Thursday, May 12, 2011

Satu Negeri Satu Velodrom


Sukan Berbasikal adalah salah satu sukan yang terpilih ke dalam Program Road To London iaitu Sukan Olimpik London 2012. Sukan Berbasikal kini di julang di mata dunia oleh kejaguhan pelumba nombor satu negara Azizul Hasni Awang di setiap peryertaan beliau di Kejohanan Dunia oleh kendalian Ketua Jurulatih Negara John Beasley yang berpengkalan di Melbourne.

Faktor saiz fizikal, umur, cuaca dan sebagainya bukan lagi alasan untuk melangkah ke atas podium sebaris dengan negara luar yang lebih maju dan pakar tentang selok belok berbasikal. Apakah langkah seterusnya bagi pihak Berbasikal dan Kerajaan bagi memastikan sukan berbasikal ini terus cemerlang melahirkan lebih ramai lagi pelumba yang berbakat seperti Azizul, Rizal Tisin, Josiah Ng dan rakan seangkatannya.

Mereka semua telah mengangkat nama negara Malaysia yang tidak ternilai dan semudah sebagai atlet yang berkomitmen yang tinggi. Nama Malaysia di megah dalam acara trek dan mendapat tumpuan sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negara Malaysia sejak misi Sukom 1998 oleh kerana pelumba trek yakin bersinar dan mempunyai peluang tinggi menang pingat di peringkat antarabangsa.

Kebolehan yang ditunjukan oleh pelumba trek juga mampu menuai kejayaan yang membanggakan Negara Malaysia dan catatan masa yang setanding berkelas dunia walaupun Negara Malaysia hanya dapat membina dua(2) buah Velodrome Cheras Kuala Lumpur dan Velodrome Rakyat Ipoh Perak.

Mujur ada "kawan" turut berusaha dalam pembangunan acara Berbasikal "bersama" menganjurkan kejohanan trek bagi mencari pelumba berbakat untuk di serap dan di bantu menjadi pelumba pelapis kebangsaan.

Pelumba di peringkat Negeri misalnya tidak dapat melakukan aktiviti atau latihan dan kemahiran trek oleh kerana ketiadaan trek Velodrome dan bagaimana kita dapat menghasilkan ramai pelumba yang berkebolehan tanpa kemahiran asas tidak di bentuk di peringkat bawahan di setiap Negeri.

Pelumba terpilih hanya dapat melakukan aktiviti berbasikal trek sepenuh masa jika mereka terpilih ke program Kebangsaan yang bertempat di Bukit Jalil dan Ipoh Perak. Jurulatih hanya dapat mengajar anak didik mereka di atas trek velodrom dua atau sehari sebelum kejohanan berlangsung. Kena dengan cara dan pelaksanaannya sudah tentu negara tidak terhegeh-hegeh mencukil bakat di masa hadapan seperti yang kita banggakan hari ini.

Kerjasama dari pihak Kerajaan Malaysia mampu membina sebuah velodrom bagi setiap Negeri di Malaysia bagi sokongan penuh sukan berbasikal untuk terus berkembang pesat selain itu impak ini akan mengajak masyarakat Malaysia untuk melakukan aktiviti sihat seperti yang disarankan oleh kerajaan.

Kekurangan pengalaman dan kemahiran berbasikal trek akan membantutkan usaha pihak Berbasikal untuk melahirkan jaguh berkualiti seperti Azizul yang bertaraf dunia. Moga ia mendapat perhatian oleh semua pihak yang terlibat untuk memajukan keluhan para pelumba, tenaga pengajar/jurulatih, peminat serta yang terlibat dalam berbasikal Negara Malaysia terus merialisasikan satu Negeri satu Velodrom dan satu perlaksanaan yang  akan membanggakan Sukan Berbasikal Negara Malaysia! Full Gas!

Sekian

No comments: