Tuesday, February 24, 2009

LE TOUR De LANGKAWI 1996-2009




Perlumbaan ini diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir bin Mohamad. Pertama kali diadakan pada tahun 1996 dengan 12 peringkat. Namun mulai 2002, ia dikurangkan kepada 10 atas permintaan UCI. Pencapaian para pelumba basikal di acara ini tidak diambil kira dalam ranking dunia.

Le Tour de Langkawi (bahasa Perancis bermaksud "Melancong ke Langkawi") merupakan acara lumba basikal tahunan yang dianjurkan oleh Malaysia. Nama ini dipilih kerana perlumbaan ini bermula di pulau Langkawi, Kedah. Lumba basikal ini melibatkan beberapa tempat di seluruh Semenanjung Malaysia dan merupakan sebahagian daripada UCI Asia Tour.

Le Tour de Langkawi ini merupakan sebahagian daripada acara memanaskan badan bagi para pelumba profesional sebelum kembali berlumba di benua Eropah.


Sejarah

Le Tour de Langkawi 2004 (LTdL 2004) pemilik LTDL Wan Lokman Ibrahim telah menjual LTDL ini kepada Simon Donnellan (nama islam Imran Abdullah) merupakan medan perlumbaan basikal yang diiktiraf sebagai yang ketiga terbesar di dunia, selepas Le Tour de France dan Giro de’ Italia. 147 pelumba basikal dari 21 pasukan melalui jarak kayuhan 1250.9 kilometer, merentasi negeri Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Tawaran hadiah wang tunai RM1.6 juta.

Le Tour de Langkawi 2005 bermula di pulau Langkawi pada 28 Januari 2005 hingga 6 Februari 2005 melalui beberapa tempat di pantai barat, pantai timur dan selatan Semenanjung Malaysia.

LTdL 2005 merupakan lumba basikal keempat berprestij di dunia selepas Tour de France, Vuelta d'Espania dan Giro d'Italia.

Ranking lumba basikal ini hanya 2.6 hors pada 1996. Tetapi 2005 meningkat kepada 2.0 hors oleh Kesatuan Basikal Antarabangsa ( UCI). Kini diiktiraf sebagai lumba basikal utama di Asia dan setaraf dengan lumba basikal di Eropah.

LTdL melibatkan 140 pelumba dari 20 pasukan beraksi dan akan berkayuh di laluan landai, mendaki bukit, merempuh halangan angin kuat dan juga memecut di garisan penamat.

LTdL 2005 dianjurkan oleh syarikat swasta First Cartel Sdn Bhd dengan Telekom Malaysia selaku penaja utama bersama Proton,Tourism Malaysia, MAS, Genting Berhad, Petronas, Nestle dan Naza Kia.

LTdL 2005 terbahagi kepada 10 peringkat dengan jarak dan kesukaran yang berbeza-beza sejauh 1,282.6 km merentasi sembilan buah negeri.

Tour de Langkawi 2008 merupakan Tour de Langkawi edisi ke-13. Perlumbaan basikal bertaraf antarabangsa dan terbesar di Asia ini bermula pada 9 Februari, 2008 di Alor Star, Kedah dan tamat di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 17 Februari 2008. Perlumbaan ini tidak lagi bermula di pulau Langkawi Geopark.


Perlumbaan ini dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Persekutuan Lumba Basikal Kebangsaan Malaysia (MNCF), Union Cycliste Internationale (UCI) dan Pertubuhan Lumba Basikal Asia (ACC).

Kali ini tidak ada perlumbaan mendaki ke puncak Genting kerana ia sangat mencabar kepada pelumba tempatan. Sebaliknya tumpuan kepada laluan rata dan landai serta lurus.

Tour de Langkawi 2009 atas kekurangan dana dan sponsorship penganjur terpaksa memendekan jelajah berperingkat ini kepada 7 peringakat sahaja. Dana RM7.5 juta berbanding RM25.5 juta pada 2007 and RM22 juta pada 2008.

Tour de Langkawi 2009 merupakan acara tahunan edisi ke-14 kayuhan basikal yang diadakan di Semenanjung Malaysia. Kali ini laluan kayuhan basikal agak terhad di Wilayah Persekutuan, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan ,sedikit laluan di Pahang dan sedikit laluan di Johor. Kejohanan ini kekal berstatus "hors classe", setaraf dengan jelajah terulung dunia seperti Tour de France, Giro d Italia dan Vuelta a Espana.

120 pelumba handalan dunia mewakil 20 pasukan dari 35 negara, dari 9 hingga 15 Februari 2009. Malaysia membariskan 15 pelumba utama negara yang mewakili tiga pasukan iaitu pasukan kebangsaan, MCF Continental dan Le Tua.Pasukan dari Itali (11), Australia, Perancis (8), Afrika Selatan (6), Kazakhstan (6), Iran (6), China (6) dan Korea Selatan (6).Pasukan Sepanyol (5), Switzerland (5) dan Jepun (5), Ukraine (3) Amerika Syarikat (2), Jerman(2), Austria (2), Venezuela (2), Tunisia (2), Algeria (2) dan Indonesia (2). Negara Belgium (1), New Zealand (1), Kanada(1), Belanda(1), Slovenia(1), Poland(1), Ireland(1), Sweden(1), Britain(1), Moldova(1), Colombia(1), Argentina(1), Mongolia(1), Syria(1) dan Qatar(1). Pelumba termuda dari Kazakhstan, Vadim Izotov - 19 tahun.Pelumba tertua dari Jepun - Shinichi Fukushima - (37) dari pasukan EQA-Meitan-Hompo.

Keseluruhan jarak ialah 1,029.9km bermula di Putrajaya dan berakhir di kriterium Kuala Lumpur. LTdL 2009 dianjurkan oleh Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan dan status perlumbaan itu diberi kategori "Hors oleh UCI, kedudukan tertinggi dalam pertandingan lumba basikal peringkat dunia.

Setakat ini Paolo Lanfranchi telah memenangi 2 kali pemenang overall LTDL dalam sejarah LTDL. Saya berharap pihak berwajib perlu bekerja keras sebagaimana pelumba negara bertungkus lumus untuk sampai ke garisan penamat. Kembalikan kualiti dan juga status maruah LTDL negara pada tahun 2010. Apa yang dirancang oleh pengasas awal Tun Dr. Mahathir Bin Muhammad, LTDL ini perlu di jaga seperti corak penganjuran terulung Tour de France. Sudah tentu Tun Dr. Mahathir Muhammad hampa dan kecewa. Kita jangan mudah lupa di mana RINGGIT di depan mata LTDL terus menjunam untuk agenda tersendiri.

Kembalikan Kuncinya(seperti DULU),
Kembalikan Kegemilangannya,
Kembalikan Penganjuranya,
Kembalikan Kekuatanya,
Kembalikan Sokongannya,
Kembalikan Sinarnya(Status)
Kembalikan Harapanya(Rakyat)
Kembalikan Tarikannya,(penonton).
Kembalikan Mulanya,(Langkawi)
Kembalikan Kepercayaannya,(Penaja)
Kembalikan Sejarahnya.


Belia Benci Dadah.

1 comment:

East Coast Cycling Team said...

Betui tu coach.Sokong dengan kenyataan tersebut......kembalikan