Setiap tahun kita semua akan di hidangkan perlumbaan yang terbesar di Malaysia dan terbaik dunia iaitu LTdL. Kita akan terasa bahangnya semasa edisi awal LTdL di anjurkan. Sudah pasti, kita semua dan juga peminat akan menanti-nantikan di kaca television di rumah mahupun di garisan mula dan penamat. Aksi2 yang julung kali kita lihat di depan mata oleh pelumba-pelumba professional. Banyak perkara kita telah belajar sejak ia di anjurkan untuk kita belajar pelbagai aspek seperti pengurusan, penganjuran, skill teknik, strategi, informasi terkini oleh pasukan professional, pendakian, speed, ketahanan, kelemahan, penginapan, basikal, dan banyak lagi.
Saya masih teringat(jika benar) terbaca di akbar2, kita mengunakan khidmat nasihat oleh pelumba tersohor dunia Tour De France iaitu Tony Rominger untuk membantu dalam aspek laluan yang akan pelumba lalui. Begitu sekali, qualiti ketika itu LTDL untuk mendapatkan penganjuran terbaik oleh UCI.
Rata-rata ketika itu kita sering melihat gelagat Pasukan Mapei sering mengambil bahagian di dalam LTDL, antaranya individu 7 terbaik dunia ketika itu Andre Tafi. Skill, strategi, pengurusan telah mereka kongsi bersama untuk pembangunan pelumba road untuk masa akan datang. Tahun demi tahun kita melihat prestasi dan persembahan pelumba road semakin meningkat sehinggakan banyak kejayaan yang telah pelumba road pada masa itu lakukan antaranya memenangi pasukan terbaik asia pada tahun 1999 sekali gus memenangi jersey Polka Dot menerusi pelumba berpengalaman Suhaimi Keton, Musairi musa dengan aksi agresifnya setiap stage, T,Seong Hong dengan Jersey Biru.
Kelibat M. Kumaresan pada setiap stage menjadi tumpuan beliau untuk mendapatkan posisi terbaik bagi memastikan pasukan negara tidak jatuh dari team overall asia dan juga keseluruhan.
Kebanyakan awal LTDL di anjurkan kita melihat hampir kesemua pelumba negara di barisi oleh pelumba terbilang ketika itu, siapa tidak kenal Nor Affandi Rosli(Silver Medalist Commanwealth Games 1998),Shahrullniza Razali pakar ujian masa, Mahazir Hamad pakar pecut.
Mereka semua sgt berpengalaman dalam bidang Jelajah. Jika kita lihat, mereka juga akan melakukan aksi yang begitu konsisten. Walaupun mereka di KATA kan Veteran tetapi pengalaman dan usaha yang mereka tunjukan begitu manis untuk kita semua.
Kekuatan dan team spirit yang mereka tunjukan membawa kejayaan dan sentiasa berkomunikasi antara satu sama lain semasa di dalam perlumbaan. Mereka mempunyai Ketua pelumba untuk mengatur strategi dan menghormati ketua untuk kepentigan bersama pasukan negara Malaysia.
Kini, bisa itu kian tiada lagi,semakin mengharap dan terus mengharap. Apakah, ia tiada lagi boleh di pulihkan? Setiap tahun kita akan membaca dan mendengar prestasi pasukan negara di dada akhbar "PELUMBA NEGARA DI TAKUK LAMA"... YANG PASTI pembaca, akan mula terbayang-bayang agak boleh mendapatkan satu kuasa pecutan yang akan mengalahkan jaguh Team Professional atau sekurangnya Best Asia.
Program telah di aturkan dan juga telah tahu LTDL akan di anjurkan setiap tahun. Apakah kekurangan persedian? menuduh kepada pihak lain? atau pelumba sendiri?
Tonton Susanto nama besar dan umur lewat 30-an masih bisa dengan pengalamannya membantu beliau tenang dalam apa jua tekanan. Mendapat kepercayaan oleh pasukan L2A sebagai Leadership dalam pasukan. Pasukan lebih yakin dan kuat dengan bantuan pengalaman sebegini. keyakinan mereka terus melonjak sehingga mendapat kejayaan agar kepuasan dan sejarah tercatat di dlm LTDL. Samaii, mengunakan kepakaran dan kegilaan melakukan pecutan sehingga kegarisan penamat. Siapakah pelumba negara yang paling berpengalaman atau layak mengetuai pasukan di masa keadaan menjadi kelam kabut?? siapa? Berapa tahun pelumba muda yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penjelajahan berperingkat ini? Pelumbaan terbesar manakah mereka sertai sebelum menjelangnya LTDL? Siapakah yang sering bercakap dan turun padang? LeTUA? Tonton? Iran sentiasa di barisi pelumba handalan mereka setiap tahun. Muka-muka yakin dan selamba untuk memastikan podium pasukan terbaik menjadi milik mereka.
"Mungkin" peminat akan hilang sokongan di sebabkan pelbagai "excuse" setiap tahun. Berharap peminat tidak luntur semangat kesukanan untuk negara di sebabkan kemerosotan sejak beberapa tahun ini. Ada juga yang datang hanya untuk menyokong dan melihat kekemasan pasukan professional untuk di jadikan idola mereka. Datang bergambar semata-mata untuk kenangan peribadi.
Bagaimana LTDL 2010? adakah pelumba negara hanya untuk pelengkapkan edisi LTDL oleh kerana kita adalah penganjur? atau..................................kalau?
Ya, bagi peminat setia sudah tentu tidak akan luntur atau malu bersama pasukan kesayangan negara kerana kita bangga dengan penganjuran terbesar ini kita masih lagi boleh melihat penyarung jersey negara masih berada di dalam kelompok di jalanraya.
Saya berpendapat, tiba masanya pihak bertanggungjawab dapat membuat persediaan awal dari sekarang untuk mendapatkan injection dari pelumba-pelumba lama negara yang mahu berbakti mencurahkan pengalaman mereka. Dapatkan khidmat mereka ini bersatu untuk kembalikan kekuatan seperti dulu dan lebih baik dari dahulu.
Gunakan kepakaran yang ada dari mereka atau sebaiknya pelumba berguru dengan pasukan eropah.
Dulu lain sekarang dah lain.
Dulu 12 stage, sekarang 7 stage.
Dulu Orang putih handle, sekarang orang tempatan handle.
Dulu hadiah pemenang lumayan, sekarang sedikit.
Dulu kuda tua, sekarang kuda muda.
Dulu guna otak, sekarang guna apa yang ada.
Dulu Gemilang, sekarang temberang.
Dulu xda SRM, sekarang sudah ada SRM.
Dulu 1970, sekarang 2009.
Dulu muda, sekarang dah Tua,
Dulu Bujang, sekarang dah kawin,
Dulu pelumba, sekarang pesara.
Dulu ikut SPEED, sekarang ikut HR.
Dulu ikut LORI, sekarang LORI ikut kita.
Dulu Champion, Sekarang ikut jer.
Dulu tak ada budget, sekarang sudah ada.
Dulu jelajah satu negara, sekarang main pusing-pusing.
Dulu tahan panas, sekarang demam tak tahan panas.
Dulu gila-gila, sekarang hati-hati.
Dulu minum air panas, sekarang dah boleh minum air sejuk.
Dulu TV live, sekarang ermm....
Dulu byk senior, sekarang byk junior.
Dulu-dulu abang break-away sorang di depan, sekarang break-away kat belakang sorang2
ITU DULU "kalau" nak di bandingkan, INI SEKARANG.
Teruskan berjuang. Fikir dari sekarang. Sentiasa bertindak dan fahami dengan keputusan yg positif.
Kalau tak percaya, Jumpa next LTDL 2010.
Sedih Tun sekarang melihat LTDL tiada Gemilangnya. Bangunlah.
"MELAYU MUDAH LUPA"
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai...
by Tun Dr Mahathir Mohammad.
wassalam.
3 comments:
aku dulu kayuh MTB pakai aerobar rilek je...boleh lari 10km 30min...main skateboard....dulu aku ketua kumpulan basikal...dulu....
pengadil basikal
kecewa gak hari tu 'datuk ni' cakap kat press "oh kita dapat jimat kos penganjuran begitu byk sekali. Walaupun begitu standard perlumbaan semakin meningkat" Standard perlumbaan semakin meningkat? TT pun pun dah takde..
hahahah dato anak malaysia ni kangkong lah..weh standard apa meningkat? dulu LTDL hampir hampir setaraf grand tour 1. TDF 2. Giro lepas tu orang sebut LTDL...sekarang ni lagi bawah dari Jelajah Malaysia 2.2 punya standard. lagi ini dato anak malaysia mau masuk bakul angkat sendiri...sama je macam sorang brader pengadil basikal kangkong. orang tak cita pasal pengadil la kankong orang cerita pasal sukan.
Rahim Senja
Post a Comment