Tuesday, June 30, 2009

New National Champion 2009

Congratulation to Jimi (Road Cyclist) and Azian Alias (Road Women Cyclist)
...........................................................................

Potongan 50% dari wang hadiah pelumba

Salam,

Sekalung tahniah kepada pelumba pelumba yang menjuarai dan menyertai kejohanan PJ Cup Championship Selangor. Ramai barisan terkuat yang turut beraksi bagi mengekalkan status diri masing masing di dalam beberapa kejohanan tempatan di seluruh negara.

Belum sempat berehat dari pelumbaan jelajah Korea pelumba lebuhraya turun memeriahkan status kejohanan yg di iktiraf oleh uci. Seramai 200 anggota polis menjadi pilot memastikan kejohanan ini tidak di cemar dengan sebarang insiden kepada pelumba dan pengguna jalanraya.

Laluan yg begitu mencabar dengan laluan berbukit di kawasan Puncak Alam melihatkan para pelumba yang kurang kuat terpaksa akur dengan setiap pusingan pedal mereka dan terus tenggelam serta di tinggalkan dari kelompok terkuat oleh kerana kekurangan latihan dan juga mental.

Sebahagian pelumba pelumba gagal menamatkan pelumbaan oleh kerana mengalami kekejangan otot pada laluan berbukit. Laluan di dalam bandar Petaling Jaya beberapa kilometer terakhir menjadi hidangan para pelumba sebelum melintasi ke garisan penamat.

Kelompok berpecah belah dengan attack demi attack untuk menapis pelumba pecut akan tetapi Anuar Manan masih berada kelompok hadapan bersama Suhardi Hassan, pelumba junior Adiq hussainie Othman dan beberapa pelumba.

2km terakhir menyaksikan Adiq dan juga Suhardi Hassan berentap sesama mereka melakukan attack lebih awal. Nyata mereka berdua sampai lebih awal dari kelompok kedua. Juara memihak kepada Adiq mencecah lebih awal walaupun Suhardi ketika itu telah meninggalkan Adiq. Kekejangan otot peha dari selekoh terakhir menghancurkan impian Suhardi untuk bergelar juara dan terlepas hadiah tunai.

Tahniah kepada mereka. Adiq yang mewakili pasukan XXX sekaligus melonjak nama pasukan berkenaan dengan bergaya sejak beliau menjuarai acara lebuhraya lelaki di Putrajaya seminggu sebelum PJ Cup. Ternyata beliau begitu konsisten dan amat berdisplin serta tidak banyak kerenah dlm apa jua latihan yg di beri.

Hasil tumpuan selama ini berbaloi bagi beliau. Apa juga kami berharap beliau dapat mengekalkan cara dan recovery pada setiap masa.

Di fahamkan hadiah kemenangan beliau dan rakan yang berjumlah >
Setelah kiraan dilakukan Adiq mendapat RM600 dan terpaksa berputih mata dan meredakan syarat instant ini. Bukan berkira dan mengira tetapi hitam putih tabung ini tiada dalam kontrak atau syarat perjanjian. Malah ia secara tiba tiba.

Fikir secara logik dan positif menjamin kematangan berbasikal negara.

Tuesday, June 16, 2009

Asian Cup Round Yokohama 2009

Asyik pelumba negara berlatih untuk persiapan ke Kejohanan Asian Cup Round Yokohama, Japan pada 30hb-31hb May 2009 dunia telah di kejutkan dengan virus yang berbahaya iaitu H1N1. Bermula dari Maxico dan terus melangkah ke Malaysia serta Negara Japan. Akbar menyatakan kerisauan pihak ISN tidak akan bertanggungjawab jika mana mana atlit negara di serang virus berkenaan oleh kerana ingin mengambil bahagian ke luar negara.

Lebih-lebih lagi negara yang mempunyai catatan serangan yang tertinggi. Japan adalah negara yang agak tinggi dengan serangan itu, akan tetapi tempat yang ingin kami tuju itu dikata tiada sebarang kes dan selamat. Di fahamkan, Osaka adalah tempat yang dikatakan mendapat serangan hebat wabak berkenaan dengan ratusan kes.

Setiba kami di Lapangan Narita, cuaca sejuk dan hujan antara 15'-18'darjah celcius. Kami menginap di hostel Yokohama KAGETSUEN KEIRIN VELODROME (400m round). Hujan sentiasa di sana sehinggakan terpaksa berlatih dengan menggunakan roller yang di sediakan oleh pihak penganjur.

Negara menurunkan 3 pelumba pecut Hafiz, Junaidi, dan Mamat@Hariff Saleh. Pelumba persuiter adalah di wakili oleh Akmal Amrun, Amir Mustafa, Zamani Mustaruddin, Adiq Hussaini dan pelumba wanita Nurul Ahmar Badeuzzaman.

Jurulatih yang terlibat saya sendiri, John Beasley dan juga Harnizam Basri serta 2 petugas Team Cycling iaitu Izham(nutrition) dan Sharul(biomekanik).

Permulaan hari pertama diceriakan oleh pelumba pecut iaitu Hafiz Sufian dengan catatan terbaik 10.680 saat di tempat 3 terbaik untuk sessi kelayakan 8 terbaik untuk acara 200m pecut dan di turuti oleh Junaidi Nasir tempat ketujuh dgn catatan 10.984 saat. Bagaimana pun hafiz dan junaidi tewas kepada pelumba Korea dan juga Hong Kong sekali gus mereka menduduki tempat ke 6 dan 7 pada final 5-8.

Kecerian apa bila kelayakan acara Team Sprint negara menduduki tempat kedua dgn catatan 1:15:677 dan layak untuk merebut emas dan perak pada final team sprint. Pasukan negara bertemu negara Japan dan hanya mampu dengan pingat perak dengan catatan 1:16:712's.

Semangat kekuatan itu di ambil oleh pasukan 4km ujian masa berpasukan negara dengan memenagi pingat gangsa dengan catatan terbaik outdoor 400m 4:27.503's. Adiq Hussinie dengan tempat kelima dalam acara point race dan kelibatnya dengan Black Zamani dalam acara medison juga tempat kelima. Bagi Acara 20km point race wanita Nurul Ahmar hanya berputih mata dengan tempat ke 4 dengan perbezaan 2 dan 3 mata untuk pingat gangsa dan perak.

Aksi Keirin pula mendapat persembahan terbaik oleh Hafiz Sufian untuk mara ke final dan juga Mamat@Hariff Saleh di batalkan oleh kerana menyalahi peraturan lane pecutan. Apapun, kehampaan apabila Hafiz Sufian terjatuh bersama pelumba Taiwan apa bila diasak oleh pelumba Japan semasa pusingan terakhir.

Akmal Amron dengan keajaibannya dengan kayuhan bertenaga dalam acara ujian masa 1km dengan catatan masa 1:06.756's di tempat ke 4 tewas 0.114's kepada pemegang pingat gangsa. Pelumba Japan Nitta Yudai mencatatkan masa terbaik 1:04:954 dengan kelajuan 55.42kmh. Catatan masa yang dilakukan oleh Akmal adalah masa peribadi terbaik dan beliau sememangnya tidak menyangka dengan kelajuan purata sehingga 53.93kmh.

Tahniah dengan kesungguhan dan kejayaan pelumba negara untuk terus mencipta sejarah peribadi sebagai jaguh negara dan dunia di masa akan datang. Terus berdoa dan berusaha untuk menjamin keberkatan darinya.

Jangan Lupa Diri.

Wassalam.

Thursday, June 4, 2009

I'm Back

Salam,

I'm back.. Yes, masa untuk update untuk tatapan pembaca setia berbasikal negara. Program dan struktur sukan berbasikl negara telah banyak berubah sejak sebulan yang lalu bagi memantapkan kekuatan dan goal setting dalam program "Road To London 2012.

Bagi pelumba trek pecut dan trek endurance negara kini di awasi oleh John Beasley untuk memastikan segala kekusutan atlit selama ini perlu di basmi dan di bina semula. Melihat aksi wajah-wajah ternyata kegembiraan mula tersemat dan tiada lagi unsur bermuka-muka oleh atlit berbasikal negara.

Ini terpulanglah kepada atlit negara jika semua kemahuan telah pun di beri dan selesaikan. Jika masih ada yang rasa kekurangan dari atlit sendiri, saya fikir beliau itu adalah atlt yang tidak penah bersyukur. Tetapi rata-rata kesemuanya berjalan lancar.

Kepenatan sekarang semasa latihan tidak lagi menjadi keluhan oleh kerana kesemuanya telah di beri. Dengan sifat tidak pemarah dan simple oleh John Beasley di harap atlit tidak mengambil kesempatan untuk mencuba menipu beliau. Bagi saya RUGIlah mereka suatu hari kelak. Atlit dan jurulatih perlu sebaik baiknya mengambil peluang dengan ilmunya dimasa beliau masih ingin menabur bakti di negara Malaysia.

Selamat Maju Jaya dan Jangan Lupa Diri.

Wassalam.