Monday, April 2, 2012


SURAT TERBUKA

Salam ;

Melaka Maju Negeriku Sayang, Negeri Bandar Teknologi Hijau.
Melaka Bandaraya Warisan Dunia, UNESCO. Malaysia Boleh!
1Malaysia.

1. Dengan izin saya ingin meluahkan pendapat (mungkin membina) untuk masa depan Sukan Berbasikal Negara Malaysia agar sukan ini lebih terjamin dengan perlaksanaan program akar umbi diperingkat negeri (remaja) dengan pelapis dibawah naungan Pembangunan MNCF.

2. Senarai atau slot yang dipenuhi diperingkat Pelapis Kebangsaan, Serantau Ipoh, ASZU dapat membuka ruang dan peluang kepada pelumba yang masih boleh digilap lebih-lebih lagi kepada pelumba domestik yang terlepas pandang oleh satu kendalian yang berkelayakkan untuk diketengahkan di peringkat kebangsaan dan diyakini persaingan sihat ini akan terus menyumbang serta memastikan atlet kita lebih berkualiti dan bernilai.

3. Jawatankuasa Pembangunan MNCF perlu pantas dengan mulai langkah gagah dengan kesungguhan dan pihak MNCF juga perlu mengunakan khidmat anak muda yang kini lebih berpotensi dan agresif serta bertenaga dalam menjaga imej Sukan Berbasikal Negara Malaysia.

4. Saya penuh yakin bayangan yang hadir dapat disertai oleh barisan muda yg mahu kedepan bersama pembanggunan MNCF tanpa mengira umur tetapi ilmu dan komited menjadi keutamaan.

5. Kita faham bahawa masa itu tetap berjalan, berlari, berlalu dan meninggalkan kita tanpa pesanan apa-apa.

Ayuh MNCF Out the Gas !

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Syabas kerana cetusan idea yg cukup hebat dan amat bermakna dlm arena ankda. Sedikit terubat kerinduan berkaitan perkembangan terkini di bumi bertuah.
Teruskan niat murni kerana ayhda mempunyai keyakinan yg serupa bhw dimana ada kemahuan di situ ada jalan. InsyaAllah ankda bakal membutirkan bintang2 bersinar spt azizul...never turning back!

ayhda sms