KUALA LUMPUR - Pengurus sebuah pasukan yang dituduh merampas basikal milik pelumba Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Mohd. Nur Rizuan Zainal pada perlumbaan Grand Prix Kebangsaan siri Kelantan pada 28 Februari lalu, dikatakan berbuat demikian kerana mahukan cagaran di atas kos kerugian yang terpaksa ditanggung oleh pasukannya.
Sumber memberitahu, pengurus pasukan tersebut berkata, apa yang nyatakan oleh Rizuan bercanggah dengan apa yang berlaku ketika perlumbaan tempoh hari.
Kata sumber tersebut, basikal Rizuan diambil selepas perbincangan yang baik, setelah mengambil kira kos kemalangan yang menyebabkan pasukan tersebut rugi RM17,750.
Katanya, ini kerana, kemalangan tersebut melibatkan basikal yang ditunggang oleh pelumba pasukan berkenaan melanggar sebuah van di tepi jalan, sehingga mengakibatkan pemilik van meminta ganti rugi kerosakan berjumlah RM2,000.
Jelasnya, kos lain meliputi kerosakan teruk pada basikal pelumba yang terjatuh bernilai RM15,000 serta kos perubatan RM750.
''Pengurus tersebut tidak mengambil basikal Rizuan secara kasar. Basikal tersebut diambil sebagai cagaran untuk membolehkan mereka mendapat kembali kerugian yang terpaksa di tanggung oleh pasukan.
''Rizuan kena bertanggungjawab atas kesalahannya, malah dia juga telah mengakui silapnya,'' kata sumber itu kepada Utusan Malaysia semalam.
Menceritakan kembali kejadian tersebut, sumber itu berkata, kemalangan berlaku tiga kilometer sebelum garisan penamat.
Katanya pelumba pengurus terlibat cuba memintas Rizuan bagaimanapun di siku oleh pelumba yang mewakili ATM itu sehingga menyebabkan pelumba tersebut terpelanting ke bahu jalan, sebelum basikal yang ditunggang terkena van yang berada berhampiran kejadian.
Mengulas permintaan PKBM supaya memulangkan semula basikal berkenaan, sumber itu hanya memberitahu tidak wujud soal untuk pasukannya memulangkan kembali basikal tersebut.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0307&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_08.htm
2 comments:
1. Kesian Amir Moga cepat sembuh
2. Bahlol Ridzuan pergi lah buat kat LTDL.
3. Dua dua Pengurus Sengal
Zamani Hussin
Teh Tarik Krew
Salam ZH,
Tenang. Difahamkan Ridzuan telah di gantung satu siri GP anjuran PKBM. Semoga apa yang berlaku akan menjadi iktibar untuk beliau dan pengetahuan untuk semua pelumba yang terlibat agar mematuhi peraturan perlumbaan.
Di harap perkara yang telah berlaku tidak berlarutan pada perlumbaan yang akan datang dan saling bermusuhan. Jalan terbaik melihat kesilapan lalu dalam permainan bersih dan dicontohi kepada generasi baru.
Semua berbasikal yang terlibat mendoakan semoga Amir kembali sihat seperti biasa.
Terima Kasih
Post a Comment