Friday, June 18, 2010

Di Sebalik Air Mata Untuk Negara Malaysia


Kami juga punyai impian seperti jaguh dunia.

Persiapan kejohanan terbesar Asia Games dan kedua terbesar Sukan Komanwel menjadi kerisauan bagi kedua pelumba wanita negara Azian Alias dan juga Marina Abdullah. Mereka ketika ini telah kehilangan Jurulatih Road Women sejak beberapa minggu yang lalu.

Sejak ketiadaan jurulatih, mereka terpaksa berdikari dan meneruskan latihan dengan melakukan latihan sendirian dan menumpang latihan bersama squad berbasikal lebuhraya lelaki ketika ini.

Pengalaman yang ada mereka terus berjuang demi sukan berbasikal tanah air bagi menyambut dua kejohanan terbesar itu dalam beberapa bulan lagi. Ini memerlukan program serta perbincangan segera perlu di lakukan oleh pihak berbasikal negara malaysia sebelum ia mulai berkudis.

Kekurangan kejohanan serta tumpuan kepada mereka adalah sangat di rasai salah seorang daripada mereka telah meluahkan kekecewaan serta sedih akan impian mereka untuk menyumbangkan pingat buat negara serta sejarah peribadi adalah warnai kelabu yang tidak bermaya.

Kedua mereka yang berstatus isteri dengan tiada sebarang alasan untuk melakukan latihan harian. Mereka yang mendapat sokongan penuh oleh suami bagi memenuhi hasrat untuk membuktikan status perkahwinan bukanlah penyumbang kemerosotan pretasi malah mereka boleh menunjukan ia adalah satu kehidupan normal seseorang yang mempunyai impian seperti mereka yang di luar sana.

Mereka mengharapkan sesuatu dan bukanlah sekadar untuk menjadi pelancong di dua kejohanan terbesar itu. Mereka seperti di lihat sebelah mata, dan ada juga yang tidak menaruh harapan bagi mereka.

Harapan mereka agar situasi yang berlaku ketika ini dapat di pulihkan dan di beri tumpuan sebaik-baiknya. Azian antara pelumba wanita yang paling lama dalam sejarah berbasikal negara. Beliau dan rakan memerlukan suntikan kejohanan luar negara agar mereka dapat menilai taraf prestasi serta kecergasan setanding dalam kelompok negara seperti Australia, Japan dan Korea.

Mereka berharap tidak akan terkapai-kapai dan terpaksa meninggalkan sukan berbasikal oleh kerana dengan konflik seperti ini dan tidak di tirikan. Pelumba wanita negara adalah cargas dan telah menyumbang pingat emas buat negara Malaysia di beberapa kejohanan seperti Sea Games.

FAKTA:

Segelintir: Bila mereka di podium ramai yang sudi bergambar dan masing-masing hendak berhadapan dengan camera serta sudi di interview dengan bangganya menceritakan kejayaan mereka kononnya merekalah yang bersama bersusah payah. Mungkin perkara yang di lakukan oleh mereka itu tidak di sengajakan oleh kerana melihat bendera dan lagu negara berkumandang. Yang hanya mampu bagi pelumba ini hanya diam dan titisan air mata kesyukuran dan penat lelah selama ini. Terima Kasih Malaysia.

4 comments:

Anonymous said...

salam,

Patut tak payah guna coach wanita..lg pon pelumba wanita bukannye ramai pon..
kalu diaorg traning sesama sendri ada kah b'kesan?kita tahu kelajuan pelumba perempuan..MALAYSIA tak setanding pelumba Lelaki MALAYSIA.(bkn lah sy ckp pelumba perempuan tak kuat) cume pikirkn la...pada buang duit bayar orang yang tak minat bwak traning..baek bg je pelumba perempuan traning sekali gan lelaki..tak salahkn..

Thanks,

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Salam,

Terima kasih atas komen saudara. Untuk melatih pelumba wanita bukan sahaja dengan program yang baik malah kelompok mereka ini berlainan cara untuk jurulatih berhadapan dengan mereka ini.

Maksud saya skill menarik semangat atau menjiwai hati mereka. Sebab hormon mereka tidak seperti melatih pelumba lelaki. Cadence dan strength mereka berlainan. Ada seketika mereka perlu berlatih bersama seperti yang saudara katakan untuk meningkatkan tahap kelajuan maximum, mental pressure serta beberapa skill yang lain.


Skill yang di kuasai oleh jurulatih wanita dapat memulihkan program jika mereka mengalami beberapa masalah wanita seperti senggugut dan sebagainya.

Tidak semua jurulatih boleh melatih pelumba wanita.

Dan jika terlebih skill pula akan terjadilah tahun 1997(projek jaya 1998).

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Maaf,

Dan jika terlebih skill pula akan terjadilah tahun 1997(projek jaya 1998).

June 18, 2010 3:28 AM

Pembetulan:

Sumber rakan jaya 1998 ia terjadi antara tahun 1995-1996.

Anonymous said...

untuk melatih satu rider perempuan ibarat melatih 6 rider lelaki....

tetapi commitment 1 rider perempuan dah kawin bersamaan ngan 6 rider lelaki yang dah berkahwin.

kalo tak percaya anda semua boleh lah tengok sendiri commitement rider wanita kita di MSN.

hats off to them

Zamani Hussin
Teh Tarik Krew