Pasukan Berbasikal Negeri Melaka sedang menjalani latihan di atas trek balapan 400 meter di Stadium Tun Fatimah(Melaka) disamping Pasukan Bola Sepak Melaka turut berlatih dalam waktu dan jadual yang sama.
Hasil sokongan dan kerjasama dalam membanggunkan Sukan Berbasikal, Pasukan Berbasikal Negeri Melaka mendapat berita gembira setelah mendapat kelulusan oleh pihak MBMB untuk pelumba menjalani latihan mengunakan trek balapan 400 meter yang bertempat di Stadium Tun Fatimah bagi persediaan di semua kejohanan tempatan yang akan disertai pada tahun ini dan seterusnya.
Ini adalah salah satu cara di mana pelumba dapat dilatih seperti di dalam trek velodrom seperti di Cheras Kuala Lumpur dan Velodrom Rakyat, Ipoh Perak.
Sekurang-kurangnya, logikal dan altenatif ini berguna kepada Pasukan untuk mahir dengan cepat dalam kemahiran berbasikal dalam acara trek khususnya. Ia juga selamat kepada para pelumba baru yang masih lemah dalam mengendali basikal semasa latihan bagi mengelakkan peratusan risiko ketika berada di atas jalanraya.
Walaupun trek ini tidak mencapai spec atau status seperti velodrom tetapi ia hampir dapat berkesan dalam beberapa latihan spesifik serta boleh mencapai kelajuan antara 50km/h dengan baik kerana lengkungannya yang besar.
Ada beberapa perkara yang harus di gilap, bagi memastikan keselamatan semasa latihan dijalankan diatas trek balapan oleh kerana jadual yang bertindih(serentak) yang mana stadium ini juga digunakan oleh pemain bola sepak Melaka dan juga orang awam. Jika latihan serentak ini berlaku pasti sesekala bola tersepak keluar melintas trek semasa pelumba lintas secara kebetulan dan ini akan mengakibatkan kemalangan.
Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, penyebab ini telah pun diajukan untuk memohon dalam bentuk CADANGAN kepada pihak bertanggungjawab agar membina pagar jenis mudah alih di kelilingi padang atau di kiri dan kanan padang.
Dengan cara ini, mungkin perlaksanaan ini dapat dikongsi bersama oleh semua bagi menaik taraf sukan berbasikal sehingga dapat melahirkan ramai lagi jaguh yang berkualiti di masa hadapan. Trek balapan ini kelihatan kurang memuaskan oleh kerana permukaan bitumen/getah balapan ini telahpun rosak yang mempunyai jangka hayat untuk diganti semula.
Trek balapan ini telahpun disyorkan kepada pihak MSN Melaka untuk di tukar menjadi trek velodrom dan perkara ini telahpun dipanjangkan kepada Ketua Menteri secara peribadi dan beliau bersetuju dalam permohonan ini untuk menjadikan kawasan trek ini sebagai Pusat Sukan Berbasikal.
Selanjutnya, usaha ini akan dibawa ke peringkat exco Negeri bagi membincangkannya dengan lebih terperinci dan sebagainya. Diharap usaha ini dapat dibincangankan dengan kata putus yang positif bagi kecemerlangan sukan berbasikal di Negeri Melaka dan menguatkan lagi struktur berbasikal Negara Malaysia. Full Gas!!!
No comments:
Post a Comment