Wednesday, August 26, 2009

Uracca Leow dalam dilema

Setelah menunjukkan aksi yang kurang menyinar di Kejohanan Asian Cycling Championship, Uracca Leow pelajar Tourism yang menduduki final exam tahun ini pada September 2009 dalam keadaan tenat untuk memikirkan masa depannya. Beliau yang mengalami kurang sihat 2 hari sebelum berlepas ke Kalimantan memaksa pusingan crank arm begitu lemah sehingga prestasi beliau di ragukan untuk terus berada di dalam squad kebangsaan.

Kecergasan tidak memihak kepada beliau untuk terus menunjukkan kayuhan mantap apabila kayuhannya masih dalam keadaan yang lemah yang sepatutnya beliau tunjukan pada kejohanan tahunan ini. Beliau menghadapi muntah2 dan berasa lesu setelah mendapat keracunan yang berpanjangan.

Beliau begitu tekun semasa di dalam latihan harian. Walaupun beliau terpaksa bergegas setiap hari untuk menjalani latihan pada jam awal pagi 530am-7am bagi menghadiri kelas pada jam antara 8am-9am dan berlatih agak lewat ptg selepas pulang dr kelas.

Malangnya, beliau mendapati basikal kegunaannya telah di ambil untuk di gunakan oleh pelumba yang lain. Saya amat merasai apa yang beliau hadapi, bike ada suatu nyawa bagi seseorang pelumba. Kasih sayang dan sejarah di lakar melalui bike itu sendiri. Saya berharap beliau boleh berfikir dan buat keputusan terbaik pada beberapa hari nanti. Keputusan ketika ini akan membawa kepada keputusan yang negatif. Berehatlah buat beberapa hari ini. Fikir dan berbincang dengan keluarga serta rakan yang berfikiran waras. Usah dengar kata2 yang boleh menjatuhkan semangat anda. Terus maju, terus maju, terus maju dan bawa kejayaan di masa hadapan dan Negara Malaysia.


"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."

2 comments:

Anonymous said...

Kata-kata Pujangga: "Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,
tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

Karim Pin

shaidin Md saman said...

Itulah cabaran yg semestinya membakar semangat juang bagi membuktikan kita masih berupaya bangun selagi aqal dan tulang 4 kerat ada. Go ahead dear. Prove 2 the idiot peoples that u still alive