Tuesday, April 28, 2009

Keirin Open 2009 - Coming soon




Salam, Hi All.


2009 adalah tahun yang akan merubah sedikit sebanyak perubahan kemajuan sukan berbasikal negara Malaysia. Banyak pihak dan juga anak muda yang mahukan sesuatu pembaharuan yang lebih bersih dalam erti kata "buat kerja atau kerja dengan jujur". Sukan bukanlah sesuatu perkara seperti kerja kerja yang kita lakukan malah ia adalah suatu kerja yang memerlukan usaha tekun gotong royong bersama tanpa mengira pangkat.

Minat dan sedia menerima apa jua kerja/balasan adalah perkara luar biasa yang istimewa bagi mereka yang cintakan sukan berbasikal. Oleh itu, langkah demi langkah perlu di tempuh untuk terus maju dan menjayakan sebarang fikiran yang terlintas(baik)untuk semua pihak serta sukan itu.

Jaya 1998 dan LTDL adalah suatu projek yang banyak meningkatkan sukan berbasikal tanah air walaupun begitu banyak rintangan serta usaha melahirkan pelumba2 berkualiti. Antara rakan sukan ketika itu adalah Time Telekom yang berhabis untuk sukan berbasikal. Sumbangannya amat besar dan akan tetapi hanya selepas sukan komanwel 1998.

Dan manakah syarikat atau siapakah rakan sukan Sukan Berbasikal Negara selepas ini? Ketika ini sukan berbasikal negara adalah sukan terbaik dunia, bukan sea games. Jadi, kami pihak Team Keirin Open mengambil langkah kedepan untuk menyokong semua pihak tidak kiralah pandangan itu baik atau pun buruk, yang penting kami berharap ini adalah suatu perkara yang boleh melahirkan generasi baru, harapan baru dan budaya berbasikal kepada semua lapisan serta peminat.

Percayalah jika kita semua dapat bergerak sebegini di setiap negeri sudah pasti ia akan membuahkan hasil dan impian memenangi pingat di sukan Olimpik.

Insya Allah, jika tiada halangan Keirin Open pertama akan di anjurkan pada 9hb Mei 2009 bertempat Velodrome Cheras, Kuala Lumpur jam 8malam. Pendaftaran adalah percuma. Rancangan bagi tahun 2009 adalah 6-7 siri dan akan berakhir pada 5hb Disember 2009 iaitu KING OF KEIRIN. Acara selingan juga akan di adakan iaitu acara scratch race atau 30km point race dan juga acara snow ball.

Anda semua di jemput menjayakan anjuran ini dan kami memerlukan sumbangan ikhlas dari mana-mana pihak yang sudi hulurkan tdak kira ringgit ataupun barangan.

Terima Kasih. Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

jadi x 9hb ni??

Fairoz Izni Abd Ghani said...

yes, Jadi

tetapi ada sedikit perubahan masa. Kami akan mulakan pada pukul 9pagi.

Anda semua di jemput mengambil bahagian.