Sukan Berbasikal antara tiga[3] sukan yang ingin di bangunkan serta mendapat perhatian oleh Ketua Menteri Negeri Melaka Datuk Seri Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam sejak tahun lalu dan diamanahkan kepada MSN Negeri Melaka bagi melihat sukan ini terus berkembang pesat dan membanggakan rakyat Negeri Melaka khususnya serta Negara Malaysia.
Benar ataupun tidak itu adalah perancangan awal dengan kesungguhan semua pihak untuk saling bekerjasama bagi menjadikannya sebagai kenyataan suatu hari nanti[mudah-mudahan].
Trek yang disuarakan bukanlah berkelas dunia akan tetapi ia berbentuk seperti trek balapan 500 meter [sepusingan] yang boleh digunakan oleh orang awam walaupun tidak mempunyai pengalaman dan ia dirancang untuk dipelbagaikan bagi kegunaan sukan lain untuk menjalani latihan bersama dengan ruangan kosong yang terletak di bahagian tengah trek berkenaan.
Aktiviti olahraga dan sebagainya boleh dijalankan serentak jika aktiviti berbasikal berlansung jadi ia suatu perancangan yang positif.
Tumpuan adalah di kawasan Stadium Tun Fatimah yang mana perhatian masyarakat setempat adalah tertumpu di kawasan berkenaan yang sering dibanjiri pada setiap hari dengan aktiviti sukan dan sebagainya. Ia sememangnya kawasan strategik dengan keluasan yang ada memudahkan penguna datang bersukan dan sebagainya.
Trek asas keluasan 500 meter itu mungkin dilihat ringkas akan tetapi ia akan mendatangkan pulangan yang membanggakan dengan hasil usaha menaik taraf sukan berbasikal sebagai industri berbasikal terhadap sokongan kepada Persatuan Berbasikal Negeri Melaka[PBNM], Majlis Sukan Negeri Melaka[MSN Melaka] Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia[PKBM] dan Majlis Sukan Negara Malaysia[MSN Malaysia].
Selaku jurulatih sepenuh masa di Melaka, saya akan terus berusaha mengajukan perkara ini kepada pihak kerajaan Negeri Melaka atau yang sewaktu dengannya; dengan beberapa buah fikiran yang boleh menambat kepercayaan Kerajaan Negeri Melaka untuk meluluskan permohonan pembinaan trek berbentuk balapan dengan ketinggian yang bersesuaian dan tidak menelan kos perbelanjaan yang begitu tinggi.
Pembinaan trek ini adalah untuk melakukan pembangunan dalam latihan kemahiran dan teknik bagi atlet remaja[bersekolah] dan juga kepada peringkat sekolah rendah.
Jika usaha ini gagal tidak bermakna ia gagal selamanya dan selagi ada NADI; saya akan terus membuat sesuatu demi Sukan Berbasikal Negeri Melaka dan Negara Malaysia walaupun ada segelintir individu selama ini memandang mustahil terhadap usaha ini seperti omong-omong kosong atau bercakap kosong.
Bagi saya ia kita perlu mempunyai komitmen yang tinggi serta kesungguhan yang berlipat ganda tanpa menunggu dan melihat kejayaan orang lain.
Dalam bersukan ia perlu ada keyakinan diri dan berani menempuh apajua rintangan. Susahnya ibarat mahu memerhati bulan jatuh ke riba si pungguk yang sering merinduikannya.
Lebih hampa; si pungguk yang sukar memahami sukan itu yang sering bermimpi di-siang hari beralas tilam empuk yang berhawa dingin. Gitu?
"Asyik melihat awan yang tinggi,
Duri di bawah tiada kau peduli,
Walau tamadun angkasa pertiwi,
Budaya berbasikal tetap dihati."
Duri di bawah tiada kau peduli,
Walau tamadun angkasa pertiwi,
Budaya berbasikal tetap dihati."
Notifikasi pihak Majlis Sukan Negeri Melaka memberi isyarat awal untuk merancang menubuh satu pasukan Pembangunan Berbasikal di bawah naungan pihak Majlis di masa hadapan sekaligus bergeklut difikiran; mestikah nyiur saya tadahkan?. Mudahan nafas ini terus menghembus sebaik mungkin untuk GEMILANGKAN semua pihak Berbasikal.
1 comment:
Salam,
Syabas anakanda!
Teruskan usaha
kerana perjuangan sebenarmu sudah bermula,
Biar patah sayap bertongkat paruh..
Puncak tinggi kau daki pasti kau daki jua,
ombak badai bukan alasan untuk berhenti mengemudi..
biar kecil kolekmu namun besarkanlah jiwamu...
nescaya, bahagia menunggumu
di mana-mana!
sms
Post a Comment