Tuesday, January 13, 2009

16 - 18 World Cup IV, Beijing 2009.




Hanya beberapa hari sahaja lagi pelumba trek pecut negara akan berentap dalam Kejohanan Siri Dunia di Beijing pada 16hb-18hb Januari 2009. M. Rizal Tisin antara pelumba negara yang akan mendapatkan tempat 3 terbaik sekali gus memenangi pingat pertama untuk diri beliau dan melakukan catatan masa di bawah 1:01:999's dalam acara 1km individual time trial. Beliau yang baru sahaja berehat panjang gara-gara mencari perkerjaan tetap untuk dirinya, kini telah mencatatkan rekod terbaru Malaysia iaitu 1:02:09xx's. Sungguh menakjubkan catatan beliau berbanding pelumba2 terbilang negara sebelum ini.

Kita bertuah kerana dengan kendalian program latihan oleh pengarah Kejurulatihan Negara John Beasley membantu banyak kepada pelumba serta setanding world class athlete di masa ini. Kita juga patut berterima kasih kepada Josiah Ng kerana dialah org pertama yang berguru bersama JB(John beaslay) ketika pelumba negara asyik berlatih di Negara sendiri dan Perth Australia di bawah kendalian Head Coach WAIS iaitu Darryl Benson.

Kita berharap RT(Rizal Tisin) akan memenangi sebutir pingat untuk negara julung2 kalinya selepas Josiah Ng dan terkini Azizul Hasni Awang, begitu juga beberapa cyclist yang lain.

Selepas ini mereka akan menyertai Kejohanan 13 - 15 February World Cup IV, Copenhagen Denmark dan terus melayakan team negara ke 25 - 29 March UCI World Track Championships, Pruskow Polska.

Mudah-mudahan salah seorang pelumba pecut negara akan menyarung Rainbow Jersey buat pertama kali untuk sejarah sukan berbasikal Negara Malaysia. Ameen

2 comments:

bola2api said...

good luck!

Fairoz Izni Abd Ghani said...

tqvm bola2api.

esok acara team sprint bermula.
Malaysia boleh.