Tuesday, June 30, 2009

Potongan 50% dari wang hadiah pelumba

Salam,

Sekalung tahniah kepada pelumba pelumba yang menjuarai dan menyertai kejohanan PJ Cup Championship Selangor. Ramai barisan terkuat yang turut beraksi bagi mengekalkan status diri masing masing di dalam beberapa kejohanan tempatan di seluruh negara.

Belum sempat berehat dari pelumbaan jelajah Korea pelumba lebuhraya turun memeriahkan status kejohanan yg di iktiraf oleh uci. Seramai 200 anggota polis menjadi pilot memastikan kejohanan ini tidak di cemar dengan sebarang insiden kepada pelumba dan pengguna jalanraya.

Laluan yg begitu mencabar dengan laluan berbukit di kawasan Puncak Alam melihatkan para pelumba yang kurang kuat terpaksa akur dengan setiap pusingan pedal mereka dan terus tenggelam serta di tinggalkan dari kelompok terkuat oleh kerana kekurangan latihan dan juga mental.

Sebahagian pelumba pelumba gagal menamatkan pelumbaan oleh kerana mengalami kekejangan otot pada laluan berbukit. Laluan di dalam bandar Petaling Jaya beberapa kilometer terakhir menjadi hidangan para pelumba sebelum melintasi ke garisan penamat.

Kelompok berpecah belah dengan attack demi attack untuk menapis pelumba pecut akan tetapi Anuar Manan masih berada kelompok hadapan bersama Suhardi Hassan, pelumba junior Adiq hussainie Othman dan beberapa pelumba.

2km terakhir menyaksikan Adiq dan juga Suhardi Hassan berentap sesama mereka melakukan attack lebih awal. Nyata mereka berdua sampai lebih awal dari kelompok kedua. Juara memihak kepada Adiq mencecah lebih awal walaupun Suhardi ketika itu telah meninggalkan Adiq. Kekejangan otot peha dari selekoh terakhir menghancurkan impian Suhardi untuk bergelar juara dan terlepas hadiah tunai.

Tahniah kepada mereka. Adiq yang mewakili pasukan XXX sekaligus melonjak nama pasukan berkenaan dengan bergaya sejak beliau menjuarai acara lebuhraya lelaki di Putrajaya seminggu sebelum PJ Cup. Ternyata beliau begitu konsisten dan amat berdisplin serta tidak banyak kerenah dlm apa jua latihan yg di beri.

Hasil tumpuan selama ini berbaloi bagi beliau. Apa juga kami berharap beliau dapat mengekalkan cara dan recovery pada setiap masa.

Di fahamkan hadiah kemenangan beliau dan rakan yang berjumlah >
Setelah kiraan dilakukan Adiq mendapat RM600 dan terpaksa berputih mata dan meredakan syarat instant ini. Bukan berkira dan mengira tetapi hitam putih tabung ini tiada dalam kontrak atau syarat perjanjian. Malah ia secara tiba tiba.

Fikir secara logik dan positif menjamin kematangan berbasikal negara.

1 comment:

Anonymous said...

Hi,

Alahai benda tak musim macam ni ada lagi ke mentaliti macam ni? If this is true, to those bastards hell with you. nak sangat kaya pergi lah berniaga ke atau kerja ke atau makan roti kaya.

Kederat rider dah lah macam nak mampus. Memanglah cycling ni team sports. Tapi pahal plak 50% pergi pada tabung apa ni? Kasik lah hitam putih (contract) mengatakan segala detail. jangan main sedap je tetiba 50% kena potong bila tengok jumlah hadiah lumayan. Bila race takde hadiah lumayan atau cash taknak plak "tabung" tu amik medal 50% ekk. apa punya sengal lah. Sudah sudah lah nak menipu rider weh...dah 20 tahun dah rider kena tipu...dari 10% lah....20% lah...ni paling best 50% kah kah kah...kan senang cakap je. As rider, hadiah kemenagan adalah milik "tabung". Rider hanya dapat Medal atau hamper.Barulah cool.ni lah susah kalo diri sendiri tak nak tambah ilmu.

Zamani Husin
Teh Tarik Krew