Friday, November 13, 2009
Salah Kontraktor atau Velodrom Rakyat Ipoh
Welcome to Our SuperDome!!! The Manchester Velodrome is the National Cycling Centre, Britain's primary indoor Olympic cycle track and widely regarded as one of the World's finest and fastest board tracks.
Sejak beberapa tahun ini, peningkatan prestasi pelumba trek negara dalam acara pecut telah pun menunjukan kejayaan demi kejayaan. Keseluruhan pelumba trek negara baik pelumba trek endurance dan pecut telah banyak menghadiahkan pingat-pingat emas Sukan Sea, pingat Sukan Asia, pingat Piala Dunia, pingat World Champ Junior(Moscow), pingat perak dan gangsa Track Cycling World Championship 2009. Azizul penah berada pada tempat pertama Ranking Dunia, Rizal Tisin pemegang rekod Asia dalam acara 1 kilometer ujian masa perseorangan lelaki dan pingat-pingat emas, perak gangsa Asian Cycling Championship.
Negara Malaysia hanya memiliki hanya 2 Velodrome outdoor berbasikal trek. Satu di Velodrom Cheras Kuala Lumpur pada ukuran 333.333 meter(satu pusingan)dengan permukaan konkrit(simen)dan Velodrom Rakyat, Ipoh Perak berukuran 250m dengan permukaan kayu. Berbanding negara Australia mempunyai Velodrome sekurang-kurangnya satu trek pada setiap Negeri dan Japan mempunyai bilangan yang begitu banyak iaitu 70 buah Velodrom.
World Class Velodrome
Bagi Australia mereka membina Velodrome permukaan diperbuat dari kayu dan berbumbung(Indoor). Kenapa mereka membina Velodrom tertutup atau berbumbung? apa kelebihan kepada atlet dan penganjur? Jika cuaca hujan atlet dan jurulatih boleh menjalankan latihan dan begitu juga semasa dalam perlumbaan. Jika keadaan cuaca panas terik ia tidaklah melibatkan pengunaan tenaga yang banyak semasa latihan dan perlumbaan. Melainkan penonton atau VIP yang berada di dalam bilik khas yang berhawa dingin. Itu tidak di bincangkan berapa banyak perlumbaan yang kekal sepanjang tahun dengan program jangka panjang.
Cuaca dan sekitar latihan
Bagaimana negara ingin melahirkan ramai pelapis yang berkualiti jika kita tidak mengatasi isu yang selalu berbangkit sejak ><20 tahun yang lalu? Program dalam pencarian bakat-bakat baru telah di jalankan di Velodrom Rakyat Ipoh. Banyak sessi skill dan teknik tidak dapat di jalankan oleh kerana keadaan hujan yang tidak menentu. Masa telah diubah oleh kerana permukaan trek yang basah semalaman. Sekurang-kurangnya antara jam 930am-10am baru dapat memulakan latihan serta warm up. Masa yang tidak cukup serta panas terik menjadikan kualiti yang di ajar kurang berkesan. Mereka kepanasan mencari tempat teduh dan mula hilang tumpuan untuk cepat pulang dari latihan.
Trek berbumbung membantu semasa latihan
Ramai juga yang tidak berkemampuan membeli cermin mata oleh kerana latar belakang para pelumba yang sederhana. Jika kita bukan seorang atlet sudah tentu perkara ini di remehkan. Tapi tahukah cermin mata adalah salah satu keperluan yang penting semasa latihan.
World Cup Classic UCI
Negara Malaysia sempat menganjurkan World Cup Classic pada tahun 2000 dan 2001. Saya adalah pelumba yang menyertai dalam acara Team Sprint. Apa yang berlaku ketika itu beberapa acara tidak dapat di jalankan oleh kerana hujan yang lebat. Dan juga beberapa negara bergabung prostes untuk tidak menyertai pada hari kejohanan. Kenapa? Pelumba dunia tidak mahu mengambil risiko oleh kerana permukaan trek yang kasar dan tidak selamat(hingga sekarang). Saya berpendapat, sejak tahun 2002 Badan berbasikal Dunia UCI menetapkan penganjurkan kejohanan Dunia (World Cup) perlu berukuran 250m, permukaan kayu serta tertutup. Keputusan itu juga adalah untuk menyelaraskan dan mengesahkan rekod atau catatan yang dilakukan oleh para pelumba ke UCI.
Kualiti
Itu adalah dari segi keadaan cuaca. Bagaimana kualiti trek? Jika anda berpeluang menaiki atau berkayuh di Velodrom Rakyat, silalah lihat sendiri kualiti permukaan kayunya. Hari ini pelumba Kem berbasikal telah pun jatuh pada selekoh banking ketiga. Keadaan luka beliau seperti anda terjatuh di atas permukaan jalanraya dalam kelajuan 60-70kmh. Tangan dan kaki berdarah dengan banyak. Mujur beliau seorang lelaki. Apakah tindak balas keluarganya?
Keselamatan Trek Terhadap Pelumba
Memang jatuh itu adalah makan bagi seorang pelumba, tetapi tidaklah kecederaannya seperti ini. Semasa latihan di Velodrom SpeeDome Perth, saya pernah terjatuh tergelongsor pada selekoh ketiga, tetapi hanya calar sedikit sahaja dan boleh berkayuh semula. Keadaan permukaan trek ipoh ini membimbangkan dengan kayu pecah dan terbelah yang mengadap arah pelumba sangat merisaukan. Ia hanya di beberapa tempat sahaja serta setiap banking yang beralun. Anda banyangkan jika pelumba terserek di atas trek mengelongsor pada permukaan kayu berikut. Ia seperti pisau yang boleh mengoyakan daging anda. Anda boleh melihatnya sendiri.
Garisan 200m
Dalam pengajaran kepada pelumba muda, sessi melibatkan tentang undang-undang berbasikal yang di tetapkan oleh UCI. Apa yang berlaku garisan zero meter(50 meter) bagi acara 200 meter tidak di gariskan dengan betul. Ia sepatutnya di gariskan dengan menegak. Malah ia di gariskan melintang seperti trek balapan 400meter bagi acara olahraga. Kita mempunyai beberapa komisar yang bertaraf antarabangsa yang lebih arif dengan undang-undang UCI serta pengetahuan yang tinggi. Di sinilah kita perlu mengambil peluang untuk mereka membantu perkara ini.
Garis Panduan dari Union Cycliste Internationale (UCI)
200 metre line
3.6.083: A white line shall be drawn across the track 200 metres before the finish line, from which point the
times will be taken for sprint events
Gambar 1: Lihat garisan putih bagi acara 200 meter pecut yang di reka khas bagi Velodrom Rakyat ini.
Gambar 2: Para pelumba sedang melepasi garisan putih di salah sebuah Velodrome tertutup. Lihat garisan putih berkenaan.
Gambar 3: Dua pelumba Team Sky GB sedang melintasi garisan mula 200 meter bagi acara Madison.
Gambar 4: lihat Velodrome Schematic di atas dan maksud garisan yang saya cuba gambarkan adalah yang di pointkan pada kotak di sebelah kiri(bawah). Tetapi ia tidak di gariskan.
Facilities
More than just a cycling track
Although primarily a cycling facility, the Manchester Velodrome offers first class facilities and services for other activities. Facilities include fully Sprung Sports Courts For Basketball, Netball and Badminton. Why not combine it with a session on the track which is great fun and a useful team building opportunity for your work colleagues. All equipment is provided and a full catering service is also available.
Kesimpulan
Seperti mencurahkan air ke atas daun KELADI kerana perkara ini telah diberitahu di dalam surat khabar pada tahun antara 2000-2001 oleh Josiah Ng ketika itu. Saya mohon maaf jika ada berlaku salah di dalam memperbaiki sukan berbasikal Negara Malaysia. Terima Kasih
Kata-Kata Hikmah Untuk Kita Semua
"Saudara, Fikirkan hal-hal yang paling HEBAT, Dan anda akan menjadi TERHEBAT. Tetapkan akal pada hal TERTINGGI, Dan anda akan mencapai yang TERTINGGI."
Wassalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Hi,
Lets don't be like F*M to play the blame game. This is much more simple. Velodrom Rakyat Ipoh is under who? Back in 80's the Velo was made under the public funding that's is why called Velodrom Rakyat Ipoh. Back then cycling was new to us. So any idea or suggestion that benefits the public seem like a heroic act. Now 2009 entering 2010. People are more informed. Who's stupid (sorry for the word) idea to make a outdoor wood track in a tropical climate country where it rains and hot all year long.Make more simple just try put a piece of wood outside your house and just see the effect in 2-3 months. Here the best part where almost every year the track need resurface its track. Would it be better just made it concrete or even cover up the velo instead where we believe its just a 1 time cost rather than to maintained it constantly high.Guess what? Even from the day velo been construct until now there's only two key man behind it. the father then now the son. Really appreciate for their effort of bringing up the velo but enough is enough ok. You can fool all the people sometime and you can fool some people all the time but you can't fool all the people all the time. Don't let the younger generation been fooled with all the stupid suggestion.Hey there's google people check it out all the velo in the world, where I believe all the specs been made are taking all factors.
Oh ya again. Please prove me wrong if I'm wrong with some facts and argument as I'll be glad to share some knowledge here.
Zamani Hussin
Teh Tarik Krew
Salam,
Saya pernah mendengar tentang velodrom rakyat dlm era 80an tetapi tidak mendengar sejauhmana sumbangannya dlm melahirkan jaguh.
Artikel Bro fairoz telah menjawab persoalan itu.
You mentioned smthg logic bro zamani. Tht mean, they just simply built it without refer to any expert. So we lost much time, money, and talents.
Do our top cyclists (azizulhasni n friends) came out from tht project?
THUMBS-UP to both "cleverest" guys!
br sms
another revealed issues rise by Fairoz. Teruskan usaha anda, kami amat menghargainya..
Blackopoulos
Salam Coach...!!
Hmmm....sedih dan terharu bila megenangkan semua itu.Apa nak buat itu aje yang terbaik untuk kita setakat ini.
Insyallah kot mungkin RMK 10 akan datang, akan terbinanya Veledrom tertutup dan termoden di dunia dan terkenal macam KLCC dan Menara KL.
Apa apa pun kita harus teruskan perjalanan kita ini demi Sukan Berbasikal yang kita sanjung dan sayangi ini.
Let Do Its.... Coach.
Salam bro Dungun CT,
Harapan yg tidak terlaksana sememangnya menyakitkan. Namun, teruskan usaha tanpa kesal & kecewa.
Yakinlah awan hitam pasti berakhir setelah hujan.
Kesungguhan,kecekalan, kejujuran, ketelusan, keterbukaan jiwa & fikiran adalah mahar utk sesuatu kejayaan.
Ruang masa & fasilitas adalah aksesorinya.
According to the statements before I blv tht you & bro fairoz really understand all abv.
Go ahead dear, I pray & support both.
bro sms
Salam Sahabat semua,
Terima Kasih atas segala komen yang di berikan. Harap petikan ini dapat membantu saya serta sukan berbasikal lebih maju dan relevan. Tahun depan akan lebih mencabar untuk menguatkan lagi pelapis yang ada untuk di serap ke peringkat yang lebih tinggi. Usaha melaksana akan di teruskan dan saya akan cuba mengeluarkan idea baru untuk pembangunan dan masa depan atlet negara. Terima Kasih semua. Jika ada idea atau pendapat tentang sukan berbasikal, saya mengalu2kan dan email kepada saya dan saya akan publishkan di dalam blog ini. Free country. Wassalam.
Post a Comment