Thursday, October 13, 2011

Langkah Altenatif Untuk Pasukan Berbasikal Negeri Melaka

Pasukan Berbasikal Negeri Melaka sedang menjalani latihan di atas trek balapan 400 meter di Stadium Tun Fatimah(Melaka) disamping Pasukan Bola Sepak Melaka turut berlatih dalam waktu dan jadual yang sama.

Hasil sokongan dan kerjasama dalam membanggunkan Sukan Berbasikal, Pasukan Berbasikal Negeri Melaka mendapat berita gembira setelah mendapat kelulusan oleh pihak MBMB untuk pelumba menjalani latihan mengunakan trek balapan 400 meter yang bertempat di Stadium Tun Fatimah bagi persediaan di semua kejohanan tempatan yang akan disertai pada tahun ini dan seterusnya.

Ini adalah salah satu cara di mana pelumba dapat dilatih seperti di dalam trek velodrom seperti di Cheras Kuala Lumpur dan Velodrom Rakyat, Ipoh Perak.

Sekurang-kurangnya, logikal dan altenatif ini berguna kepada Pasukan untuk mahir dengan cepat dalam kemahiran berbasikal dalam acara trek khususnya. Ia juga selamat kepada para pelumba baru yang masih lemah dalam mengendali basikal semasa latihan bagi mengelakkan peratusan risiko ketika berada di atas jalanraya.

Walaupun trek ini tidak mencapai spec atau status seperti velodrom tetapi ia hampir dapat berkesan dalam beberapa latihan spesifik serta boleh mencapai kelajuan antara 50km/h dengan baik kerana lengkungannya yang besar.

Ada beberapa perkara yang harus di gilap, bagi memastikan keselamatan semasa latihan dijalankan diatas trek balapan oleh kerana jadual yang bertindih(serentak) yang mana stadium ini juga digunakan oleh pemain bola sepak Melaka dan juga orang awam. Jika latihan serentak ini berlaku pasti sesekala bola tersepak keluar melintas trek semasa pelumba lintas secara kebetulan dan ini akan mengakibatkan kemalangan.

Bagi mengelakkan perkara ini berlaku, penyebab ini telah pun diajukan untuk memohon dalam bentuk CADANGAN kepada pihak bertanggungjawab agar membina pagar jenis mudah alih di kelilingi padang atau  di kiri dan kanan padang.

Dengan cara ini, mungkin perlaksanaan ini dapat dikongsi bersama oleh semua bagi menaik taraf sukan berbasikal sehingga dapat melahirkan ramai lagi jaguh yang berkualiti di masa hadapan. Trek balapan ini kelihatan kurang memuaskan oleh kerana permukaan bitumen/getah balapan ini telahpun rosak yang mempunyai jangka hayat untuk diganti semula.

Trek balapan ini telahpun disyorkan kepada pihak MSN Melaka untuk di tukar menjadi trek velodrom dan perkara ini telahpun dipanjangkan kepada Ketua Menteri secara peribadi dan beliau bersetuju dalam permohonan ini untuk menjadikan kawasan trek ini sebagai Pusat Sukan Berbasikal.
Selanjutnya, usaha ini akan dibawa ke peringkat exco Negeri bagi membincangkannya dengan lebih terperinci dan sebagainya. Diharap usaha ini dapat dibincangankan dengan kata putus yang positif bagi kecemerlangan sukan berbasikal di Negeri Melaka dan menguatkan lagi struktur berbasikal Negara Malaysia. Full Gas!!!

Wednesday, October 5, 2011

Tingkatkan Prestasi

Buat rakan seperjuangan dan juga Berbasikal khususnya mungkin gambar yang terpampang ini dapat mengingati kita sewaktu atau semasa dalam tugas yang mana di amanahkan atau tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dengan baik. 

Kata-kata ini juga, ada kaitan dalam apajua perkara atau kerjaan dan ini dapat menunjukkan dimanakah diri kita seperti tujuh(7) ungkapan yang bermaksud ini. 

Walaubagaimanapun, tampalan ini menjadi ingatan kepada diri saya untuk bertindak lebih positif atas kerjaan dalam setiap masa. Moga kita semua akan lebih meningkat dan terus maju dengan amalan yang dibekalkan oleh ilmu pengetahuan yang kita perolehi.

Tuesday, October 4, 2011

Jangan Syok Pinggir Nama Yang Kurang Gah


Lebih kurang 5 minggu lagi Pasukan Berbasikal Kebangsaan Negara Malaysia akan memperjuangkan pingat EMAS yang ditawarkan di Sukan Sea Jakarta pada 11-22 November 2011. Sukan Berbasikal antara sukan yang akan menyumbang pingat emas dalam acara Trek Velodrom, Jalanraya(lebuhraya), MTB dan BMX.

Sukan Berbasikal dilihat mantap dengan corak lathan yang bersistematik oleh Jurulatih yang mengendali bersama para pegawai Berbasikal yang sangat berpengalaman malah berpuluh tahun dalam menerajui sukan ini sehingga cemerlang diperingkat yang membanggakan. Malah ada diantaranya boleh menjadi sebagai Pengarah Strategi(D.S) perlumbaan dalam urusan kejurulatihan. Malah juga ada yang boleh membuat keputusan memilih atlet mengikut pencapaian lalu(2-3 tahun lepas contohnya) dan MEMPERTIKAI keputusan jurulatih yang bertanggungjawab.

Bagi Temasya Dwi-tahunan ini, perancangan dan pencapaian terkini harus ditekankan bukan memilih atlet kesayangan kerana ianya akan menjejaskan rentak dan persefahaman semasa perlumbaan lebih-lebih lagi kepada acara berkumpulan.

Semua yang terlibat dalam temasya ini harus berhati-hati kelibat Negara luar kerana mereka punyai kekuatan dalaman yang sangat tinggi bila mana Dwi-tahunan ini dianjurkan. Mereka akan berhabisan dan bermatian bagi sebutir Emas kerana itulah maruah mereka dan juga habuan untuk diri dan keluarga

Jika punyai habuan yang tinggi, mereka sanggup berpaut dan rebah bersama musuh untuk rakan pasukan mereka menjulang habuan Emas yang dijanjikan.

Oleh itu, berhati-hatilah pasukan Negara dan pastikan hati mu "kering" semasa perlumbaan nanti. Peringatan ini memastikan pasukan tidak terjebak dalam kemalangan yang mungkin kita tidak sangkakan. Strategi perlu diatur dengan sebaiknya dan spontan jika berlaku perkara sebegini.

Kekuatan yang ada sekarang tidak mungkin mengecewakan rakyat Malaysia yang ingin bersama menyanyikan lagu Kebangsaan di atas podium atas kejayaan wira pasukan Berbasikal Kebangsaan. Ayuh semua yang terlibat, tingkatkan suhu yang membara dalam memberi saingan yang padu dan jangan calarkannya dengan persembahan yang hambar. Pastikan nama mu terpampang megah di dada akhbar dengan berita kemenangan yang di nanti. Ayuh Berbasikal! Pastas kayuhan mu! Emas milik mu!

Monday, October 3, 2011

TAHNIAH !!!

Tahniah diucapkan kepada rakan berbasikal "JAMBOLEH" yang telah melangsungkan perkahwinannya secara rasmi di Philea Resort & Spa Ayer Keroh Melaka pada 25 September 2011 yang lalu. 

Moga beliau diberi kebahagian yang berkekalan hingga akhir hayat dan dikurniakan zuriat yang cemerlang dan sempurna. 

Tahniah!!!

Setinggi Penghargaan

Sebahagian Pelumba Sukma dan Pelapis Negeri Melaka yang akan berganding memikul cabaran di seluruh kejohanan tempatan Negara Malaysia.

Mewakili pihak Berbasikal Negeri Melaka; ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada 
  1. Loi Wen Chong(LWC) & The Geng
  2. En. Indra Kannady & Isteri
  3. En. Mohd Noor - Tonggak Engineering
  4. Kelab Berbasikal BCNC ( Fairuz BCNC )
  5. Bapa Angkat  tidak rasmi ( Uncle Ujong Pasir )
  6. Sharin Hamzah - Engineering Klang Selangor
  7. Warung Nasi Lemak Ujong Pasir
  8. Rakan-rakan Akrab Berbasikal Melaka & Malaysia(BROTHERS)
  9. Hous of Bike - Mr. Mike
Atas sokongan dan bantuan dalam apa jua bentuk sumbangan yang telah diberikan bagi memastikan sukan Berbasikal terus dipimpin dan dipelihara dengan sempurna. Saya merasa amat terharu atas kehadiran tuan-tuan yang percaya dan yakin atas kendalian saya di peringkat pembangunan di Negeri Melaka.

Ia memberi impak yang besar tidak kira sekecil mana sumbangan itu walaupun berbentuk moral untuk sukan ini terus maju dengan kukuh sehingga ke peringkat Kebangsaan.

Setakat ini, latihan dan pergerakan Berbasikal Negeri Melaka berjalan agak lancar walaupun ada kalanya menghadapi beberapa kesulitan tetapi program ini tetap tempuh sebaik mungkin. Memang benar, sebelum ini ada kedengaran beberapa jurulatih tempatan yang merasa terkilan dengan usaha mereka mengilap bakat pelumba bermula dari KOSONG sehingga ada diantara mereka(pelumba) berjaya ke peringkat kebangsaan.

Pengalaman yang dikongsi bersama beberapa jurulatih tempatan benar dirasai dan jurulatih ini diharapkan mendapat credit(sekurangnya sijil penghargaan Negeri masing-masing) di masa hadapan oleh kerana telah membentuk dan melahirkan seorang lagi pelumba ke peringkat Kebangsaan.

Tidak dapat dibayangkan kepada pihak Persatuan dan Negeri yang tidak mempunyai kewangan yang mencukupi dalam menjalankan aktiviti sukan berbasikal ini yang menelan kos perbelanjaan yang tinggi. Ia penuh dengan sokongan keperluan dalam komitmen harian yang tinggi(bagi mereka yang komited) agar pelumba tidak separuh jalan(impian) atas kos yang di tanggung oleh mereka dan ahli keluarga.

Mereka yang tersenarai di atas adalah sukarelawan dan dermawan untuk melihat para pelumba mendapat sedikit keselesaan dan usaha itu akan di balas dengan kepuasan apabila pelumba menjejakkan kaki diatas podium atau tersenarai sebagai pelumba Kebangsaan suatu hari nanti.

Bagi mereka yang berkemampuan di Negeri tuan-tuan, diharap dapat membantu rakan taulan yang memperjuangkan sukan Berbasikal tanahair walaupun ia kecil tetapi sangat bermakna kepada pihak yang mengendali sukan Berbasikal.
Segala bantuan dan sokongan yang diberikan akan menambah semangat dan terus gigih memajukan sukan ini dipersada tanahair dan antarabangsa serta dilimpahi rahmat dan rezeki dariNya. Semoga ketemu lagi Full Gas!!!

Sunday, October 2, 2011

Moga Impian Terlaksana

 GAMBAR: Menunjukkan trek balapan yang terletak di Stadium Tun Fatimah, Seri Serindit Melaka

Kertas kerja Projek Pembangunan Sukan Berbasikal Negeri Melaka telah pun di majukan ke pihak Majlis Sukan Negeri Melaka  dalam usaha  mencadangkan trek balapan 400 meter di "convert" kepada trek Velodrom berukuran 400 meter dengan ketinggian banking yang sederhana bagi mengalakkan orang ramai berminat dan menceburkan diri dalam acara trek velodrom ini.

Untuk pengetahuan, cadangan ini telahpun diajukan kepada Ketua Menteri Negeri Melaka dan beliau juga bersetuju dalam cadangan ini dan diluluskan. Setakat ini, kertas kerja ini akan dipanjangkan kepada pihak Exco Negeri Melaka untuk proses seterusnya.

Sukan Berbasikal berharap projek ini berjalan dengan sempurna dalam usaha menaik taraf Sukan Berbasikal Negeri Melaka dan juga Negara Malaysia.

Terus Bersama Sukan Berbasikal Negara Malaysia

Salam Sejahtera buat rakan seperjuangan dan semua pembaca disini. Rasanya agak lama benar tidak berkongsi perkembangan dan status terkini Berbasikal Negara Malaysia yang selama ini di bualkan bagi memastikan Sukan Berbasikal terus Maju dan dipimpin dengan sebaiknya dengan plan serta program yang terancang.

Sejak berada di Melaka dalam menaik taraf sukan Berbasikal Negeri Melaka, banyak yang telah dibina dan pengalaman. Antaranya pembinaan trek Velodrom 400 meter, penyertaan para pelumba baru dan beberapa pekara lain yang akan saya berkongsi bersama anda nanti.

Sampai disini dan akan bersambung. Salam hormat dari saya dan moga ketemu dicoretan yang lain. Insya'Allah.