
Gambar 1: Jaguan Negara
The Poket Roket Man telah di anugerah atlit terbaik SAM 100 Plus Award 2010. Sejurus kejayaan ini juga telah melihatkan level sukan berbasikal Negara Malaysia diberi pengiktirafan di antara sukan-sukan di Malaysia. Kejayaan demi kejayaan selama ini berbaloi hasil usaha beliau yang inginkan sukan berbasikal terus maju ke depan.
Keringat semua pihak dan pelumba terdahulu atau generasi lama perlu di ambil kira kerana tanpa kerjasama serta pencapaian terdahulu sama sekali tidak akan di pandang dan di beri bantuan jika tiada pencapaian oleh semua generasi lalu seperti Datuk Ng Joo Ngan, M.Kumaresan, N. Affandy Rosli, Daud Ibrahim serta rakan domistik yang membantu kejayaan mereka. Tanpa ilmu serta pengalaman yang di turunkan ia tidak mudah untuk berbasikal berjaya seperti anda lihat hari ini.
Ia memakan masa yang begitu lama antara 50 tahun yang lalu. Berbagai permasalahan, perbalahan serta kritikan yang berlaku yang anda tidak ketahui(peminat sukan tanah air)untuk menghasilkan Azizul Hasni Awang. Percubaan dan pertukaran(lokasi latihan, pelumba etc) selama ini adalah satu pembangunan yang terpaksa di lakukan. Hasilnya kini amat berbaloi akan tetapi berbasikal perlu bersedia untuk menghasilkan lebih ramai pelumba seperti Azizul.
Percayalah suatu hari nanti berbasikal negara Malaysia akan menjunam jika berbasikal negara asyik dengan satu TUMPUAN sahaja. Contoh kejayaan bermula antara tahun 1970 oleh Datuk Ng Joo Ngan dan Daud Ibrahim, selepas itu beberapa rakan lain seperti Lee Robert yang telah sedaya memecahkan rekod 11 tahun 4km ITT pada tahun 2001 milik M. Kumaresan pada Sea Games 2001, Josiah Ng yang mula bangkit pada tahun 2002 untuk pingat perak Asia Games Busan dan Doha Qatar 2006 serta buat pertama kali dalam sejarah negara dengan pencapaian terbaik memenangi pingat perak dan gangsa oleh Azizul dan Rizal Tisin di World Championship 2009.

Gambar 2: M. Kumaresan semasa kegemilangannya dan salah seorang pelumba serba boleh.
Selain sukan bola sepak, perlu di ingatkan juga sukan berbasikal adalah sukan yang diminati ramai oleh semua peringkat umur dan di sertai seluruh dunia. Tidak seperti sukan-sukan yang lain di mana sukan itu hanya tertumpu oleh beberapa negara. Anugerah yang di sanjung oleh Azizul Hasni adalah tepat dan benar.
Diharapkan kejayaan ini akan memberi suntik cemburu kepada semua pelumba negara baik dari peringkat negeri, serantau, pelapis kebangsaan serta rakan-rakan elit yang lain untuk mengikuti jejak kecemerlangan yang telah di buktikan. Tiada perkara mudah untuk di capai seperti beliau tunjukan bagi memartabatkan sukan berbasikal negara berada pada kedudukan terbaik di kalangan sukan-sukan di Malaysia.
Pelumba-pelumba sekarang perlu mengambil peluang yang ada kerana dengan kejayaan ini pihak kerajaan akan membantu dana semaksimum yang mungkin untuk menghasilkan produk sebegini pada masa akan datang. Peluang ini jangan di persiakan kerana anda akan kerugian suatu hari nanti. Jadilah yang luar biasa anda akan terkejut dengan hasilnya dan jika anda seperti biasa anda pasti mendapat hasilnya yang biasa-biasa serta sia-sia.
Bersama lahirkan lebih ramai jaguh dari jagung yang akan dicampak ke tanah begitu sahaja. Bagaimana jaguh di hasilkan adalah dari benih usaha kemahuan dalam diri sendiri. Hasil kegagalan adalah berpunca dari sikap tidak mahu berusaha dan bertanya. Jaguh akan di kenangan dalam sejarah sukan berbasikal khususnya serta menjadi bualan pada setiap masa sehingga ke generasi akan datang.

Harapan berbasikal akan sentiasa berdoa agar kejayaan para pelumba di lihat dengan lebih consisten pada setiap masa. Mudahan pingat emas pertama Sukan Olimpik dapat di lunaskan dari Sukan Berbasikal atau setidaknya sebarang pingat yang di cipta oleh Sukan Badminton. Basikal Boleh Basikal Boleh.
* Mohon maaf jika sebarang penyampaian di sini tergelincir dari fakta sebenar dan sila berkongsi komen anda(jika perlu)untuk menjelaskan kepada generasi masa kini.
Terima Kasih.