Tuesday, January 13, 2009

Pelumba LTDL Menuju ke Selatan Tanahair

Selasa, 9am.
Hanya tinggal 26 hari sahaja lagi untuk pelumba negara beraksi ke LTDL 2009. Pelumba terbaik masih belum di kenal pasti lagi. Hari ini bermulanya pemilihan bagi pelumba-pelumba lebuhraya untuk mewakili negara ke LTDL 2009. Seramai lebih kurang 20 pelumba akan mencari tempat dan pemilihan akan berdasarkan purata kelajuan 42kmh(untuk stage pertama) untuk ke garisan penamat di Seremban. Keesokan harinya, mereka akan menuju ke Melaka dan seterusnya sehingga pada hari Sabtu.

Pemilihan akan terbentuk kepada 2 pasukan iaitu 6 pelumba untuk Malaysia Team dan 6 pelumba Malaysia Continental Federation(MCF) Team. Semoga pelumba-pelumba negara bijak mengatur strategi dan tenaga agar tidak mengganggu kesihatan dan juga performance oleh kerana LTDL terlalu hampir.

Jurulatih yang bertanggungjawab keatas LTDL kali ini adalah Jamaluddin Omar - Pak Din(Road) dan juga Ng Joo Ngan(Track Endurance. Dengan sentuhan kedua jurulatih ini kita berharap akan melahirkan satu program yang cemerlang untuk pelumba negara membawa kejayaan di LTDL 2009.

Di akhir-akhir persiapan ini, kita semestinya ingin melihat dan mendengar khabar berita yang baik dari pihak yang terlibat dan pelumba-pelumba di jaga rapi supaya lebih tenang dan tidak tertekan(emosi) dengan permasalahan yang boleh menjejaskan kayuhan mereka. Para pelumba akan lebih yakin dan juga di hargai jika pihak tertentu selalu bertanyakan khabar dan juga menyakinkan mereka ketika beraksi menjelang LTDL nanti. Yang pasti rakyat Malaysia ketika ini masih tertunggu-tunggu bisa libasan dari pelumba negara Malaysia.

Saya mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada pelumba yang terpilih, jangan persiakan harapan rakyat terhadap anda dan tutup segala masalah yang berada di sekeliling anda kerana ia tidak sedikit pun memberi manfaat tetapi akan menghancurkan diri sendiri dan harapan negara. Fikirkan lah wahai Wira Negara!!!



JIKA KAU FIKIRKAN KAU BOLEH, KAU HAMPIR BOLEH MELAKUKAN, JIKA KAU FIKIRKAN KEMENANGAN KAU HAMPIRI KEJAYAAN, KAU BOLEH!!! KAU BOLEH!!! KAU BOLEH!!!!!

1 comment:

Anonymous said...

mana amir stopa ada situ lah team best....

unholy alliance