Thursday, March 10, 2011

Patah Tumbuh Hilang Berganti




Clip Video di atas adalah sebagai tontonan buat pembaca bagaimana Liga Keirin Japan ini dapat memberi faedah kepada pembangunan Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Negara Japan dan Japan juga telah melahirkan begitu ramai pelumba yang berbakat serta telah memenangi pingat perak di Sukan Olimpik Athens 2004 dalam acara Team Sprint yang terdiri dari Toshiaki Fushimi, Masaki Inoue dan Tomohiro Nagatsuka
Bila sebut Azizul Hasni Awang, pasti peminat dan rakyat Malaysia dapat bayangkan aksi perjudian nyawanya pada setiap henjutan yang begitu mengerunkan di Kejohanan Dunia dan Sukan Temasya dalam acara yang disertai olehnya Sering digandingkan bersama pelumba berpengalaman Negara iaitu Josiah Ng yang juga pelumba pertama negara yang memenangi pingat emas pada Sukan Komanwel New Delhi 2010.
Menghapus kemarau emas 40 tahun(Arwah Daud Ibrahim1970) dengan memenangi pingat emas dalam acara Keirin pada temasya Sukan Asia Guang  Zhou 2010, Azizul adalah pelumba yang begitu konsisten dalam pecutan kencangnya menghadapi perlumbaan yang disertai. Beliau kini IKON Negara dan pelumba contoh di masa hadapan dan juga menjadi legenda dalam sejarah berbasikal Negara atas pencapaiannya yang telah diperjuangkan sejak kelibat pertamanya memuncak dengan menghadiahkan tiga pingat emas pada kejohanan Asian Cycling Championship 2006 yang berlangsung di Velodrom Cheras Kuala Lumpur dalam kategori junior pada ketika itu.
Pencapaian dan prestasinya mendadak sehingga ke hari ini setelah terpilih menjalani latihan kem sepenuh masa di Melbourne Australia di bawah kendalian ketua jurulatih John Beasley.
Beliau satu-satunya pelumba yang luar biasa di dunia akan ciri fizikalnya yang mampu menyaingi pelumba yang lebih besar rangka mereka atau saiz berbanding beliau. Itulah keajaiban dan kelebihan yang di gelar sebagai The Pocket Rocket Man ini.

Kejadian "tusuk kayu" yang berlaku ke atas Azizul tempoh hari  di Kejohanan Piala Dunia di Manchester, ini benar-benar menyedarkan betapa pentingnya beliau terhadap sukan Negara Malaysia. "Mungkin" kejaguhannya boleh di cari ganti dan siapakah pelumba yang paling terdekat yang boleh menyaingi beliau ketika ini?
Kita dan berbasikal Negara harus persiapkan pelapis yang sedia ada dan di masa akan datang bagi memantapkan plan B jika suatu kemungkinan yang kita tidak terfikir.
Untuk sukan lain, beliau sebaris seperti legenda pemain bola sepak Kebangsaan Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari atau digelar SuperMokh ( 13 November 1953 - 11Julai 1991), Datuk Lee Chong Wei sukan Badmindton dan Datuk Nical David bagi sukan Squash yang juga mencari bakat yang boleh mengantikan mereka suatu hari nanti.
Pelumba Keirin nombor dunia 2011 Azizul amat penting bagi sukan berbasikal Negara untuk squad negara layak ke Sukan Olimpik London atas kutipan mata yang di kumpul oleh beliau sendiri. Ketiadaan beliau mungkin akan menggagalkan wakil negara secara merit ke Sukan Olimpik nanti.

Bersama kita berusaha dan bekerja keras untuk melakukan plan B dari sekarang dan tumpuan pasti kepada pelapis Azizul Hasni Awang dan pasukan yang terlibat. Semoga usaha yang hendak dilakukan menghasilkan buah kejayaan dan membanggakan buat Negara Malaysia dipersada Dunia. Malaysia Boleh! Full Gas!!!
Al-Fatihah buat Allahyarham Dato' Mokhtar Dahari
  


' I am not afraid of storms, for I'm learning to sail my ship and i become wiser by my adversity'

No comments: