Sunday, May 29, 2011

Kasi Pecah Ruyung!


Sukan Malaysia di Kuala Lumpur Jun 2011 hampir menjelang tiba. Segala persiapan beberapa bulan yang lalu bagi pasukan junior Negeri Melaka akan terus mencabar para pelumba yang lebih berpengalaman dan lebih matang untuk mengondol kepinggan pingat emas, perak dan gangsa.

Rata-rata antara mereka berumur 17 tahun ke bawah yang mana tidak mustahil pun antara mereka yang terpilih mewakil Negeri Melaka untuk mengenggam sebutir pingat emas atau jua pingat dalam acara yang dipertandingkan.

Walaupun ada sedikit kekurangan dari segi keperluan, pasukan ini telah diterapkan tumpuan terus bersaing sehabis mungkin untuk tidak menjadikan ianya satu alasan KEKALAHAN.

Banyak yang telah mereka pelajari atas pengalaman yang telah saya lalui terlebih dahulu sebagai jalan kepada mereka untuk terus mencipta kejayaan tanpa usaha semaksima dalam diri sendiri dan terus yakin seperti JAGUH yang tidak mengenal erti MENGAKU KALAH SEBELUM BERTANDING.

Motivasi ini harus dipupuk dan akan mematangkan mereka dengan gagah walaupun bertubuh kecil, serba kekurangan dan sebagainya. Kejayaan akan datang dengan sendirinya tanpa di duga dan terdapat KEPUASAN yang tidak terhingga dengan rasa nikmat yang diizinkan oleh-Nya.

Sebagai antara orang yang terdekat kepada mereka serta rakan seperjuangan mendoakan kejayaan mereka berdiri megah di atas podium sebagai Wira Negeri Melaka serta di lihat menjadi pelumba Kebangsaan kelak dengan prestasi unggul di atas trek Velodrom Cheras Kuala Lumpur 3hb - 7hb Jun 2011. 

Melaka Maju!
Melaka Boleh!
Melaka Full Gas!

Friday, May 27, 2011

Cycling: Sweet victory for Jupha

2011/05/23
Arnaz M. Khairul
arnaz@nstp.com.my


JUPHA Somnet exacted revenge on her new rival, Ummi Hamimah Mohamad of Terengganu in the girls' Under-18 200m sprint final in Round Three of the SportExcel National Junior Circuit at Kuala Lumpur Velodrome yesterday. 

The 17-year-old national junior rider had to swallow her pride after being surprised by the promising Ummi Hamimah in Round Two of the series in March, as the 15-year-old got her career off with an explosive launch.

Most eyes were on the junior sprint duo, both seen as the next in line to national elite rider Fatehah Mustapa and a replacement for the retired Uracca Leow.

The seeded Jupha and Ummi Hamimah had both blown away their opposition in the earlier rounds to set up the epic final which Jupha surprisingly needed just two heats to win.

"It's good to win, but actually I wasn't really looking at it as revenge. We're both saving ourselves for the Malaysia Games track events in two weeks, which is what matters," said Jupha.

Jupha, a triple Asian Junior Championships medallist, said she had shifted to endurance events since two weeks ago, and will only ride the sprint events at the Malaysia Games due to the lack of riders in that event from her home state, Perlis.

"There are some new riders coming up, but we aren't really sure which events we'll all be doing. I'm prepared to do both the sprint and endurance events nevertheless," said Jupha.

Jupha also got her endurance career off to a winning start when she clocked two minutes 59.252 seconds to beat Pahang's Nurul Nadia Mohd Fauzi in the 2km individual pursuit final.

The surprise result of the meet came in the boys' under-16 3km individual pursuit final when little known Malacca rider Low Ji Ming upstaged hot favourite Afiq Huznie Othman of Terengganu by a whisker.

Low clocked 4:02.715s to pip Afiq Huznie, who clocked 4:02.806s to victory.

Thursday, May 12, 2011

Satu Negeri Satu Velodrom


Sukan Berbasikal adalah salah satu sukan yang terpilih ke dalam Program Road To London iaitu Sukan Olimpik London 2012. Sukan Berbasikal kini di julang di mata dunia oleh kejaguhan pelumba nombor satu negara Azizul Hasni Awang di setiap peryertaan beliau di Kejohanan Dunia oleh kendalian Ketua Jurulatih Negara John Beasley yang berpengkalan di Melbourne.

Faktor saiz fizikal, umur, cuaca dan sebagainya bukan lagi alasan untuk melangkah ke atas podium sebaris dengan negara luar yang lebih maju dan pakar tentang selok belok berbasikal. Apakah langkah seterusnya bagi pihak Berbasikal dan Kerajaan bagi memastikan sukan berbasikal ini terus cemerlang melahirkan lebih ramai lagi pelumba yang berbakat seperti Azizul, Rizal Tisin, Josiah Ng dan rakan seangkatannya.

Mereka semua telah mengangkat nama negara Malaysia yang tidak ternilai dan semudah sebagai atlet yang berkomitmen yang tinggi. Nama Malaysia di megah dalam acara trek dan mendapat tumpuan sepenuhnya oleh Majlis Sukan Negara Malaysia sejak misi Sukom 1998 oleh kerana pelumba trek yakin bersinar dan mempunyai peluang tinggi menang pingat di peringkat antarabangsa.

Kebolehan yang ditunjukan oleh pelumba trek juga mampu menuai kejayaan yang membanggakan Negara Malaysia dan catatan masa yang setanding berkelas dunia walaupun Negara Malaysia hanya dapat membina dua(2) buah Velodrome Cheras Kuala Lumpur dan Velodrome Rakyat Ipoh Perak.

Mujur ada "kawan" turut berusaha dalam pembangunan acara Berbasikal "bersama" menganjurkan kejohanan trek bagi mencari pelumba berbakat untuk di serap dan di bantu menjadi pelumba pelapis kebangsaan.

Pelumba di peringkat Negeri misalnya tidak dapat melakukan aktiviti atau latihan dan kemahiran trek oleh kerana ketiadaan trek Velodrome dan bagaimana kita dapat menghasilkan ramai pelumba yang berkebolehan tanpa kemahiran asas tidak di bentuk di peringkat bawahan di setiap Negeri.

Pelumba terpilih hanya dapat melakukan aktiviti berbasikal trek sepenuh masa jika mereka terpilih ke program Kebangsaan yang bertempat di Bukit Jalil dan Ipoh Perak. Jurulatih hanya dapat mengajar anak didik mereka di atas trek velodrom dua atau sehari sebelum kejohanan berlangsung. Kena dengan cara dan pelaksanaannya sudah tentu negara tidak terhegeh-hegeh mencukil bakat di masa hadapan seperti yang kita banggakan hari ini.

Kerjasama dari pihak Kerajaan Malaysia mampu membina sebuah velodrom bagi setiap Negeri di Malaysia bagi sokongan penuh sukan berbasikal untuk terus berkembang pesat selain itu impak ini akan mengajak masyarakat Malaysia untuk melakukan aktiviti sihat seperti yang disarankan oleh kerajaan.

Kekurangan pengalaman dan kemahiran berbasikal trek akan membantutkan usaha pihak Berbasikal untuk melahirkan jaguh berkualiti seperti Azizul yang bertaraf dunia. Moga ia mendapat perhatian oleh semua pihak yang terlibat untuk memajukan keluhan para pelumba, tenaga pengajar/jurulatih, peminat serta yang terlibat dalam berbasikal Negara Malaysia terus merialisasikan satu Negeri satu Velodrom dan satu perlaksanaan yang  akan membanggakan Sukan Berbasikal Negara Malaysia! Full Gas!

Sekian