Lebih kurang 5 minggu lagi Pasukan Berbasikal Kebangsaan Negara Malaysia akan memperjuangkan pingat EMAS yang ditawarkan di Sukan Sea Jakarta pada 11-22 November 2011. Sukan Berbasikal antara sukan yang akan menyumbang pingat emas dalam acara Trek Velodrom, Jalanraya(lebuhraya), MTB dan BMX.
Sukan Berbasikal dilihat mantap dengan corak lathan yang bersistematik oleh Jurulatih yang mengendali bersama para pegawai Berbasikal yang sangat berpengalaman malah berpuluh tahun dalam menerajui sukan ini sehingga cemerlang diperingkat yang membanggakan. Malah ada diantaranya boleh menjadi sebagai Pengarah Strategi(D.S) perlumbaan dalam urusan kejurulatihan. Malah juga ada yang boleh membuat keputusan memilih atlet mengikut pencapaian lalu(2-3 tahun lepas contohnya) dan MEMPERTIKAI keputusan jurulatih yang bertanggungjawab.
Bagi Temasya Dwi-tahunan ini, perancangan dan pencapaian terkini harus ditekankan bukan memilih atlet kesayangan kerana ianya akan menjejaskan rentak dan persefahaman semasa perlumbaan lebih-lebih lagi kepada acara berkumpulan.
Semua yang terlibat dalam temasya ini harus berhati-hati kelibat Negara luar kerana mereka punyai kekuatan dalaman yang sangat tinggi bila mana Dwi-tahunan ini dianjurkan. Mereka akan berhabisan dan bermatian bagi sebutir Emas kerana itulah maruah mereka dan juga habuan untuk diri dan keluarga
Jika punyai habuan yang tinggi, mereka sanggup berpaut dan rebah bersama musuh untuk rakan pasukan mereka menjulang habuan Emas yang dijanjikan.
Oleh itu, berhati-hatilah pasukan Negara dan pastikan hati mu "kering" semasa perlumbaan nanti. Peringatan ini memastikan pasukan tidak terjebak dalam kemalangan yang mungkin kita tidak sangkakan. Strategi perlu diatur dengan sebaiknya dan spontan jika berlaku perkara sebegini.
Kekuatan yang ada sekarang tidak mungkin mengecewakan rakyat Malaysia yang ingin bersama menyanyikan lagu Kebangsaan di atas podium atas kejayaan wira pasukan Berbasikal Kebangsaan. Ayuh semua yang terlibat, tingkatkan suhu yang membara dalam memberi saingan yang padu dan jangan calarkannya dengan persembahan yang hambar. Pastikan nama mu terpampang megah di dada akhbar dengan berita kemenangan yang di nanti. Ayuh Berbasikal! Pastas kayuhan mu! Emas milik mu!
No comments:
Post a Comment