," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), LTdL 2011 berkata, pelumba yang dipilih ini mampu menggalas tanggungjawab sebaiknya, dengan menjadikan perlumbaan ini untuk mengharumkan nama Malaysia.
"Perasaan saya bercampur-baur, saya berasa teruja dan bersemangat selepas pengumuman pelumba untuk pasukan Malaysia ini, saya kenal hampir 90 peratus daripada mereka dan apa yang boleh saya katakan mereka sudah pasti beraksi dengan cemerlang," ujarnya.
Tahniah semua pasukan Negara Malaysia!
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm
Empat pendaki taruhan Malaysia pada LTdL 2011
Graham Seers (kiri) bersama skuad Malaysia yang akan menyertai LTdL 2011 (dari kiri) Suhardi Hassan, Amir Mustafa Rusli, Loh Sea Keong, Mohamad Nur Rizuan Zainal, Muhammad Rauf Nor Misbah dan Ahmad Fakrullah Alias pada majlis pengumuman pelumba di Kuala Lumpur, semalam.
– UTUSAN/Fauzi Baharudin
KUALA LUMPUR – Debaran siapa yang bakal memikul tanggungjawab besar pada Le Tour de Langkawi (LTdL) 2011 terjawab selepas enam pelumba terpilih menggalas cabaran pasukan Malaysia pada perlumbaan berprestij Asia itu.
Empat daripada mereka merupakan jaguh dalam pendakian - Amir Mustafa Rusli, Loh Sea Keong, Muhammad Nur Rizuan Zainal dan Muhammad Rauf Nur Misbah, yang akan berdepan tugas berat berdepan dua zon pendakian berprofil tinggi berturut-turut di peringkat keempat dan kelima.
Menurut jurulatih skuad kebangsaan, Graham Seers mereka akan dibantu seorang lagi pelumba berpengalaman, Suhardi Hassan yang dilantik menjadi ketua pasukan manakala pelumba muda, Ahmad Fakrullah Alias melengkapkan senarai.
“Mereka adalah di antara pelumba terbaik selepas melihat prestasi ketika latihan dan pemilihan yang diadakan pada Disember lalu dan awal bulan ini,” katanya pada sidang akhbar Majlis Penyerahan Penajaan Total Active, semalam.
Jelasnya, sasaran awal skuad Malaysia ialah mempamerkan aksi mantap pada peringkat pertama, kedua dan ketiga sebelum berdepan halangan sukar di peringkat keempat dan kelima.
“Saya yakin ini adalah kombinasi terbaik untuk melepasi pendakian Cameron Highlands dan Genting Highlands, apa yang perlu mereka lakukan ialah mendengar segala arahan dan strategi yang akan saya aturkan pada perlumbaan nanti.
“Setakat ini saya tidak meletakkan sebarang strategi khusus ini kerana semuanya akan dibuat pada hari perlumbaan sebelum pelepasan, bagaimanapun saya yakin dengan kemampuan mereka untuk bersaing dengan pelumba handalan lain,” katanya.
Mengenai pemilihan Fakrullah yang mengenepikan beberapa pelumba berpengalaman lain seperti Zamri Salleh dan Ahmad Fallanie Ali, Seers berkata, ia berdasarkan pencapaian cemerlang pelumba berusia 20 tahun itu pada Tour d‘Indonesia tahun lepas.
“Saya memang memerlukan seorang pelumba muda dalam pasukan ini, sekurang-kurangnya kita mempunyai gandingan pelumba berpengalaman dan pelumba pra-matang, ia adalah untuk proses pembangunan jangka panjang,” katanya.
Pengurus pasukan, Amrun Misnoh berkata, Suhardi dan Fakrullah akan diberi tugas sebagai pelumba pecut bagi mengutip mata di zon pecutan dan Sea Keong pula bukan sekadar pelumba pendaki tetapi turut berperanan sebagai pelumba domestik.
“Sebagai pengurus pasukan, harapan saya cuma satu sahaja pada awal saingan ini iaitu mengharapkan mereka melepasi peringkat keempat (Tapah-Cameron Highlands) dengan baik bagi membuka ruang untuk menyambung saingan seterusnya.
“Bagi sasaran pasukan, kami harap dapat menduduki tempat ke-13 daripada 23 pasukan yang mengambil bahagian dengan formula 4+2 (empat pendaki dan dua pelumba pecut ini menjadi,” katanya.
Tahniah!
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_02.htm
Monday, January 17, 2011
Suhardi Hassan Ketuai LTDL 2011
Enam pelumba negara telah di kenal pasti untuk mewakili negara ke perlumbaan yang berprestij Le Tour de Langkawi 2011. Mereka dipilih berdasarkan prestasi yang konsisten dengan laluan landai dan berbukit, ujian lab, pengalaman serta beberapa data daripada pasukan (HPT) Institut Sukan Negara Malaysia sejak kem latihan bermula.
Ini adalah pasukan yang telah mendapat kepercayaan oleh jurulatih lebuhraya negara Graham Seers yang bertugas sejak awal Januari 2011. Pengalamannya membentuk pasukan lebuhraya bagi LTDL 2011 pasti memberi keputusan yang lebih baik serta pelumba tidak melepaskan peluang ini dengan sebaiknya bagi menjulang nama negara Malaysia di setiap peringkat nanti.
Pelumba berpengalaman Suhardi Hassan yang gagal pada edisi yang lalu kini bangkit pada edisi 16 LTDL 2011 selaku ketua pasukan setelah berjaya menunjukkan peningkatan walaupun sudah berumahtangga. Komitmen serta pengorbanan beliau harus di contohi sebagai seorang bapa yang tidak sekali berputus asa demi mengharumkan nama negara Malaysia.
Jutaan tahniah kerana terpilih secara merit dengan segala kekuatan yang di tunjukkan selama ini dan berbasikal Negara Malaysia berharap pasukan terbaik kali ini akan sentiasa mencapai prestasi yang cemerlang pada edisi ini dan mengikuti jejak langkah seperti pasukan trek Negara Malaysia. Full Gas!

Thursday, January 13, 2011
Persiapan Terakhir LTDL 2011
Pelumba negara beralih di Ipoh bagi persiapan terakhir untuk mengenal pasti pelumba yang layak mewakili negara ke Le Tour De Langkawi 2011. Latihan mencabar dengan pendakian ke puncak Cameron Highlands ini hanya pemanas badan yang akan di lalui oleh mereka pada peringkat ke-empat yang akan bermula di Langkawi pada 23hb Januari - 1hb Februari 2011.
Di harap semua persiapan dan perjalanan program berjalan dengan baik dan juga pelumba dalam prestasi terbaik di edisi yang ke-16 ini. Semoga berjaya kepada pasukan negara yang terlibat dan terima kasih kepada pihak KBS, MNCF, ISN dan MSN Malaysia. Full Gas!

Tuesday, January 4, 2011
Selamat Datang 2011
Berbasikal Negara Malaysia kini semakin menghampiri cabaran dan impian memenangi pingat dalam projek Road To London 2012.
Banyak kejayaan tertinggi yang telah di lakar oleh pasukan Berbasikal Negara Malaysia di sepanjang tahun 2010 antaranya pasukan pecut khususnya.
Mereka konsisten dengan gerak kerja dan displin sebagai pelumba professional serta mengharumkan nama negara. Kejayaan itu adalah hasil dari kerjasama antara mereka sehingga mereka di gelar pelumba kelas dunia hari ini.
Semoga mereka lebih cemerlang dan kejayaan yang terbina oleh mereka dapat di cemburui (berlatih dan kaji) secara sihat oleh pelumba yang lain bagi tahun 2011 ini.
Sehubungan itu, saya tidak ketinggalan ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru 2011 dan Malaysia Boleh ! Yakin Maju !
Subscribe to:
Posts (Atom)