Wednesday, December 9, 2009

Semoga berjaya wira negara


Cabaran: Tonton Susanto pelumba senior Kebangsaan Indonesia yang sangat berpengalaman dalam pelumbaan sehari dan jelajah.
Esok para pelumba lebuhraya lelaki dan wanita akan berlepas ke Laos bagi memikul cabaran merangkul pingat emas Sukan Sea 2009. Diharap persiapan mereka selama ini berbaloi dengan keringat yang tidak penah luput di fikiran mereka. Tahniah kepada mereka yang berjaya melayakan diri serta capailah impian dengan penuh kesungguhan. Kami sentiasa berdoa agar pelumba negara berjaya dengan cemerlang.

Pelumba lelaki terlibat iaitu Zamry(Navy), Anuar Manan(Malaysia Team),M. Fallanie(Malaysia Team), Loh Sea Keong(Marco Polo), Razif Salleh(Letua Team) dan Ng Yong Li(Letua Team).

Pelumba wanita pula akan di ketuai oleh pelumba berpengalaman iaitu Azian Alias dalam acara lebuhraya dan juga ujian masa perseorangan. Beliau akan bersama dua rakan terkuat iaitu Nurul Ahmar dan Marina.

Baca kekuatan dan kelemahan pihak lawan sebelum bertanding dan berbincang dengan jurulatih dalam mengatur strategi plan A dan plan B semasa pelumbaan. Apa yang penting lihat laluan pelumbaan dengan keadaan cuaca serta angin kerana perkara itu pernah berlaku kepada pelumba negara semasa Sea Games Jakarta dengan kekalahan ujian masa perseorangan lelaki. Gunakan pengalaman yang lalu sebagai langkah berjaga KERANA ini bukan pelumbaan JELAJAH.

Sepanjang dan pengalaman saya pelumba Indonesia selalunya akan membuat MAGIC dengan tenaga serta kesungguhan yang sangat luar biasa dalam acara lebuhraya dan kriterium. Team spirit yang ada pada diri mereka bukan calang, mereka sanggup jatuh untuk rakannya memenangi emas untuk negara mereka.

Suhardi Hassan
Sayangnya Suhardi Hassan tidak terlibat ke Sea Games kali ini. Saya melihat beliau seorang yang begitu berpengalaman dalam perlumbaan "one day race". Seorang yang sangat lincah dan begitu agrasif. Kepakaran beliau tidak digunakan oleh mereka dan mereka tidak tahu mengunakannya. Pemilihan tidak menyebelahi kepada Suhardi Hassan.

Jangan terpedaya dengan sosial yang ada serta makanan di sana sebelum habisnya pelumbaan. Jika tidak anda akan gagal. Percayalah. Terima Kasih.

2 comments:

Anonymous said...

Flybike
Melaka Squadron
... See More
Joined: 14 Jun 2005
Posted: Thu May 22, 2008 11:35 am Censor Delete this post View IP address of poster... See More

axy:nk tunjuk kejaguhan kampung tuh...tp aku tgk...takde ler kuat mana pun...yg training 2 kali seminggu pun leh duduk belakang dioarang ni.....

East Coast Cycling Team said...

Salam Coach....!!!

Selamat maju jaya untuk team Malaysia, lelaki dan wanita....!!!

Moga ada kilauan pingat akan dibawa balik daripada Laos...!!

Good Luck.