Thursday, April 2, 2009
World Class - Rizal Tisin dan AzizulHasni Awang Muda
Azizul menunjukan pingat perak yang di menanginya di World Championship Poland.
Jutaan tahniah kepada rizal tisin dan juga Azizul kerana telah membawa satu kejayaan yang bersejarah buat negara Malaysia buat pertama kalinya. Kejayaan Rizal tisin membawa kecerian kepada kem negara terus menaikan semangat Azizul ketika Rizal menunjukan aksi luar biasa di kejohanan tertinggi World Championship.
Walaupun sekadar memenangi pingat gangsa Rizal bersyukur dengan pemberian maha esa untuknya melangkah ke satu langkah pada masa akan datang. Banyak masa lagi untuk beliau terus berjuang jika pengurusan sentiasa di jaga serta kebajikan kepada mereka. Lantaran itu beliau juga memecahkan rekod peribadi beliau sendiri dan sekaligus menjadi pemegang rekod asia ketika ini.
Kejayaan itu membawa impak yang besar kepada Azizul untuk terus berjuang habis habisan pada saingan 200m pecut dan hampir membawa kejayaan yang bersejarah untuk negara Malaysia. Harapannya terus di halang oleh Bourge France pada heat ke-3 penentu siapa juara dunia sebenar serta menyarung "Rainbow Jersey". Azizul terpaksa akur dengan pingat perak 200m pecut. Apa apa pun tahniah buat mereka dan akan menjadi ikutan oleh semua pelumba baik lebuhraya serta pelumba trek.
Tidak lupa juga Josiah Ng yang turut membantu sukan berbasikal negara berada ketika ini dan master key negara John Beasley yang menjadikan pelumba-pelumba negara setanding dengan jaguh dunia ketika ini. Di harap semua pihak perlu mendengar dan belajar cara beliau mengatur strategi, bukan sahaja program latihan malah banyak yang perlu kita semua belajar mengenali strategi dan masalah setiap pelumba.
Apa yang pasti kami berharap dengan saluran RM6.2juta kepada sukan berbasikal negara perlu di gunakan sebaik baiknya agar kita semua mendapat kejayaan seterusnya. Perlu di ingatkan di sini pelumba pelapis perlu di jaga rapi kerana merekalah yang akan mengantikan pelumba elit suatu hati nnti. Pihak media perlu menjadi peranan penting untuk mendapatkan liputan mengenai perkembangan pelumba pelapis. Kebiasaan ketika ini media tertumpu kepada kejayaan pelumba pecut elit tetapi pelumba pelapis tidak diendahkan. Pelumba junior Fattah 17 tahun kini salah seorang pelumba berbakat dan telah pun menunjukan pecutan masa seperti pelumba pecut elit di kejohanan trek sport excel di Ipoh minggu yang lalu. Beliau adalah calon terbaik untuk berada dalam kelompok pelumbaan pecut berpasukan(Team Sprint).
Insentif yang di berikan oleh KBS buat Rizal RM10k dan RM20k serta MNCF Rizal RM5k dan Azizul RM7500 membawa senyuman atas kejayaan mereka. Kami sangat berharap kepada pihak terbabit mula memikirkan strategi dan membina sebuah Velodrom Superdome 250m impian yang sekian lama pelumba negara tertunggu-tunggu.
Kerjasama semua pihak perlu diatur dengan segera sebelum NASI MENJADI BUBUR.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
mana dato anak malaysia takde komen dalam akhbar ke "mungkin" dan "rasa"? ke tak tau apa nak komen?
p.s Look before you leap.
Zamani Hussin
Teh Tarik Krew
biar la org tu amik gambar sorang2...kenapa enterframe jugak...hahahhahahaha
naedy
the delicious girl
good support, wide exposure,
great results
Post a Comment