Di sini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kemajuan berbasikal dunia hari ini yang lebih terperinci bagi memastikan qualiti dari semua aspek yang boleh membantu dan meningkatkan prestasi seseorang atlet atau pelumba itu. Ia sangat penting bagi mereka yang mementingkan kemajuan agar suatu bentuk latihan itu diisi dengan begitu teliti tanpa membazir masa dan kederat.
Sains sukan amat penting untuk "success" seseorang pelumba itu dalam jangka masa yang panjang. Mungkin separuh, beberapa, mungkin ramai yang tahu pentingnya sains sukan di dalam sesuatu sukan termasuk sukan berbasikal.
Seperti yang kita maklum, negera luar telah banyak melakukan ujian demi ujian serta berlumba-lumba bagi menaik taraf atlet mereka ke peringkat yang bertaraf dunia. Mereka membelanjakan berjuta-juta dolar sebagai persiapan dan persedian di masa akan datang malah lebih berahsia tentang ilmuan ini yang kita tidak ketahui.
Jepun, Hong Kong, China antara negera Asia yang mengikuti jejak langkah untuk melahirkan lebih ramai atlet yang berkualiti semasa diperingkat bawahan lagi.
Ia telah terbukti dengan kejayaan mereka yang konsisten dengan penghasilan pelumba muda yang mampu mengambil tempat pelumba elit yang sediaada. Walaupun negera Malaysia, tidak sehebat pegawai dan pakar seperti mereka tetapi kita juga telah melahirkan pelumba yang bertaraf dunia seperti Azizul, Rizal Tisin dan Josiah Ng Lam.
Akan tetapi berapa ramai yang dapat menerima sains sukan ini dan juga tahu tentang atau sekurang-kurangnya asas dalam bersukan.
Atas pengalaman semasa di peringkat kebangsaan, ramai atlet masih lemah dalam sains sukan ini kerana mereka ini tidak diterapkan ilmu pengetahuan sains sukan di peringkat negeri dan ini akan mengambil lebih masa untuk mendidik seseorang pelumba itu untuk mendalami kaitan sains sukan berkait rapat kepada sukan mereka.
Itu tidak termasuk dalam sesi latihan mengutamakan kemahiran(skill), video dan sebagainya. Ia perlu dibaja di peringkat grassroots bukan penerapan ilmu ini dibentuk diperingkat kebangsaan. Institut Sukan Negara(ISN) adalah sokongan terbesar dan kemajuan disebalik kejayaan.
Pendapat saya ISN harus di UTAMAKAN kedepan seperti Australia Institut of Sport(AIS) yang memperuntukan belanjawan besar dan menguntungkan di masa hadapan kepada atlet dan Negara. Lebih mendahulu dengan adanya lokasi penempatan tersendiri di Sepanyol, Itali dan the United Kingdom. Ini akan menjimatkan kos dalam jangka masa panjang jika atlet mereka menjalani latihan berbulan atau mengikut musim tertentu seperti di dalam plan tahunan.
Apa sahaja yang berlaku tentang prestasi tentu berkaitan Sains Sukan dan pegawai mereka adalah berkelulusan tinggi dan pakar serta layak walaupun sistem yang berlaku ini tidak seperti beberapa negara maju luar dan mungkin sistem Sukan Negara kita ada cara tersendiri dengan bimbingan oleh pakar yang mengendalikannya.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dan ada kurang bersetuju akan tetapi itu andaian, penerimaan serta pemikiran logik setiap individu. Jika ada kesilapan disini sila perbetulkan dengan huraian yang berhemah yang boleh memajukan sukan negara dan atlet serta sama-samalah kita belajar dan membantu antara satu sama yang lain. Majulah Sukan Untuk Negara.
Mungkin ada yang tidak bersetuju dan ada kurang bersetuju akan tetapi itu andaian, penerimaan serta pemikiran logik setiap individu. Jika ada kesilapan disini sila perbetulkan dengan huraian yang berhemah yang boleh memajukan sukan negara dan atlet serta sama-samalah kita belajar dan membantu antara satu sama yang lain. Majulah Sukan Untuk Negara.
2 comments:
SUdah terbukti Malaysia hanya menumpukan pada Azizul hasni,tp selepasnya? siapakah next talent yang betul2 nampak bakat menyerlah mcm azizul?ada?
Perempuan sampai harini tiada bakat yang standard Asia melainkan Fateha Mustapa
Salam,
Sepatutnya bermula dari bangku sek rendah sains sukan wajar diterapkan namun tidak berlaku secara terancang.
Kesinambungan tiada maka bakat muda dlm kebanyakan sukan turut lenyap setelah terlibat dlm kerjaya...sayang sungguh!
sms
Post a Comment