
Budaya: Saya tertarik dengan pembangunan berbasikal WAIS,Perth Australia dengan mengasuh menjalankan aktiviti berbasikal kepada generasi lebih muda di sebuah trek speedome velodrom Midland.
Tv1 secara langsung semalam telah menemu bual orang kuat MNCF iaitu Datuk NaiM Muhammad dan juga jaguh terkini pelumba muda junior terbaik dunia Adiq Hussaini Othman dalam memperkatakan kemajuan sukan berbasikal negara Malaysia. Berbagai isu di perkatakan termasuk bagaimana pihak MNCF menghasilkan/menbajak atlet2 bertaraf dunia seperti Azizul Hasni Awang Muda dan juga Rizal Tisin serta yang terkini Adiq Husaini. Menteri telah pun bersetuju utk membina sebuah trek kayu berukuran 250m. Kita semua gembira mendengar berita itu kerana ia satu langkah menaik taraf sukan berbasikal negara pada masa hadapan.
Perancangan dan pelaksaan perlu bermula dari sekarang bukan sahaja ia di gunakan kepada pelumba2 berlesen malah jika ia ingin di perluaskan pihak bertanggungjawab perlu berganding bahu dengan seluruh pencinta berbasikal negara seperti kelab2, masyarakat hobi berbasikal, anak2 kecil, sekolah2 dan sebagainya.
Jika aspek berkenaan diendahkan kita akan melihat ia seperti velodrom yang sedia ada, sepi tanpa tiupan wisel dan juga sorakan. Sebagai contoh pembangunan WAIS Perth telah byk melahirkan jaguh2 yg di bimbing oleh Darryl Benson seperti Ryan Beayley, Scott Sanderland, Peter Dawson, Cameron Mayer, Josie Tomic dan sebagainya. Mereka menghasilkan terlalu byk pelapis2 untuk di serap ke Kebangsaan.
Velodrom mereka tidak sepi jika tiada pelumba malah ruangan trek digunkan sebaiknya seperti sukan roller skate, latihan tinju, angkat berat, pejabat swasta, sukan permotoran hostel/penginapan dan sebagainya.
Mereka menjinakkan hati pihak keluarga dgn mengadakan sessi latihan, pelumbaan, klinik berbasikal kepada anak2 kecil berumur antara 6-12tahun mengikut jadual latihan. Basikal akan disediakan dan di sewa melalui persatuan atau pihak penjaga trek. Sewaan berikut antara $3-$5 aussie utk tabung penganjuran dan sebagainya.
Sokongan dan dorongan semua pihak termasuk keluarga akan menjamin pelapis yang berkualiti di masa hadapan. Ada pun ia adalah sebagai aktiviti beriadah serta sihat. Dengan cara ini, keluarga akan salin menyampai secara tidak lansung kepada keluarga yang lain dengan program pembangunan oleh pihak Berbasikal Negara. Semua peringkat umur serta org kurang upaya mendapat tempat bersama - sama menunjukkan bakat serta kemampuan masing-masing. Bagi kita sukan berbasikal masih jauh berbanding dgn negara2 luar. Bukan untuk menjatuhkan atau membezakan, kita perlu lihat aspek menerima pandangan dari luar, anak muda untuk membantu memberi input2 tentang kekuatan piramid yang mereka lakukan.
Mereka berlumba-lumba menghasilkan product dan method tersendiri dengan adanya sport sains yang lebih muda dan terkini. Saling updated dari masa ke semasa. Siapa terbaik mereka akan menerajui sukan itu sendiri bukan siapa pandai kipas terus berbakti. Politik kekotoran bersukan sudah macam sebati jika kita semua tidak membuka minda kepada perkembangan dan menjadikannya industri yang sebenar. Semua kajian telah berluasa di dalam internet, buku2, majalah, dvd, pendrive, dan sebagainya. Hanya cuma membaca, memahami, bertanya serta melaksanakan.
Kejayaan Adiq Hussaini adalah petanda baik untuk kita semua terus membina product ini sebanyak mungkin. Jangan hanya tertumpu pada mereka yang berjaya sahaja. Malah pilih kasih perlu di buang kerana ia adalah sikap yang kurang bijak. Contoh dahulunya kita asyik tertumpu sebutir emas Josiah Ng dari tahun 1999 sehingga antara 2006, tetapi apa yang terjadi dengan pergolakan pelumba2 yang lain tidak mendapat keperihatinan terus lesu dgn 360 hari dalam latihan harian. Nah, bila tiba meletopnya Azizul dan Rizal Tisin kita merakam tumpuan kepada mereka. Seperti gula kedatangan semut.
Saya melihat secara peribadi pihak media dan pihak bertanggungjawab saling mencari kesalahan antara satu sama lain. Mempunyai keroni untuk di bicara, masing2 mempunyai agenda tersendiri dan ia terus memburukan keadaan akan tetapi terlupa dengan tujuan sebenar. Umpama " menhias diri dan bercakap di hadapan cermin". Hasil cakaran itu kejayaan pelumba di selimut dgn cerita2 panas, malangnya kejayaan mereka terus lenyap sehingga masyarakat masih tertunggu apa yang terjadi kepada pelumba kebanggaan mereka.
Asyik dengan menghantar surat layang sana sini, menjolok terbuan yang tidak sekali pun menggangu mereka walhal diri sendiri berada pada template lama yang di copy paste. Kita perlu bersyukur mempunyai pelumba pelumba yang kuatnya semangat mereka walaupun najis2 terus berada pada perjalanan mereka. Mereka terpaksa menutup hidung dan memekakkan telinga utk terus berjaya demi minat dan semangat kenegaraan.
Ucapan jutaan tahniah dan keberanian Dato' Malek Maidin serta rakan2 yang tidak jemu berjasa utk berbasikal negara. Anak muda yang sudah muntah berkali2 dengan rintihan omong kosong serta muak dgn ketidak jujuran dalam pengurusan selama ini. Apa2 pun tahniah kepada mereka yang selama ini berjasa dalam cubaan membentuk "Black Magic". Maaf kamu bukan kalah dalam memperjuangkan kecemerlangan sukan berbasikal akan tetapi anda cuma kurang bernasib baik. Siapa di atas siapa di bawah bukan persoalannya disini, tetapi berilah peluang bersama untuk diperbaiki.
Kisah benar saya semasa 2002, Pegawai X berkata "hang jangan dekati dia(Dato' Malek)dia tiada displin.. Aku sudah buang dia adik beradik". Hari ini beliau berada di atas kerana apa kerana usahanya untuk berjaya dan tuhan itu maha agung. Dan X sekarang bersama dengan beliau sekarang. Dengan pegangan ilmu pengetahuan beliau melupakan kisah silam itu sejak projek Jaya 98 di bentuk. Kata P. Ramlee buang yang keruh ambil yang jernih.
Kerajaan menyarankan kita semua menjalankan aktiviti sihat, tetapi jika sekadar cakap ia tidak akan dapat membuktikan dengan pelaksanaan. Bukan sekadar sukan berbasikal tetapi juga kepada sukan-sukan yang lain. Budaya perlu di bentuk dengan pelbagai sudut dan terutama masyarakat umum. Contoh amalan sesetengah masyarakat datang bekerja dgn berkayuh dari setiap tempat malah ia di laksanakan dengan membina laluan basikal seluruh tempat. Ada juga seperti di UK penduduk atau penguna berbasikal berjuang hujah2 dengan cara terbuka agar penguna berbasikal layak untuk membawa basikal mereka ke dalam tren. Pada awalnya ia di tentang tidak mendapat persetujuan dan lama kelamaan pengguna berjaya dalam isu berbangkit itu.
Mereka membentuk satu persatuan atau badan kepada pengguna berbasikal yang menjadi pembela kepada mereka seperti mendapatkan laluan berbasikal di sekitar bandar supaya penguna boleh berbasikal dengan selamat. Lihat perkara sebegini mereka boleh atasi. Setiap tahun jalan-jalan berbasikal akan bertambah dengan pemintaan dari seluruh permintaan pengguna. Kita boleh secara pelahan2 walaupun ia memakan masa yang agak lama.
Antara yang berjaya menghasilkan budaya berbasikal di Negara ini adalah negeri Terengganu. Hampir antara 80% di hasilkan oleh negeri berkenaan. Ia datangnya dari sukan berbasikal nyamuk itu sendiri dan berharap pihak kerajaan perlu membimbing para kayuhan nyamuk utk tidak memumuskan sukan ini kelak.
Ada juga, kerisauan pihak keluarga serta pelumba itu sendiri oleh kerana masa depan mereka tidak begitu terjamin. Salah satu penyebab kekurangan pelumba senior adalah kekurangan pelumbaan tempatan dan kurang mendapat perhatian dari persatuan. Itu pun pelumba hanya tertumpu pada kejohanan terbesar Malaysia iaitu SUKMA atau Sukan Malaysia. Program jangka masa yang panjang perlu selari dengan piramid sukan berbasikal negara sehingga ke peringkat ELIT. Begitu juga pelumba wanita yang sudah tentu menjadi tanda tanya. Negeri Selangor adalah salah satu contoh pembangunan pelumba yang mempunyai ramai pelumba wanita. Mereka tidak kurang hebat dalam pencarian bakat2 muda dgn keaktifan pelaksanaan mereka. Berikan saya angka dan umur lewat 20-an? jawapannya - rendah.
Negara Malaysia menganjurkan sukan berprestij Sukan kedua terbesar dunia, Sukan Komanwel 1998. Projek itu, bermegah dgn peningkatan agak ketara pelumba senior negara. Anda lihat angka umur mereka begitu sebati dengan pengalaman yang ada. Penyertaan para pelumba senior pada masa antara sekitar tahun 1992-1998 begitu sengit. Setiap negeri mempunyai jaguh tersendiri, ATM(Azizan Manaf), Selangor(Shahrulneza Razali, Malek Maidin, Hardi Razali, Zaidi Isa), Kuala Lumpur(M.Kumaresan, Seong Hong, Suhaimi Keton, Nor Affandy Rosli, Azhar, Edwin Ng, Haris Fadzillah, Fakrurudji, Lee Lip Wah, lee lip fong, Sani adnan dll) Perlis (Musairi Musa), Melaka(Wilson Tan, Lee Robert) PDRM(Jalil, Amir Mat Ansar,dll)Johor(Jamil Kadiron, Zambri Ayob, Mat tawa, Kamarulzaman, dll)Kedah(Mat shah), Penang(Gary Liang, Ah Beng) N.sembilan(yusri) Perak (Faizul Izwan, Ah wai) Terengganu(Paidi Ghani, Panjang)Sarawak(Romzi Toyok)Kelantan(Wong Ah Tiam) dan banyak lagi.
Salah satu sebab tercetusnya terjadi perpecahan kekurangan pelumba senior adalah di sebabkan pemilihan pelumba menjalani latihan kem Jaya 98'. Sepanjang proses pemilihan itu, satu persatu pelumba terkuat setiap negeri di gugurkan dan ini menyebabkan pelumba berpengalaman itu berputus asa dan mengambil keputusan utk bersara. Jadi, pelumba terkuat negeri tidak mendapat bimbingan dari pelumba senior mereka. Dengan pengalaman pahit itu mereka berkongsi kepada rakan yang agar tidak menerima nasib seperti mereka.
Selepas projek jaya 98'pada tahun 1999 satu projek Gemilang 2001 terbentuk tetapi pelumba senior hanya sedikit. Muka2 baru atau junior cuba di bentuk dari projek jaya 98' ketika itu, pelumba2 muda di namakan Malaysia B. Projek Malaysia B gagal di hasilkan oleh kerana pengurusan yg lemah dan tiada dana yang mencukupi. Satu lagi, tamparan hebat buat pelumba pelapis Malaysia. Ada antara mereka gugur lebih awal bg melanjutkan pelajaran dan mencari pekerjaan. Keegoan dan kekerasan dari bimbingan x menjana keruntuhan empayar pelumba pelapis Malaysia dan Elit ketika itu.
Menjelang 2002 semua pelumba senior di gugurkan sama sekali dgn hanya tumpuan kepada 3 pelumba sahaja. Statistik antara tahun demi tahun hanya berbaki kepada kekuatan mental pelumba itu sehingga ke hari ini. Hari ini kita lihat pelumba 16 tahun lebih menyerlah penyertaannya apatah lagi pelumba 19 tahun keatas. Manakah perancangan pihak tertentu ketika era kegemilang penyertaan pelumba senior dahulu?
Semua itu berkaitan kewangan, pekerjaan, masa depan dan masalah peribadi lain untuk mereka bersara lebih awal. Jika kita lihat sendiri di dalam website berbasikal dunia, byk pelumba lepasan umur 30 tahun keatas masih mencipta nama atau baru mencipta nama. Ianya tidak mudah difikirkan untuk mendapat suatu kejayaan, adapun 1000 dlm satu. Bukan mudah membentuk generasi berkualiti dengan masa yang singkat.
Saya tidaklah senior di dalam berbasikal negara setelah menceburinya sejak 1992, tetapi sedikit sebanyak saya telah lalui punca dan permasalahan yang tidak putus2 menyalahkan org lain sehingga ia mendapat tempias buih kekotoran itu sehingga ke pelumba.
Kali terakhir negara menganjurkan piala dunia pada tahun 2000 dan 2001 di IPOH Perak, setelah itu trek berkenaan tidak lagi berada status dunia oleh kerana tidak berbumbung serta permukaan kayu yang tidak berkualiti. Trek berkenaan laju malangnya ia boleh di gunakan untuk kejohanan tempatan sahaja serta peringkat Asian Cup. Itu pun ia menjamin keselamatan pelumba.
Jauh memang jauh sekali jika kita tidak bermula dari sekarang. Tidak lama lagi kita akan berada di tahun 2010. Kejayaan anak Malaysia sudah di tunaikan oleh juara pelumba Negara, jadi kerap2 lah mencari pandangan ramai bukan sahaja kepada kakitangan kita. Banyak info yang menarik yang kita semua boleh guna pakai. Pengunaan IT dan Sport Sains kita akan lebih berjaya untuk berbasikal negara. Saya juga masih jauh untuk mempelajari ilmu berbasikal ini. Sentiasa rajin dan terpaksa berhadapan kuku XXXX. Ia penat tapi ia berbaloi. Sudikan anda semua memberi pandangan disini walaupun ia sekadar "duduk di kedai Kopi".
Komen yang bernas menunjukan kewarasan dan seorang yang berpendidikan. Terima Kasih Malaysia, Satu Malaysia.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg Ke-52. Merdeka! Merdeka! Merdeka!!!
"Mengkritik tidak bererti menentang,
Menyetujui tidak semestinya menyokong,
Menegur tidak bermakna membenci,
dan berbeza pendapat adalah kawan berfikir yang baik."