Wednesday, April 15, 2009

Track National Championship Dan PLN Pelapis Kebangsaan

Salam Sejahtera,


Pertama kali kejohanan ini di langsungkan adalah untuk melihat perkembangan sukan berbasikal trek negara terus di jaga rapi dan memastikan program Road To London berada dalam landasan yang tepat selari dengan perkembangan yang tidak di duga oleh semua rakyat Malaysia serta dunia dengan pencapaian tertinggi dalam sejarah berbasikal negara Malaysia oleh Azizul Hasni Awang Muda dan M. Rizal Tisin.

Rata-rata lensa dari mata saya melihat pelumba muda terus menunjukkan perkembangan yang amat ketara semasa dalam perlumbaan trek ini. Terdiri dari ketegori umur antara 15 tahun kebawah, 18 tahun kebawah dan juga 19 tahun keatas.

Perlumbaan ini di adakan pada hari khamis jam 8pm - sehigga jam 1230am. Memang agak keletihan kepada semua pelumba dan juga petugas-tugas untuk menghabiskan acara-acara yang di pertandingkan. Ada juga acara yang di tangguhkan oleh kerana kesuntukan masa serta para petugas yang agak terhad untuk di buat pada esok hari Jumaat jam 9am.

Persiapan fokus pelumba agak terganggu oleh kerana keadaan hujan yang tidak menentu menyebabkan kualiti pelumbaan dari segi catatan masa serta conditioning pelumba terus melemahkan kayuhan. Keadaan cuaca panas, lembab, hujan, panas, lembab menyebabkan pelumba mencatatan masa yang tidak consistent.

Pelumba hanya melakukan catatan masa terbaik dengan keadaan/acara yang sentiasa bertukar tukar. Apa pun mereka telah menunjukkan persembahan yang terbaik ketika ini. Pihak penganjur terpaksa mengatur semula jadual mengikut keadaan semasa untuk memastikan acara seterusnya dapat di sertai oleh para pelumba yang lain seperti pada hari Sabtu jadual sepatutnya berlangsung dengan lebih awal, tetapi memandangkan hujan gerimis yang begitu lama menyebabkan perlumbaan seterusnya dilakukan pada jam 1030pm sehingga jam 130am. Keadaan ini memenatkan pelumba pecut yang terpaksa menghabiskan acara 200m. Sudah pasti pelumba berkenaan hanya dapat merehatkan diri lebih kurang 3-4jam sebelum acara paginya berlangsung pada jam 9am.

Keletihan mereka sudah kelihatan kerana terpaksa berjuang untuk acara yang seterusnya. Kehampaan acara point race dan juga Keirin akhir terpaksa di batalkan oleh kerana hujan dan masa pelumbaan perlu di tamatkan. Banyak perkara perlu di teliti oleh pihak tertentu bagi memastikan keadaan sebegini tidak lagi berulang sebagai contoh JIKA trek Velodrom Cheras di upgrade kan kepada HALF DOOR atau INDOOR untuk menutup litar trek bagi mengelak trek dari basah dan cuaca panas yang sangat terik.

Jika di lihat dari sudut pelumba 19 tahun keatas, sudah tentu kita kekurangan pelumba berpengalaman. Contoh Team Persuit 4km hanya disertai 4 pasukan sahaja berbanding pelumba junior 18 tahun kebawah dengan 10 pasukan. Jadi, di manakah kualiti yang hendak di capai ketika ini? Dengan kekurangan basikal trek yang seringkali di ajukan oleh jurulatih negeri yang mahukan pelumbanya menyertai dan menunjukan kebolehan kepada negara.

Semua berharap dengan pihak terlibat dapat bekerjasama jika inginkan kualiti dan persembahan oleh pelumba senior, muda atau pelapis dengan keperluan yang sepatutnya di bekalkan di dalam sesuatu kejohanan tempatan mahupun luar negara. Saya lihat ramai pelumba berbakat tetapi terpaksa ala kadar dengan kelengkapan yang di beri oleh kerana kekurangan dana. Kita yakin terlalu ramai pelumba yang berkebolehan ada jika keperluan asas di beri.

Malaysian National Championships - IM
Malaysia, April 11-12, 2009

Results

Men

1km time trial

1 Harnizam Basri (NSC-Kul) 1.11.110
2 Ahmad Fakhrullah Alias (Pah) 1.12.463
3 Mohd Firdaus Izwan Jaafar (Kul) 1.14.675

Sprint

1 Hafiz Sufian (NSC)
2 Mohd Edrus Yunos (Prk)
3 Junaidi Nasir (NSC)

4km team pursuit

1 NSC Elite 4.48.076
Mohd Saufi Mat Senan
Mohd Hariff Salleh
Mohd Zamani Mustaruddin
Mohd Syahrul Afiza Fauzan

2 MNCF Continental 4.48.271
Muhd Akmal Amrun
Amir Mustafa Rosli
Mohd Fadhil Anuar
Thum Weng Kin

3 National Reserve Squad 5.01.894
Yusrizal Yusof
Ahmad Syakir Ismail
Mohd Faiz Sarifuddin
Nik Azwan Nik Dzulkifli

4km individual pursuit

1 Mohd Adiq Hussainie Othman (Ter) 5.09.589
2 Mohd Zamani Mustaruddin (NSC-Prk) 5.09.661
3 Muhd Akmal Amrun (Sel) 5.12.221

Women

500m time trial

1 Fatehah Mustafa (NSC) 37.231
2 Nurul Ahmar Badeuzzaman (Sel) 40.614
3 Nor Azian Alias (Joh) 40.641

Sprint

1 Fatehah Mustafa (NSC)
2 Nor Azian Alias (Joh)
3 Nurul Ahmar Badeuzzaman (Sel)

3km individual pursuit

1 Uracca Leow (Sel) 4.20.700
2 Nurul Ahmad Badeuzzaman (Sel) 4.32.615
3 Masziyaton Mohd Radzi (Ked) 4.38.673

Boys

1km time trial

1 Julian Ong (Sab) 1.16.356
2 Mohd Arfy Qhairant Amran (Mal) 1.16.707
3 Mohd Farhan Amri Zaid (Ked) 1.16.925

Sprint

1 Mohd Farhan Amri Zaid (Ked)
2 Mohd Hazmir Azeman (Ked)
3 Mohd Arfy Qhairant Amran (Mal)

3km individual pursuit

1 Nur Amirul Fakhruddin Marzuki (Ter) 4.02.154
2 Mohd Zulhilmie Afif (Ter) 4.02.431
3 Mohd Khairul Azizi (Ter) 4.02.456

http://www.cyclingnews.com/track.php?id=track/2009/apr09/malaysia09

KEIRIN - PUSINGAN PERTAMA
Lelaki 19 Tahun Ke Atas
KEPUTUSAN RASMI
12 April 2009, 12.05 mlm



1 232 Mohd Edrus b. Md Yunos MAS19870719 Perak 2:56.380
2 175 Mohd Fakhruddin b. Daud MAS19910726 Johor
3 219 Mohd Firdaus Izwan b. Jaafar MAS19890603 P.Kebangsaan/KL
4 217 Ahmad Fakhrullah b. Alias MAS19901226 Pahang
5 201 Mohd Saufi b. Mat Senan MAS19901010 Terengganu
6 207 Mohd Jafaridzuanrohim Jamaludin MAS19890917 Perak

1 233 Mohd Hafiz b. Mohd Sufian MAS19860712 MSN 2:55.380
2 202 Mohd Hariff b. Salleh MAS19880915 Terengganu
3 218 Mohd Jauhar Ikhwan b. Ismail MAS19900209 P.Keb/Kedah
4 177 Mohd Fatah Amri b. Zaid MAS19920202 Kedah
5 223 Aelif Mohd Amin b. Alimen MAS19900728 Ak.Serantau/Kedah
6 208 Muhamad Azmi b. Mohamad Ali MAS19880810 Selangor

1 234 Mohd Junaidi b. Mohd Nasir MAS19840104 MSN 2:53.340
2 226 Harnizam b. Basri MAS19860909 Elite/K.Lumpur
3 211 Mohd Firdaus Daud MAS Johor
4 215 Mohd Faiz Sarifuddin b.Abd KaderMAS19900119 P.Keb/Tgnu
204 Biyazid Reduan MAS19831214 Kuala Lumpur DNS




"Jika buat biasa ia jadi biasa, Jika buat luar biasa ia akan jadi luar biasa"

1 comment:

East Coast Cycling Team said...

JIKA trek Velodrom Cheras di upgrade kan kepada HALF DOOR atau INDOOR untuk menutup litar trek bagi mengelak trek dari basah dan cuaca panas yang sangat terik.

Kami menyokong kenyataan diatas...!!!
Berharap bos bos buatlah sesuatu untuk masa depan Sukan Berbasikal di Malaysia.