Saturday, April 17, 2010

Tekun buat " Come Back 2007 " Hafiz Sufian Menjadi.


Hafiz Sufian semasa aksi Kejohanan Mini Olimpik.

Selepas projek AsiaCom 2006 ramai pelumba elit negara hilang arah dan hilang tumpuan untuk meneruskan karier mereka bagi mencari pekerjaan tetap untuk masa depan diri sendiri. Antaranya Hafiz Sufian, Junaidi, Rizal Tisin yang mengambil keputusan untuk bersara lebih awal.

Hafiz mengejutkan pihak berbasikal dan peminat tanah air atas keputusan itu walaupun hati ingin meneruskan perjuangan mengharumkan Sukan Berbasikal Negara Malaysia. Beliau yang hilang selama setahun akhirnya mengambil keputusan untuk berbakti untuk negara Malaysia.

Berstatus bujang, beliau mendapat sokongan dengan hati terbuka oleh MNCF dan juga Cawangan Pelapis Kebangsaan MSN dengan bersyarat tanpa elaun, penginapan serta basikal latihan jika menunjukan prestasi terbaik serta kejayaan. Dia di sokong penuh oleh ibubapa serta Persatuan Lumba Basikal Selangor untuk meneruskan hasrat itu walaupun syarat yang di terima memerlukan full commitment yang kuat.

Permulaan "come back" beliau amat perit dengan kos latihan, masa dan sebagainya yang perlu di tanggung. Dengan hati yang kental beliau menunjukan pretasi segera di SUKMA Terengganu 2008 serta memenangi pingat perak bagi acara Keirin pada kejohanan Asian Cup Bangkok 2008.

Doa restu dan sokongan Ibu Hafiz yang banyak membantu kejayaannya. Syabas Ibu!

Kejayaannya masih di nilai walaupun beliau berjaya memenangi beberapa pingat luar negara. Syarat demi syarat Hafiz ketika itu mendapat sambutan baik oleh pihak projek membenarkan beliau mengunakan kemudahan seperti pelumba yang di bawah kontrak projek Negara kecuali elaun bulanan.

Hasrat beliau untuk berlatih di pangkalan Melbourne di tunaikan oleh John Beasley yang memberi peluang serta kepercayaan kepadanya untuk membuktikan dirinya tulus ikhlas bersama mengibarkan bendera negara Malaysia. Sejak dari itu, Hafiz turun dengan semangat berganda dan di geruni rakan sepasukan yang lain untuk membuktikan Hafiz Sufian yang terbaik dan inginkan status lamanya digenggam semula.

"Saya telah langsaikan syarat berkenaan dan bantu saya pergi lebih jauh, terima kasih menyokong saya selama ini Malaysia".

Beliau perlu tahu peminat tanah air inginkan ketekunan serta kejayaan yang di kecapi olehnya akan berhasil pada setiap kayuhan sehingga menjelangnya sukan terbesar di dunia Sukan Olimpik 2012 dan berharap menghadiahkan sebutir pingat dari sukan berbasikal julung-julung kalinya.

PELUMBA DI DAHULUKAN,PENCAPAIAN DI UTAMAKAN

2 comments:

Anonymous said...

best

Anonymous said...

pahal ko pakai seluar pendek ko nampak sendat?

Isma