Thursday, March 10, 2011

BMX Supercross Diberi Nafas Baru!


Kami Boleh! Pelumba BMX Supercross menjalani latihan di sebelah malam di perkarangan Kompleks Sukan Extreme Park, Sektion 13 Shah Alam yang mahukan acara ini diberi tempat sepertimana majunya acara berbasikal yang lain

Sejak isu BMX ini di gembar-gemburkan oleh beberapa peminat melalui suara serta laman web sosial facebook akhirnya Kejohanan BMX Kebangsaan akan dianjurkan pada bulan ini bagi mencari jaguh dalam pemilihan pelumba untuk mewakili negara pada kejohanan Asia dan juga Sukan Sea 2011 di Jakarta.

Ini adalah peluang terbaik bagi semua pelumba dan peminat Berbasikal BMX untuk terus menunjukkan bakat yang terpendam selama ini yang mungkin terbengkalai dengan kesungguhan sebelum ini dan mohon semua yang terlibat bangun saling menyokong dan membantu agar sukan berbasikal BMX ini menjadi satu acara yang boleh menyumbang pingat di peringkat yang lebih tinggi untuk Negara Malaysia.

Bagi permulaan Kejohanan BMX ini akan diadakan sebanyak tiga(3) siri untuk sepanjang tahun ini pada Mac, April dan Mei 2011.

Ambil dan guna peluang ini sebaik mungkin dan jika ia mendapat sambutan yang mengalakkan sudah tentu BMX ini terus dibantu oleh pihak berbasikal Negara dan juga Kementerian Belia dan Sukan.

BMX supercross ini yang diiktiraf oleh International Cycling Union(UCI) akan mendapat sambutan jika peringkat negeri turut terlibat dengan menghantar wakil pelumba yang sedia ada untuk menonjolkan diridan mengilap kemahiran mereka menyertai perlumbaan ini.

Pandangan saya dan rakan melihat BMX ini adalah salah satu jalan terbaik untuk membina kemahiran mengendali yang perlu di kuasai oleh semua pelumba yang berdaftar. Rakan berbasikal akan sentiasa berusaha untuk membantu sukan berbasikal ini terus kearah yang lebih cemerlang. Tahniah dan terima kasih Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Negara Malaysia! Maju terus Maju!!!

Masa: Sunday, March 27 · 9:00am - 5:00pm
Tempat: Taman Botanikal Ayer Keroh, Melaka
Untuk pendaftaran, sila email ke pkbmalaysia@gmail.com
Tel: 06 - 283 0150 

1 comment:

Anonymous said...

salam..
saya berminat pada bmx nie.. bagaimana jika yang berada di johor seperti saya untuk menceburi bidang ini..