Benar. Bukan mudah bergelar sebagai atlit negara. Atlit akan menempuhi "Daily" hari-hari berikutnya untuk memastikan segala persiapan serta kecergasan di dalam tahap yang terbaik. Sukan berbasikal adalah salah satu sukan yang di katakan "kerja gila" atau sukar. Jadi bagi mereka yang berada dalam status ini berharap jangan menyusahkannya kerana ia begitu mengharapkan komitmen yang tinggi serta di iringi oleh mereka-mereka yang berBAKAT sahaja.
Tekanan mental adalah salah satu perkara yang di lalui oleh mereka pada hari-hari berikutnya. Hal ini berkait rapat tentang "release tension" / melepaskan tekanan. Tekanan seperti ini akan di lalui oleh mana-mana atlit atau pelumba itu sendiri. Mereka cuba untuk keluar dari kepompong ini pada hari-hari tertentu.
Jika mereka terus terkongkong ini akan bermasalah seperti memberontak dan menjejaskan prestasi mereka lebih-lebih lagi bagi remaja. Bagi mereka yang bijak dan atlit yang berkelas dunia mereka ini akan keluar/berhibur hanya sekadar sederhana dan berada pada garis border sahaja. Jika melepasi border ini, maka mereka akan berhadapan masalah besar dan akan menambah berbagai masalah berpanjang seperti displin dan sebagainya. Kepuasan berhibur perlu di urus bijak sebelum hiburan itu bertukar menjadi penyakit.
Skop "lepas tekanan" adalah luas. Ia tertakluk kepada seseorang atlit itu sendiri asalkan ia bersesuaian dengan diri, pegangan agama, budaya, masa rehat/tidur, tumpuan kejohanan serta latihan harian. Sebagai bekas atlit, saya juga memahami apa yang di lalui perkara seperti ini. Ia perlu untuk melonjak ke satu tahap agar ia boleh membantu prestasi seseorang itu.
Terhibur dan bergembira akan menghebatkan lagi mereka ini. Bebanan harian yang di tampung hanya mereka ini sahaja yang tahu. Oleh itu, perlu memahami apa yang di perlukan oleh kelompok ini untuk mengisinya sebagai pelengkap kehidupan bagi orang yang normal. Salah satu contoh berkelah di tepi pantai, bermain game, menonton wayang, bersama kelurga tersayang di kampung, majlis makan-makan dan banyak lagi.
Jadi berhati-hati kerana jika tidak menghadkan release tention ini, ia akan memusibahkan diri anda malah status atlit akan tercemar dan memusnahkan impian anda selama ini. Ramai yang gugur dengan masalah ini. Mereka kurang bijak mengurus keperibadian sebenar dengan apa yang di perlukan dalam hiburan.
Tidak perlu terikut-ikut rentak rakan yang lebih suka berfoya-foya[contoh] kononnya untuk melepaskan tekanan. Baca penampilan diri, asal diri serta tujuan anda sebagai seorang atlit atau pelumba. Perkara ini hanya satu cermin pembimbing yang memantulkan segala perkara kecil yang mungkin anda tidak lihat dengan kanta pembesar.
Semoga sedikit sebanyak kita dapat berkongsi salah satu punca utama dan anda sebagai seorang atlit yang berkualiti yang terpilih dalam 28 juta rakyat Malaysia. Berbanggalah dan bersyukur. Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment