
Her bike nearly disqualified, Longo rallies to the time trial title.
Jeannie Longo claimed her 56th French national title in the time trial championship in St. Brieuc on Thursday. Her victory came 30 years after she took her first blue, white and red jersey on the road back in 1979
Big "TWO THUMBS UP" to...
Azian Alias dan Uracca Leow Heoy Sim adalah pelumba wanita yang paling lama dalam arena sukan berbasikal negara, malah kita sering melihat lakaran yang di berikan oleh mereka sejak sekian lama untuk bersama mengharumkan nama Negara Malaysia.
Mereka telah banyak berbakti walaupun berbagai rintangan yang perlu di hadapi demi sukan ini. Azian Alias yang berasal dari Muar Johor akan menjalani Kem latihan di pusat latihan negara di Melbourne bersama rakan-rakan lain yang telah lama berpusat di sana. Beliau akan menumpukan segala ilmu dan latihan sistematik di Melbourne sebelum beliau beraksi di Sukan Sea Loas pada Disember 2009 ini. Harapan mengunung sudah tentu di berikan kepadanya agar negara kita mempunyai bisa yang luar biasa.
Di samping itu seorang lagi ratu negara Uracca Leow terpaksa mengorbankan sukan ini buat sementara demi menghabiskan masa pelajaran yang begitu padat. Beliau akur dengan pengorbanan selama ini walaupun ia sangat perit dan mengambil masa untuk memberi kata putus atas keputusan yang akan meranapkan impian itu seketika atau di penghujung kariernya.
Nilai antara kedua-dua mereka sangat tinggi oleh kerana mereka lah juga menjadi idola atau ikon kepada generasi yang baru seperti beberapa pelapis yang sedia ada Nurul Ahmar(selangor), Fatehah(Terengganu) dan Ruzatulzanariah(Kedah). Jika anda masih ingat sewaktu kegemilangan beberapa jaguh wanita negara melalui Halimah Md Janis(Muar Johor), Masliza(JOHOR), Asriena Sulaiman(Selangor),Lin(Selangor, kakak kepada Asriena) Siti Sarah Muda(Terengganu)serta rakan yang lain sewaktu mereka bangit dengan kekuatan diri dan semangat kesukanan. Negara Malaysia memang ketandusan pelumba wanita sejak dahulu lagi dengan serba kekurangan. Banyak juga program yang telah di anjurkan tetapi kurang berkesan.
Sepi dengan tumpuan khas kepada golongan ini menghasilkan bilangan yang rendah serta tidak berkualiti. Saingan antara mereka tidak sama level dan ia berada dalam kelompok "Biasa-biasa". Sudah tentu budaya adalah salah satu faktor kelemahan ini serta di ikuti kekurangan pendedahan dalam kejohanan serta impak dari tumpuan khas kepada mereka.
Tumpuan bermaksud bukan erti kata memanjakan mereka tetapi sifat mereka perlu di kaji dengan secara terperinci. Di perhalusi dengan cara dan retak karektor pada setiap individu dari mereka. Bukan mudah kita atau seseorang jurulatih itu untuk membimbing mereka, pelbagai karenah yang perlu di ambil. Negara ketika ini hanya mempunyai 1-2 orang jurulatih wanita. Jadi, semua pihak, jurulatih lelaki perlu memahami sifat kewanitaan oleh mereka. Mereka di anggap kumpulan yang istemewa oleh kerana perbezaan saiz body, body composition, aerobic power dan juga kekuatan otot.
Jurulatih akan menghadapi pelbagai aksi yang akan di berikan oleh mereka. Bersabar, positif, komunikasi yang telus akan menjalinkan perhubungan yang baik. Dalam pembinaan dan mengalakan mereka dalam menceburi arena berbasikal, peranan jurulatih sangat penting. Pengorbanan dan kepayahan lebih sedikit berbanding pelumba lelaki lebih-lebih lagi mereka dalam peringkat usia yang muda. Mereka tidak boleh di samakan walaupun secara fizikal kita hanya melihat mereka ini lebih kurang dengan seorang pelumba lelaki. Tanggapan itu agak terpesong. Itu adalah skill yang jurulatih perlu belajar mengenal mereka serta bijak membimbing mereka kearah mengembangkan ramai atlet wanita menceburi sukan berbasikal khususnya.
Big "TWO THUMBS UP" kepada Cawangan Pelapis Kebangsaan, Majlis Sukan Negara oleh kerana berpeluh keringat bagaimana membina satu menara khas kepada pelumba pelapis wanita dengan mengadakan WOMEN TRACK CYCLING CAMP 2009 yang sedang berlangsung sehingga 26hb Oktober 2009 ini. Seramai 30 pelumba wanita yang di sertai dari semua negeri untuk menyertai kem ini bagi memberi nafas baru buat Sukan Berbasikal Negara. Kem seperti ini perlu ada serta idea yang di cungkil oleh para cawangan pelapis sewajarnya di hargai. Mereka dan jurulatih negeri di bawah naungan MSN telah berjaya mengumpul atlet wanita walaupun ia dalam kadar rendah pada fikiran anda tapi tinggi bagi kami.
Pelaksaan sebegini akan membuktikan ketandusan pelumba wanita tidak di persoalkan malah kami berharap pihak keluarga berikan semangat positif kepada mereka dan juga mengalakan anak-anak mereka menceburi dalam bidang ini. Majlis sukan negara serta jurulatih sedaya upaya untuk memperbaiki kelemahan selama ini bagi merialisasikan impian sukan berbasikal(wanita) mengegarkan dunia oleh pelumba kebangsaan wanita kita.
Semua pihak etc. berbasikal bersama mengeluarkan idea-idea seperti ini dan bukan hanya berpeluk tubuh serta ingin bergambar bila mereka berjaya. Pihak media juga memainkan peranan penting dalam faktor memperkembangkan golongan ini. Sukan berbasikal sudah di ketegorikan kumpulan A bersama Badminton dan Memanah. Payah lelah oleh jurulatih negeri tidak terkira. Mereka bermula dari benih yang perlu di semai. Jadi, mereka tidak boleh sewenang-wenangnya di lupakan padahal merekalah permulaannya contoh Rozaimi Omar adalah jurulatih Azizul Hasni begitu juga Rohaizad(Selangor)adalah bimbingan awal kepada Rizal Tisin.
Input yang saya dapat dari beberapa jurulatih, sebenarnya kita punyai pelumba wanita akan tetapi masalah ketiadaan basikal serta kekurangan basikal. Ini juga faktor tergendala kemerosotan pelumba negara. Saya melihat sendiri kedaifan mereka dengan basikal yang sedia ada. Saya begitu terharu walaupun mereka kekurangan kelengkapan tetapi mereka punyai semangat untuk berjaya seperti senior yang ada. Dana yang ada digunakan oleh Pelapis MSN untuk membeli basikal trek yang boleh menampung sepenuhnya atlet yang menyertai kem ini. Saya sangat berharap program ini berjaya dan mari menjayakannya.

French legend Jeannie Longo-Ciprelli is in Beijing to contest her seventh Olympic Games. The most successful female cyclist ever still races on a competitive level. The French cyclist achieved her first victories in the late 70s, notably taking the first of her 55 French Championship titles in 1979. More than 1,000 victories followed, including 38 world records and a total of 106 medals at the Olympic Games, the Worlds and the French Championships.
Terima kasih kepada keluarga, jurulatih2, Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara, Crew Institut Sukan Negara yang terlibat dalam Kem yang bersejarah ini serta program seperti ini dapat di laksanakan pada masa akan datang lebih kerap dan mendapat sambutan yang tinggi untuk masa akan datang.
Fakta:
Seorang peserta kem ini adalah bekas atlet Silat Olahraga. You Are Welcome!!!