Friday, May 15, 2009

Laporan penganjuran Keirin Open 2009


Harapan negara Malaysia! Malaysia Boleh!!!


Uracca Leow antara pelumba wanita yang menunjukan keberanian tanpa putus asa.

Berusia 13 tahun: Adik Dhia Danial pelumba celik yang pertama kali menjejaki dan berkayuh di atas trek velodrom Cheras menerima penghormatan jersey keberanian oleh pengarah kejurulatihan negara John Beasley. Anda berani?


Dari kiri: Isma Rizuan, John Beasley diapit oleh pemenang Keirin Open Hariff Saleh, Hafis Sufian dan Azizul Hasni Awang.


Dari kiri: John Beasley, wakil AIJC media En. Arnaz dan pemenang Beasley Cycle Scratch Race Amir Mustafa, Azizul Hasni Awang, Muhamad Zamani Mastarudin serta wakil pihak MNCF En. Adili Hj. Abu Samah.



Keirin Open 2009 by MNCF/DBKL/ISN/MSN
Velodrome Cheras, Kuala Lumpur.

Sabtu 9hb Mei 2009 - Laporan penganjuran Keirin Open.

2009 adalah tahun permulaan bagi krew kami untuk terus menyokong usaha pihak MNCF dan juga MSN bagi membangunkan sukan berbasikal negara secara berperingkat dan salah satunya usaha kami adalah menganjurkan kejohanan kecil seperti Keirin Open pada 9hb Mei 2009 yang lalu.

Di fahamkan, anggaran ><300 pelumba yang berdaftar di bawah naungan MNCF ketika ini adalah angka yang agak kecil berbanding negara-negara luar seperti Australia dan sebagainya. Kita berharap angka ini akan berganda pada 2010 dan tahun seterusnya untuk menjadikan sukan berbasikal suatu industri untuk mencapai objektif memenangi pingat di kejohanan tertinggi iaitu sukan olimpik. Di sini kami ingin menarik perhatian kepada semua generasi untuk sama-sama berbasikal untuk negara Malaysia serta menjalani aktiviti yang sihat.

Antara yang menarik perhatian iaitu adik Dhia Danial yang berumur 13 tahun dari kajang bersama menyertai Keirin Open ini sebagai asas permulaan dan pertama kalinya berkayuh di atas trek velodrom. Apa yang penting atas keberaniannya itu serta berlumba sebaris dengan pelumba-pelumba yang berpengalaman. Kami membuat satu keputusan dengan memberi kelebihan setengah lap (handicap) kepada beliau pada setiap saringan. Begitu juga (handicap) kepada pelumba wanita negara Uracca Leow pada setiap saringan dan acara selingan.

Walaupun kejohanan ini kecil akan tetapi kami terharu dengan kehadiran pelumba nombor satu dunia acara Keirin iaitu Azizul Hasni Awang yang turut menyertai dan memeriahkan penganjuran ini. Kami berbangga jika Keirin Open ini terus di beri perhatian dan bantuan ia sudah pasti menghasilkan peningkatan yang positif terhadap pembangunan serta generasi akan datang.

Para pelumba yang menyertai Keirin Open ini akan mendapat mata penyertaan sebanyak 10 mata dan kepada pemenang tempat pertama, kedua , ketiga dan keempat bagi acara Keirin akan di berikan penambahan mata sebanyak 5, 3, 2 dan 1. Mohamad Hafis b. Mohamad Sufian adalah pendahulu mata tertinggi pada siri pertama ini sebanyak 15 mata. Krew Keirin Open ingin meningkatkan lagi mutu kejohanan pada masa akan datang bagi mencantikan lagi pelaksanaan pada siri berikutnya.

Penganjur Keirin Open ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak MNCF, DBKL, iSN dan MSN yang tidak terhingga oleh kerana telah membantu kami melaksanakan program ini dengan sumbangan tunai, perubatan, pengecualian sewaan dan perkhidmatan yang di berikan. Tidak lupa juga sumbangan yang di berikan oleh pengarah kejurulatihan negara John Beasley, pihak media AIJC dan sumbangan berupa jersey (untuk pelumba harapan) dari krew Keirin Open Tengku Ikhwan Hadi Tengku Hamzah serta pihak-pihak yang terlibat secara sukarela menjayakannya. Kami juga berharap bantuan seperti ini akan terus kekal pada siri berikutnya. Berikut adalah keputusan Keirin Open siri pertama 2009.


Keputusan Keirin Final

1.Mohamad Hafis Mohamad Sufian
2.Mohd. Harrif b. Saleh
3.Mohd. Azizul Hasni Awang
4.Muhammad Edrus Md Yunus
5.Junaidi Bin Mohamad Nasir
6.Amir Mustafa b. Rosli

Beasley Cycle Scratch race 10 laps
1.Mohd. Azizul Hasni Awang
2.Amir Mustafa b. Rosli
3.Mohd Zamani b. Mastarudin

Result by lap(RM20)– AIJC Snowball
1. Mohd. Fattah Amri B. Zaid
2. Mohd. Firdaus Izwan b. Jaafar
3. Mohd. Fattah Amri B. Zaid
4. Yusrizal Bin Usoff
5. Mohd Zamani b. Mastarudin
6. Amir Mustafa b. Rosli
7. M. Zulhilmie Ahmad Zamri
8. Mohb. Fauzan b. Lutfi
9. Mohb. Fauzan b. Lutfi
10.Amir Mustafa b. Rosli

4 comments:

Anonymous said...

melihat gambar adik danial..teringat kata amir pada zamri...zamri: mir,..zaa ingat nak masuk keirin ni nak carik speed sikit untuk race JM nanti. amir: zaa...masuk keirin ni bukan carik speed...tapi carik maut!

hahahahahahahahah

Isma

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Kata amir pada zamri ketika di Track National Championship 2009.

Zamri Saleh: mir,..zaa ingat nak masuk keirin ni nak carik speed sikit untuk race JM nanti.

Amir Muftafa: zaa...masuk keirin ni bukan nk carik speed...tapi nk carik maut!

ahhahahahahahahhahahahahha... itu lubang kubur....hahahahahahahaha
Bunyi mcm best, menyakinkan. Balas amir mmg tepat.

Anonymous said...

Kita perlu perbanyakan lagi event sebegini..saya selaku National road champion berharap ada pihak yg bole hulurkan tajaan agar kejohanan seperti ini tidak berkubur..tak taja byk pun takpa skit pun jadi laaaa..Hidup fairoz!!

Fairoz Izni Abd Ghani said...

huh... Meremang bulu roma abang jadinya.

Terima kasih atas sokong semua pihak. Mana ada ruang kita jalan dulu.

Agi idup agi ngelaban, selgi hidup selagi berjuang.

Wassalam