Wednesday, August 5, 2009

Berbasikal: Mini Olimpik 2009

Sekalung tahniah kepada Majlis Sukan Negara Malaysia kerana berbesar hati menjadi penganjur Sukan Mini Olimpik julung pertama kali 2009. Penganjuran ini adalah untuk mendapatkan status terkini level atlet yang terpilih mewakili bagi sesebuah kelab, negeri dan juga atlet bergelar elit kebangsaan.

Penganjuran MO ini adalah satu titik usaha melonjakan atlet dengan prestasi semasa serta memberitahu peningkatan mereka kepada masyarakat umum dan peminat tanah akhir. Usaha dan kerjasama antara pihak tertentu seperti MNCF lagi mencantikan penyelarasan kejohanan ini berjalan lancar.

Hari pertama 5hb Ogos 2009 (hari ini)telah berjalannya bagi acara 20km ITT wanita serta 40km ITT lelaki pada jam 9pagi. Hujan lebat pada sebelah pagi antara jam 8pagi telah di anjakan sedikit masa bagi menunggu hujan lebat kembali reda.

Dalam suasana hujan gerimis, pelumbaan acara ITT wanita di jalankan dengan permulaan yang begitu baik dan cemerlang. Setelah hampir 5km pertama keadaan menjadi agak kelam kabut oleh kerana kekurangan marshall yang mengikuti pelumbaan ini. Keadaan simpang siuh dan arrow yang kurang jelas menyebabkan pelumba tertunggu2 untuk membelok ke kiri dan ke kanan.

Pelumbaan semakin kecoh apabila ramai pelumba tersalah jalan serta beberapa kali membuat pusingan di laluan penamat. Uracca Leow antara pelumba yang kurang bernasib baik apabila terpaksa berpatah balik untuk menghala ke laluan sebenar.

Malangnya, baki 3km - 4km terakhir ke penamat kami menerima arahan pihak polis trafik yang telah mengatakan pelumbaan wanita telah di batalkan dan akan "RESTART" selepas ITT lelaki berlepas. Kepenatan serta keletihan tidak membenarkan empunya badan untuk meneruskan pelumbaan dan terpaksa menarik diri dari pelumbaan ITT ini.

Pihak penganjur mengambil keputusan dan telah menyediakan sebuah bas dengan di penuhi kesemua pelumba wanita dan lelaki untuk melihat laluan sebenar bagi mengelakan pelumba tersasar dalam laluan ITT. Kebijaksanaan pihak penganjur telah berjalan lancar dengan cemerlangnya pada hari ini.

Tempat pertama wanita memihak kepada Kimberly yap, Mariana dan Marziaton. Pelumba lelaki adalah dari kelab LEtua Ng Yong Li.

Esok pelumbaan mass start wanita 90km dan 150km lelaki. Peminat di jemput menghadiri ke kejohanan ini di presint 2o berdekatan kawasan perkuburan Islam. 7hb dan 8hb akan di adakan di trek di Velodrom Cheras Kuala Lumpur.

No comments: