Tuesday, March 2, 2010

LTDL 2010: Kerajaan Kelantan Kecewa


KOTA BARU, 1 Mac — Seorang anggota exco kerajaan Kelantan melahirkan rasa kecewanya dengan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi kerana membelakangkan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata apa yang berlaku pada majlis pelepasan itu di hadapan Istana Balai Besar pagi tadi adalah sesuatu memalukan.

“Ia tidak menghormati tok guru selaku Menteri Besar dan tuan rumah yang sepatutnya melakukan pelepasan itu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Majlis pelepasan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

Perlumbaan jelajah berbasikal terulung Asia itu memulakan peringkat pertama dari sini ke Kuala Berang sejauh 174.5km.

Mengulas perkara itu, Abdul Fatah berkata nama Nik Aziz, selaku tetamu kehormat untuk melepaskan peserta, dimaklumkan kepada beliau pada malam tadi.

“Sepatutnya saya dimaklumkan terlebih dahulu jika ada perubahan tetapi ini tidak dan keadaan ini sangat memalukan,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri akan mengutus surat kepada pihak penganjur terhadap insiden itu.

LTdL kali ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dan disertai 20 pasukan.

Perlumbaan melibatkan tujuh peringkat sejauh 1,013.9km untuk merebut hadiah keseluruhan bernilai RM710,650. — Bernama

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/opinion/index.php/bahasa/54862-kelantan-kecewa-bukan-nik-aziz-lepaskan-peserta-ltdl-2010

5 comments:

shaidin Md saman said...

Salam bro
Persoalan - Kenapa LTDL tidak bermula seperti namanya yg tertera -LANGKAWI?

Mungkin 1 dunia persoal kerana lari dari matlamat asal.

Rational is very important to avoid the hidden agenda. Am I wrong?

bro sms

Anonymous said...

Kalo nak mengipas pun agak agak lah. Ni pun takkan 2x5 macam pengajur yang beberapa edisi lepas. Finishing depan kampung menteri. 3 stage kat satu negeri. alahai aduhai. agak agak lah kalo nak habiskan duit rakyat pun.

Zamani Hussin
Teh Tarik Krew

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Salam Bro Sms.

Jika saya cakap, orang kata saya canai atau sebagainya, Saya tidak rapat dengan Tun M, tapi my brother sangat rapat dengannya.

Yang pasti Tun inginkan stage di Langkawi.

: Tak lama lagi loceng berbunyi.


Salam Bro ZH,

Speechless.

Thanks

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Salam Bro Sms.

Jika saya cakap, orang kata saya canai atau sebagainya, Saya tidak rapat dengan Tun M, tapi my brother sangat rapat dengannya.

Yang pasti Tun inginkan stage di Langkawi.

: Tak lama lagi loceng berbunyi.


Salam Bro ZH,

Speechless.

Thanks

Anonymous said...

Salam bro

Kebenaran w/p pahit perlu dinyatakan.Kebenaran adalah pakaian orang berani.
"Kipas @ accond" only the politician games...he..he..
Smtimes they think they r clever enough to manage evrything but know nothing.(especially in sport)
LTDL is one of a world class tournment - Is it happen right now? Pls help me bro bcz many questions come across my head.

bro sms