Asyik pelumba negara berlatih untuk persiapan ke Kejohanan Asian Cup Round Yokohama, Japan pada 30hb-31hb May 2009 dunia telah di kejutkan dengan virus yang berbahaya iaitu H1N1. Bermula dari Maxico dan terus melangkah ke Malaysia serta Negara Japan. Akbar menyatakan kerisauan pihak ISN tidak akan bertanggungjawab jika mana mana atlit negara di serang virus berkenaan oleh kerana ingin mengambil bahagian ke luar negara.
Lebih-lebih lagi negara yang mempunyai catatan serangan yang tertinggi. Japan adalah negara yang agak tinggi dengan serangan itu, akan tetapi tempat yang ingin kami tuju itu dikata tiada sebarang kes dan selamat. Di fahamkan, Osaka adalah tempat yang dikatakan mendapat serangan hebat wabak berkenaan dengan ratusan kes.
Setiba kami di Lapangan Narita, cuaca sejuk dan hujan antara 15'-18'darjah celcius. Kami menginap di hostel Yokohama KAGETSUEN KEIRIN VELODROME (400m round). Hujan sentiasa di sana sehinggakan terpaksa berlatih dengan menggunakan roller yang di sediakan oleh pihak penganjur.
Negara menurunkan 3 pelumba pecut Hafiz, Junaidi, dan Mamat@Hariff Saleh. Pelumba persuiter adalah di wakili oleh Akmal Amrun, Amir Mustafa, Zamani Mustaruddin, Adiq Hussaini dan pelumba wanita Nurul Ahmar Badeuzzaman.
Jurulatih yang terlibat saya sendiri, John Beasley dan juga Harnizam Basri serta 2 petugas Team Cycling iaitu Izham(nutrition) dan Sharul(biomekanik).
Permulaan hari pertama diceriakan oleh pelumba pecut iaitu Hafiz Sufian dengan catatan terbaik 10.680 saat di tempat 3 terbaik untuk sessi kelayakan 8 terbaik untuk acara 200m pecut dan di turuti oleh Junaidi Nasir tempat ketujuh dgn catatan 10.984 saat. Bagaimana pun hafiz dan junaidi tewas kepada pelumba Korea dan juga Hong Kong sekali gus mereka menduduki tempat ke 6 dan 7 pada final 5-8.
Kecerian apa bila kelayakan acara Team Sprint negara menduduki tempat kedua dgn catatan 1:15:677 dan layak untuk merebut emas dan perak pada final team sprint. Pasukan negara bertemu negara Japan dan hanya mampu dengan pingat perak dengan catatan 1:16:712's.
Semangat kekuatan itu di ambil oleh pasukan 4km ujian masa berpasukan negara dengan memenagi pingat gangsa dengan catatan terbaik outdoor 400m 4:27.503's. Adiq Hussinie dengan tempat kelima dalam acara point race dan kelibatnya dengan Black Zamani dalam acara medison juga tempat kelima. Bagi Acara 20km point race wanita Nurul Ahmar hanya berputih mata dengan tempat ke 4 dengan perbezaan 2 dan 3 mata untuk pingat gangsa dan perak.
Aksi Keirin pula mendapat persembahan terbaik oleh Hafiz Sufian untuk mara ke final dan juga Mamat@Hariff Saleh di batalkan oleh kerana menyalahi peraturan lane pecutan. Apapun, kehampaan apabila Hafiz Sufian terjatuh bersama pelumba Taiwan apa bila diasak oleh pelumba Japan semasa pusingan terakhir.
Akmal Amron dengan keajaibannya dengan kayuhan bertenaga dalam acara ujian masa 1km dengan catatan masa 1:06.756's di tempat ke 4 tewas 0.114's kepada pemegang pingat gangsa. Pelumba Japan Nitta Yudai mencatatkan masa terbaik 1:04:954 dengan kelajuan 55.42kmh. Catatan masa yang dilakukan oleh Akmal adalah masa peribadi terbaik dan beliau sememangnya tidak menyangka dengan kelajuan purata sehingga 53.93kmh.
Tahniah dengan kesungguhan dan kejayaan pelumba negara untuk terus mencipta sejarah peribadi sebagai jaguh negara dan dunia di masa akan datang. Terus berdoa dan berusaha untuk menjamin keberkatan darinya.
Jangan Lupa Diri.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment