Monday, February 21, 2011

'Pahlawan Manchester'

SERPIHAN kayu tujuh inci daripada trek tertusuk di betis kiri Azizulhasni dalam perlumbaan di Manchester awal pagi, semalam.


: Azizulhasni wira tulen, habis pecutan dalam kesakitan

AZIZULHASNI Awang sudah lama ada ‘sifat pahlawan’ dalam dirinya - mahu menang dengan apa cara sekali pun - jika ada ruang memecut dan awal pagi semalam gelagat itu hampir membawa padah pada diri jaguh trek negara itu.

Anak muda dari Terengganu itu terbabit dengan pelanggaran teruk membabitkan tiga pelumba lain dalam final acara keirin di Kejohanan Trek Siri Piala Dunia di Manchester yang berakhir dengan serpihan kayu tujuh inci daripada trek tertusuk di betis kirinya, semalam.


Sekalipun terjatuh, dia tetap bangun mengayuh ke garisan penamat dan hanya sedar kesakitan itu selepas menamatkan perlumbaan sebelum dibawa ke hospital dan tidak dapat naik ke podium untuk menerima pingat gangsa.

Emas dimenangi juara Olimpik dan pencabar sengitnya dari Britain, Chris Hoy yang tidak terbabit dalam pelanggaran itu. Apapun, penawar duka adalah Azizulhasni muncul juara keseluruhan siri Piala Dunia acara berkenaan kali ini.

Semalam, jaguh pecut trek negara itu selamat menjalani pembedahan dan menurut Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) tiada kecederaan serius melanda ikon sukan negara itu.

“Dia bernasib baik kerana serpihan kayu itu tidak terkena salur darah utama, tisu dan otot betisnya,” katanya.

No comments: