Monday, February 22, 2010
Gigihnya Jaguh vs Hasil Jagung
Gambar 1: Jaguan Negara
The Poket Roket Man telah di anugerah atlit terbaik SAM 100 Plus Award 2010. Sejurus kejayaan ini juga telah melihatkan level sukan berbasikal Negara Malaysia diberi pengiktirafan di antara sukan-sukan di Malaysia. Kejayaan demi kejayaan selama ini berbaloi hasil usaha beliau yang inginkan sukan berbasikal terus maju ke depan.
Keringat semua pihak dan pelumba terdahulu atau generasi lama perlu di ambil kira kerana tanpa kerjasama serta pencapaian terdahulu sama sekali tidak akan di pandang dan di beri bantuan jika tiada pencapaian oleh semua generasi lalu seperti Datuk Ng Joo Ngan, M.Kumaresan, N. Affandy Rosli, Daud Ibrahim serta rakan domistik yang membantu kejayaan mereka. Tanpa ilmu serta pengalaman yang di turunkan ia tidak mudah untuk berbasikal berjaya seperti anda lihat hari ini.
Ia memakan masa yang begitu lama antara 50 tahun yang lalu. Berbagai permasalahan, perbalahan serta kritikan yang berlaku yang anda tidak ketahui(peminat sukan tanah air)untuk menghasilkan Azizul Hasni Awang. Percubaan dan pertukaran(lokasi latihan, pelumba etc) selama ini adalah satu pembangunan yang terpaksa di lakukan. Hasilnya kini amat berbaloi akan tetapi berbasikal perlu bersedia untuk menghasilkan lebih ramai pelumba seperti Azizul.
Percayalah suatu hari nanti berbasikal negara Malaysia akan menjunam jika berbasikal negara asyik dengan satu TUMPUAN sahaja. Contoh kejayaan bermula antara tahun 1970 oleh Datuk Ng Joo Ngan dan Daud Ibrahim, selepas itu beberapa rakan lain seperti Lee Robert yang telah sedaya memecahkan rekod 11 tahun 4km ITT pada tahun 2001 milik M. Kumaresan pada Sea Games 2001, Josiah Ng yang mula bangkit pada tahun 2002 untuk pingat perak Asia Games Busan dan Doha Qatar 2006 serta buat pertama kali dalam sejarah negara dengan pencapaian terbaik memenangi pingat perak dan gangsa oleh Azizul dan Rizal Tisin di World Championship 2009.
Gambar 2: M. Kumaresan semasa kegemilangannya dan salah seorang pelumba serba boleh.
Selain sukan bola sepak, perlu di ingatkan juga sukan berbasikal adalah sukan yang diminati ramai oleh semua peringkat umur dan di sertai seluruh dunia. Tidak seperti sukan-sukan yang lain di mana sukan itu hanya tertumpu oleh beberapa negara. Anugerah yang di sanjung oleh Azizul Hasni adalah tepat dan benar.
Diharapkan kejayaan ini akan memberi suntik cemburu kepada semua pelumba negara baik dari peringkat negeri, serantau, pelapis kebangsaan serta rakan-rakan elit yang lain untuk mengikuti jejak kecemerlangan yang telah di buktikan. Tiada perkara mudah untuk di capai seperti beliau tunjukan bagi memartabatkan sukan berbasikal negara berada pada kedudukan terbaik di kalangan sukan-sukan di Malaysia.
Pelumba-pelumba sekarang perlu mengambil peluang yang ada kerana dengan kejayaan ini pihak kerajaan akan membantu dana semaksimum yang mungkin untuk menghasilkan produk sebegini pada masa akan datang. Peluang ini jangan di persiakan kerana anda akan kerugian suatu hari nanti. Jadilah yang luar biasa anda akan terkejut dengan hasilnya dan jika anda seperti biasa anda pasti mendapat hasilnya yang biasa-biasa serta sia-sia.
Bersama lahirkan lebih ramai jaguh dari jagung yang akan dicampak ke tanah begitu sahaja. Bagaimana jaguh di hasilkan adalah dari benih usaha kemahuan dalam diri sendiri. Hasil kegagalan adalah berpunca dari sikap tidak mahu berusaha dan bertanya. Jaguh akan di kenangan dalam sejarah sukan berbasikal khususnya serta menjadi bualan pada setiap masa sehingga ke generasi akan datang.
Harapan berbasikal akan sentiasa berdoa agar kejayaan para pelumba di lihat dengan lebih consisten pada setiap masa. Mudahan pingat emas pertama Sukan Olimpik dapat di lunaskan dari Sukan Berbasikal atau setidaknya sebarang pingat yang di cipta oleh Sukan Badminton. Basikal Boleh Basikal Boleh.
* Mohon maaf jika sebarang penyampaian di sini tergelincir dari fakta sebenar dan sila berkongsi komen anda(jika perlu)untuk menjelaskan kepada generasi masa kini.
Terima Kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Salam bro,
Terlalu teruja dgn artikel ini.
Yes... No pain no gain.
Create vision; proceed mission n grab champions.
pls dnt give up!
bro sms
To all coaches terdahulu yang tak nak berubah. Dan masih lagi di takuk lama. dan masih lagi suka mengguna ayat " abang dulu....kalau kayuh...."
Baca link berikut. sama jugak lah coaches track yang lama . dari 96 sampai 2010 masih ada lagi...sudah sudah lah...dah lebih 10 tahun takde pape yang di banggakan...sampaikan ramai cyclist "terkorban" .tapi coach nya tetap sama...hai alahai...
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0223&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_02.htm
Zamani Hussin
Teh Tarik Krew
Salam SMS & ZH.
Thanks
PENGARAH strategi perlumbaan, William Walker mengakui corak lati- han yang digunakan skuad elit lumba basikal negara sudah ketinggalan zaman, lapor NORZASRUDIN MOHAMED NOR.
Bro ZH,
He he jom bawa depa ramai2 ke muzium.
That s the right place for the old timer unless the reconstruct their mind according to the situation.
Bro Shaidin,
Better send them to the morgue as no use to put these kind of people at muzeum as it will effect the next generation.We would not want to teach the next generation the wrong example. :)
Cheers
Zamani Hussin
Teh Tarik Krew
Salam Kesukanan..
Saya sering membaca post di sini..
Idea dan coretan yg ditampilkan mememng menyuntik semangat jiwa muda generasi kini..
Berbalik kepada isu menuai hasil yg boleh dibanggakan, benihnya perlulah daripada yg terbaik (genetik + lifestyle atlet), penuai/petaninya perlulah yg berpengetahuan secara pengalaman & mengikuti perkembangan pertanian semasa (jurulatih yg berpengetahuan, rajin membuat kajian, membaca!) serta benih tersebut disemai di atas tanah yang sesuai, subur dan dijaga, dibajai secara berkala (akademi, tempat latihan, organisasi yang meguruskan atlet, latihan terkini yg sistematik).
Tentunya hasil tanaman itu tadi (atlet) akan berkualiti dan mampu dipasarkan secara global! (persembahan bermutu di acara peringkat dunia)
Pandang ke depan, teruskan melangkah..biarkan mereka yg lapuk dgn idea dan 'strategi' zaman Darurat tercicir di belakang peloton kita. Kita hantar break away riders (jurulatih) ke hadapan untuk mengetahui dengan jelas strategi, perkembangan dan pengetahuan terkini laluan perlumbaan (arena sukan berbasikal)..usah ditunggu yang tercicir yg drafting kereta pasukan, yang malas berusaha kembali ke peloton, yg hanya mengharap keajaiban setiap masa..kelak nanti 10% cut off time akan muncul, lalu akan naik lori/van sweeper dibelakang (retired/tired)..atau kalau sampai ke garis penamat pun, mungkin ditangkap oleh Comissaire dan diberi penalti kerana menipu (drafting team's car) tadi.
Teruskan!
p.s sila lihat team malaysia sekarang ni. ramai sahaja pak pacak yang hendak turut serta dalam LTDL kerana race besar lah katakan. Rider sudah betul 6. Jurulatih 1 dah betul kerana Jurulatih ini adalah Director Sportif sila refer google maksud DS. Mekanik 1 memang patut ada. Messaur memang patut ada. tu yang Manager tu buat apa? siap masa traning 5 minggu kat ipoh pun ada penolong manager (bangun makan ikut van balik mandi tido). tu yang lagi 2-3 mat saleh tu buat apa? dari MSN ke ISN?. buang duit pembayar cukai sahaja.kalo sekadar nak amik report dan hantar report. baik hantar orang MSN tempatan baru lah mereka boleh belajar.
Apa pun semoga LTDL kali ini ada jayanya!
TUnggu dan lihat semut2 menhurungi gula yang mengakui masing2 ada saham dalam menjayakan lumba basikal pabilia ada rider kita menang stage LTDL kali ini.
Zamani Hussin
Teh Tarik Krew
Post a Comment