Wednesday, November 25, 2009

Demi negara dan Sukan berbasikal


Ah Keong(LSK)ketika pelumbaan berbukit


Kembali kita kali ini bersama memartabatkan sukan berbasikal negara yang sering di perkatakan serta tidak jemu-jemu untuk menaik tarafkan sukan ini ke peringkat yang lebih tinggi. Bagi yang berhayal dengan omong-omong kosong hanya tersenyum manis semasa pelumba berada dia atas podium sambil pelumba itu sendiri menangis mengeluarkan air mata tanda kegembiraan menyanyikan lagu kebangsaan NegaraKu setelah berhempas pulas sekian lama. Berbagai cabaran, cemuhan, hinaan, pujian, kesakitan, kepanasan, kederhagaan, kelaparan, kerisauan, kegembiraan, kekosongan poket money dan ke ke ke sebagainya sebelum kejayaan tercipta.

Apapun itu adalah "makan" pahit manis bagi seseorang atlet atau pelumba basikal khususnya.

Bahang yang akan menghampiri sukan berbasikal negara bulan hadapan adalah Sukan Sea Loas yang menjadi rebutan pingat emas oleh semua negara asia tenggara. Pelumba lebuhraya Negara Malaysia adalah antara pelumba yang di segani dan terkuat dengan kegemilangan dan kejayaan yang di tunjukkan oleh pelumba senior kebangsaan seperti Shahrulneza Razali,M. Kumaresan, Seong Hong dan Suhardi Hassan (etc). Ketika era itu, mereka sering di cabar oleh dua negara terkuat iaitu Victor Esperito Filipina dan juga Indonesia Tonton Susanto.

Kegemilangan lalu
Pelumba negara pakar dan agak mudah mencapai pingat emas melalui acara lebuhraya lepas beramai-ramai(masstart/roadrace). Pakar ujian masa perseorangan lelaki Shahrulneza Razali memenangi emas di Sukan Sea Brunei pada tahun 1999 dengan gandaan emas kedua melalui acara lebuhraya. Sehubungan itu pada tahun 2001 Azlan Jamaludin adalah pelumba muda pertama memenangi emas Sea Games Kuala Lumpur (di Nilai). Pelumba Negara sapu bersih tempat teratas emas, perak dan gangsa.

Azlan dan Wong Ah Tiam(Hafiz wong)adalah pelumba domistik yang di arahkan untuk memecah belah kelompok besar. Siapa sangka mereka membawa kejayaan besar untuk negara dengan pingat emas dan perak.Tetapi mengikut undang-undang berbasikal, setiap negara layak menerima emas dan perak. Oleh yang demikian gangsa terpaksa di beri kepada pelumba filipina ketika itu. Tahun 2001 adalah Sea Games yang paling berjaya yang di lakukan oleh pelumba-pelumba Negara Malaysia.


Lee Robert dengan latihan berganda dan kemahuan

Lee Robert anak kelahiran negeri Melaka adalah pelumba yang success dalam kerja seorang pelumba, pelajaran UPM dan kini seorang Inspektor Polis Bahagian Jenayah. Beliau adalah pelumba yang berbakat dan seorang yang rajin di dalam latihan. Hasil kerajinan dan displin yang di terapkan dalam diri beliau juga memenangi pingat Sukan Sea(trek).

Kebiasaan beliau akan lebih bekerja keras dalam mengenal prestasi diri sebelum menghadapi kejohanan besar. Robert akan menjalani latihan berganda lebih jam setelah rakan lain pulang ke rumah atau asrama. Usaha yang di tunjukan berhasil walaupun hanya sekadar pingat perak acara 4km individu perseorangan (trek) akan tetapi tenaga yang di hasilkan olehnya telah memadamkan rekod kebangsaan yang berumur 11 tahun milik pelumba lagenda negara M. Kumaresan.

Dengan serba kekurangan corak latihan, keperluan ketika itu berbanding di masa ini. Rekod beliau telah di padamkan oleh pelumba negara M. Fauzan Lufti serta terkini Amir Mustafa. Kesungguhan Lee Robert memang terlihat sejak beliau mula-mula berkecimpung dalam arena lumba basikal. Pelumba yang ingin berjaya boleh mengikuti jejak beliau. Tetapi biarlah mengikut kaedah latihan yang betul serta rehat yang cukup. Anda pasti berjaya.

Loh Sea Keong dan Sea Games Laos
Loh Sea Keong salah seorang pelumba professional Marco Porlo yang berlatih sendirian setelah di gugurkan dari skuad kebangsaan oleh kerana sering menjalani latihan berseorangan. Di fahamkan beliau ketika itu, tidak dapat mengikuti latihan bersama skuad negara atas beberapa pekara yang tidak jelas. MNCF telah membantu beliau sebuah "keperluan" untuk LSK terus menjalani latihan lebuhraya. Terima kasih dan tahniah dari saya kepada MNCF yang mewakili pecinta sukan berbasikal negara Malaysia.

Tekun dari seorang pelumba
Sikap ingin berjaya beliau menjalani latihan sistematik menjamin kejayaan yang telah ditunjukan dengan melayakan diri ke Sukan Sea Laos ini. Kesana kesini dengan latihan beliau untuk mengharumkan nama negara tidak sama sekali pudar di dalam hati beliau. Terus maju dengan tenaga yang ada dan berharap membawa kejayaan di Sea Games nanti. Satu Negara Satu Harapan Rakyat dan Satukan Berbasikal Negara Malaysia.

Peringatan dan Persiapan anda
Saya berharap pelumba negara yang terlibat di Sukan Sea Loas dapat membawa kejayaan yang cemerlang serta mengumpul sejarah terbilang yang tidak akan padam serta tidak akan cuba menjatuhkan mana-mana pihak tanpa sebarang bukti asas agar ia tidak menjejaskan tumpuan pingat emas anda nanti. Tumpukan kepada tujuan sebenar sebagai seorang yang bertanggungjawab dan professional. Permasalahan yang ada sekarang sama sekali tidak akan membantu malah memburukan keadaan. Gunakan altenatif lain dan mulakan perbincangan positif untuk anda terus mendapat kejayaan di Laos nanti. Anda selesa pasti anda berjaya. Amiin

Secebis hikmah kehidupan
"Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan".


Terima Kasih.

7 comments:

shaidin Md saman said...

Salam, bro..
So its proven: 70% - attitude, will bring something miracle.

How about BAM's golden boys? Do they showed the same performance
after million was sacrified to them? Just two questions to think

bro sms

Anonymous said...

respect..

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Salam,

Memang benar attitude adalah hasil kejayaan. Lihat Adiq Hussainie Othman dengan kejayaannya. Boleh di lihat dia seorang yang tahu tentang dalam dirinya. Cara berpakaian, latihan, bercakap, kekemasan, kebersihan.

Tidak menipu semasa latihan dan risau jika tidak berlatih. Tidak ramai pelumba muda sepertinya.

shaidin Md saman said...

Salam bro,
Ya, karakter spt itu diperlukan dlm semua jenis sport.
If you dnt mind, pls submit here briefly the early history of Malaysian cycling until now.
May be bro Dungun CT or bro Zamani or other friends has smthng to share.
I wld like to study tht.

History n experience are always teach us to be more excllnt

bro sms

East Coast Cycling Team said...

Salam.

Betul kata coach tu...!!!

shaidin Md saman said...

Tqvm for this article.

"sasaran lompatan seekor tupai sering pada puncak pohon yg tinggi dan lonjakannya kerapkali berupaya mencengkam dahan yg diingini. Sesekali jatuh ke tanah adalah lumrah. Sepantas itu juga ia berusaha kembali ke puncak"

Wajar diambil iktibar utk terus mara...

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Hi East Coast Cycling Team,

Welcome to My Vision To Produce Champions. Semoga mendapat mendapat idea dan komen bernas dari anda seperti beberapa pecinta sukan berbasikal tanah air di dalam blog ini. Terima Kasih