Tuesday, December 22, 2009

Sea Keong bukan punca basikal gagal di Laos

KUALA LUMPUR - Kegagalan acara berbasikal lebuh raya menepati sasaran satu pingat emas pada Sukan SEA Laos lalu bukan berpunca daripada pengguguran 'pelik' Loh Sea Keong.

Sebaliknya, kata Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Abu Samah Wahab, ia berpunca daripada sikap memandang rendah keupayaan pelumba Vietnam yang kemudiannya berjaya merangkul pingat emas dan perak.

Beliau berkata, sekiranya menyenaraikan Sea Keong sekalipun, belum tentu kita dapat menutup kelemahan dan jangkaan silap itu.

"Dalam mesyuarat sebelum acara lebuh raya itu, kita menjangkakan Indonesia akan menjadi pencabar utama dalam perebutan pingat emas.

"Kita langsung tidak melihat Vietnam sebagai ancaman menyebabkan Anuar Manan yang diharap menyinar tidak dapat berbuat apa-apa.

"Kegagalan ini tiada kaitan langsung dengan isu Sea Keong yang digugurkan saat akhir daripada skuad lebuh raya negara," tegas Abu Samah.

Mengulas lanjut tentang pengguguran 'pelik' Sea Keong itu yang hanya dibuat selepas tiba di Laos dan sehari sebelum perlumbaan, Abu Samah menjelaskan, ia adalah keputusan bersama pengurus pasukan, Datuk Ahmad Sidi Ismail dan jurulatih, Jamaluddin Omar.

Beliau difahamkan, Sea Keong terpaksa digugurkan disebabkan lebih suka berlatih bersendirian sedangkan acara lebuh raya memerlukan kerjasama sepasukan yang tinggi.

"Sea Keong adalah pelumba yang baik tetapi sikapnya yang suka mengasingkan diri dan tidak menunjukkan semangat berpasukan memang tidak boleh diterima

"Jadi pengurusan pasukan membuat keputusan menggantikannya dengan Mohd. Razif Salleh yang bagaimanapun gagal membantu menarik Anuar keluar daripada kepungan pelumba Indonesia dan Thailand," jelasnya.

Acara berbasikal pada Sukan SEA Laos hanya membawa pulang satu perak menerusi Nor Azian Alias (lebuh raya wanita) dan dua perak menerusi Mohd. Zamri Salleh (lebuh raya lelaki) dan Masziyaton Mohd. Radzi (basikal bukit wanita).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_06.htm

13 comments:

shaidin Md saman said...

Salam,
"THUMB UP" to the "excllnt reasons" by mgmt team.
"Congrtln" bcz very sure they will play the same game for the next.

Sesekali "kelantangan siJebat perlu kerana kepatuhan siTuah tidak membantu."

Bicara kanda hanya agar
kebenaran ditegakkan, kebijaksanaan dinobatkan,
kejahilan disingkirkan dan
bukan untuk menggalakkan adinda2 sekalian melanggar norma2 manusia.

Biarpun tidak terpalit, baunya tetap dikesani kiranya kita sering berlegar di sekitar pengangkut najis.

Pilihlah langkah terbaik lagi bijaksana wahai adinda2 dan yakini suatu ketika, petualang2 negara itu pasti terbeliak mata tatkala tersedar akan kebodohan mereka.

bro sms

Blackopoulos said...

Alasan dan alasan..

Dah tau Loh Sea Keong training sorang-sorang, bagi lah di kayuh utk event sorang, INDIVIDUAL TIME TRIAL!
ITT tak perlu team mate! Then kalo dia biasa training sorang2 tentunya dia guna lebih effort berbanding berkumpulan.

Perkara simple lagi mudah dn logik seperti itu perlu difikirkan oleh pihak pengurusan dan kejurulatihan dan kesainssukanan..

Di bawah adalah bagaimana nak buat keputusan bedasarkan ilmu PENAAKULAN MANTIK:

P1: Sea Keong training sorang2
P2: ITT adalah perlumbaan individu
P3: Sea Keong layak ke SUKAN SEA
P4: SUKAN SEA mempertandingkan ITT
Kesimpulan: Sea Keong bertanding dalam ITT di SUKAN SEA


Perancangan awal oleh pengurusan perlu..jangan suka buat keputusan last minit, buat rugi duit ayahanda aku saja.

Apakah alasan seterusnya, kita nantikan..

p/s: mengapa Sea Keong tidak dimasukkan ke dalam KEM NEGARA yg training berkumpulan 3-6 bulan sebelum Sukan Sea?

Anonymous said...

Salam,

Berbagai-bagai...

Isma

Anonymous said...

Beliau difahamkan, Sea Keong terpaksa digugurkan disebabkan lebih suka berlatih bersendirian sedangkan acara lebuh raya memerlukan kerjasama sepasukan yang tinggi.

?????

"Konsep latihan saya sejak dulu lagi ialah mencari pelumba yang mampu berkayuh sendirian secara konsisten dari mula hingga tamat perlumbaan. Pelumba begini mampu berjaya tanpa mengira siapa rakan sepasukan mereka," katanya.

????!!!!

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Sukar di jelaskan di sini. Saya percaya LSK dan Suhardi Hassan antara pelumba yang menyinar dalam acara lebuhraya. Kami akan berkongsi idea dalam memajukan pelumba lebuhraya dan juga LTDL 2010 dan di gabungkan dengan madison kebangsaan Amir Mustafa dan Akmal Amron.

Unknown said...

Salam, betulkah Akmal dan Mustafa akan mewakili Malaysia dalam LTDL 2010? Camana tu? SEA Games tak sertai, LTDL masuk pulak? Itu yg silap sedikit tu... - pendapat peribadi

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Blogger Othman said...

Salam, betulkah Akmal dan Mustafa akan mewakili Malaysia dalam LTDL 2010? Camana tu? SEA Games tak sertai, LTDL masuk pulak? Itu yg silap sedikit tu... - pendapat peribadi

January 3, 2010 8:38 AM

Salam Tuan,

1. Terima Kasih atas komen tuan.

2. Tersenyum.

3. Kita semua telah pun berada di tahun 2010.

4. Jika Mustafa masuk memang benar silapnya. Jika Amir Mustafa masuk tidak ada silapnya juga Akmal Amron.

Wassalam.

Zamani Hussin said...

Hi,

This is just the tip of the ice berg.

We yet to discuss about races (organizers and commisars) which will become more intresting to find out.

Let me just give some intro.

" kita ubah point race kepada scratch...senang kita nak buat result, ini keputusan saya sebagai chief komisar"...the race is about to start in an hour.

"no letak kat peha dan rusuk kiri..senang kita nak buat keputusan"..the participant not even reach 60.

http://www.cyclingtipsblog.com/2009/12/glenvale-helmet-cam/

300++ cyclist and the body number just only 1 at the back...oh yes and this organizer made up by volunteers compared to our paid allowance official and commisars for competition and yet screw up.

"apa lah race bukit pun result pun boleh mess up"

Hope Fairoz can create 1 topic about this so we can discuss.

Regards
Zamani Hussin
Teh Tarik Krew

GAGAK TEMPANG MERIBUT said...

TO zamani hissin


sekarang kan dah ada TRANSPONDER ,alat mengesan kedudukan pelumba di garisan penamat , kalau guna no satu pun still lagi boleh buat result tak payah susah susah nk susuh kedudukan

Fairoz Izni Abd Ghani said...

To GAGAK TEMPANG MERIBUT.

1. Setuju tapi ia hanya di gunakan di LTDL professional sahaja.

2. Tidak di sini(Malaysia) untuk kejohanan tempatan.

3. Memikirkan sewaan dan boleh buat duit(untung).

cawan pecah sebelah said...

to all

kita harus berpandangan jauh sekarang dah tahun 2010 bukan lagi tahun 2005 atau 2003 ,hanya pelumba yang sama sahaja masuk dah sertai LTDL ,kita boleh ambik contoh team kebangsaan australia mahupun GB,setiap tahun meraka silih berganti pelumba dalam kejohanan besar ,meraka akan gabungkan kombinasi pelumba road dah track , dahulu kita punya team continantal MCF kenapa habis begitu sahaja,sekarang stament terbaru yang dibuat oleh MNCT "tidak membenarkan pelumba menyertai kelab dalam negara mahupun luar negara" MNCF tak sepatutnya berbuat demikian kerana ,sukan berbasikal di malaysia ni baru sahaja nak berkembang sepatutnya meraka membenarkan pelumba menyertai pasukan dan kelab luar negara mahupun dalam negara, kerana dari situ pengalaman dan teknik perlumbaan dapat di carik,kalau hanya setakat di malaysia sahaja standart perlumba road kebangsaan tak akan kemana,melainkan MNCF ,bercadang membuat latihan kem di euro seperti kem latihan track yang berpangkalan di melbourne

Zamani Hussin said...

Hi GAGAK TEMPANG MERIBUT,

Yerp true.
tell to the organizers and commisare. I'm just making a point. That racing is about the cyclist who race, we should make them just concern on race only not all these minor things. .

Cheers
Zamani Hussin
Teh Tarik Krew

Fairoz Izni Abd Ghani said...

CPS:
Great commented from cawan pecah sebelah. Anda benar2 faham perkembangan berbasikal dunia zaman sekarang.

Harap berjumpa komen anda selepas ini untuk berbasikal Negara Malaysia.

Terima Kasih CPS.