Wednesday, July 7, 2010

Menyelami Isi Kandungan LTDL


Ilham yang dilahirkan oleh Tun Dr. Mahathir Muhammad menganjurkan LTDL mendapat tempat di hati pasukan pro tour seluruh dunia. Ketika era itu ia menjadi bualan semua pihak termasuk peminat lumba basikal tanah air.Sebelum era kejohanan terbesar itu di anjurkan kita dapat lihat bagaimana para pelumba senior atau orang lama berbasikal dengan cara kayuhan, quality jersi, bike potition, style, basikal, pemakanan, percakapan, minda, pengetahuan dan sebagainya dalam kadar biasa atau kekurangan. Ia bertambah pulih dan baik selepas penganjuran untuk tahun berikutnya.

Potition antaranya
Sejak penganjuran itu, tahun demi tahun kita boleh melihat perubahan oleh para pelumba negara mahupun pelapis muda mula yakin dan berstatus lebih baik sebelum LTDL di anjurkan. Maksudnya di sini, cara kayuhan bike potition telah di terap seperti para pelumba professional ketika itu.

Kejohanan ini memberi banyak impak sebenarnya tanpa individu mengetahui sedalamnya dan ada juga yang benar-benar tidak menyelaminya. Ramai yang mengalami sakit belakang/slip disc dan sebagainya oleh kerana potition yang tidak tepat dan membuatkan kayuhan terganggu untuk mendapatkan cadence sepatutnya dan mudah keletihan di samping berhadapan masalah slip disc. Ramai pelumba terdahulu menghadapi masalah ini sehingga melibatkan sepanjang hidup selepas mereka bersara berbasikal.

Walaupun Negara telah mencapai pengajuran yang ke 15 tetapi potition berkenaan masih kelihatan di beberapa negeri yang mana jurulatih tidak berpengalaman mengendalinya.

Terus Unggul 1990-2010
Setiap tahun pelumba negara mendapat ilmu dari perlumbaan terbesar ini. Banyak kejayaan yang telah di cipta menerusi perlumbaan lebuhraya Sea Games(antaranya). Mujur dengan pengalaman itu juga bertambah ilmu manfaat yang di terima bagi penganjuran Sukan Komanwel 1998 dengan kejayaan pelumba negara Malaysia Nor Affandi Rosli untuk pingat perak acara mass-start.

Ilmu berkenaan di sampaikan secara langsung dan tidak langsung kepada generasi muda ketika itu untuk meneruskan perjuangan senior terdahulu. Proses ini mengambil masa dengan secara berperingkat dan berharap kajian dan usaha mengukuhkan perlu di teruskan.

Pemimpin/jurulatih/pelumba perlu lebih gigih membangunkan sukan berbasikal negara. Yang di atas dan di bawah perlu di bentuk sama kukuh kerana ini lah asas yang perlu di jaga rapi. Jawatan dan tugas yang di amanahkan harus di kotakan dengan bersungguh kerana itu adalah tanggungjawab di beri bukan untuk di banggakan.

(Segala kekurangan kandungan serta fakta dari tahun 90-an mohon di maafkan)

4 comments:

Anonymous said...

Salam,
LTDL memang gah dan sinonim dgn Langkawi. Ramai yg kecewa sejak beberapa musim tiada laluan di sini.
anak rusa nani,
lalu kembang ekor,
apa dosa kami,
lalu tidak ekor.

Mujur ada Iron Man setiap tahun...

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Salam,

Terima kasih atas komen saudara. Sebagai seorang yang terlibat dengan berbasikal amat menduka citakan tentang perkara ini termasuk Tun sendiri(sumber rapat di percayai).

Penganjur/pandangan telah bertukar2 dan permasalahan dalaman menyebabkan ia semakin pudar.

Ia berbalik seperti sesuatu yang hilang tanpa mengetengahkan idea sebenar orang yang telah bersusah payah membina selama ini.

Cas terpelajar, Politik kurang bersih dan kuasa adalah segala punca kemerosotan LTDL.

Ia dapat di pulihkan jika mahu melihat berbasikal negara terus berjaya lebih2 lagi untuk pembangunan bagi acara lebuhraya.

p/s: MTB international akan di adakan di Tok Senek, Langkawi pada bulan Ogos 2010.

Anonymous said...

Salam,
sorry, pembetulan:
anak rusa nani,
lalu kembang ekor,
apa dosa kami,
lalu tidak tegur.

bro sms

Anonymous said...

Salam,
Saya bermastautin di Langkawi lebih sesuku abad dan melihat pembangunan oleh Tun, termasuk LTDL.
Kesal tiada vision yg serupa wp kesan/hasil besar.
Harapan - ujud lebih ramai "Fairozizni"

bro sms