Sunday, August 17, 2008

Olimpik Beijing 2008


VIDEO INI ADALAH KEM PERSIAPAN TERAKHIR PARA PELUMBA KITA DI SPAIN SEBELUM BERANGKAT KE BEIJING 2008.

dr kiri - MARVIN GEORGE, AHMAD FAKRULLAH, FIRDAUZ IZWAN, ZAIYUSRAIZZAH, M.JAUHAR IKHWAN, M.HAFIZ M.SUFIAN DAN HARNIZAM BASRI. (duduk) FAIROZ IZNI.

dr kiri - JOHN BEASLEY, FATEHAH, JOSIAH NG, RIZAL TISIN, EDRUS, AZIZUL DAN JUNAIDI M.NASIR.

dr kiri - M.EDRUS, AZIZUL HASNI DAN RIZAL TISIN BANGGA MEMPERAGAKAN HELMET CASCO UNTUK DI GUNAKAN DI OLIMPIK.

Coretan desas desus

Tahun 2008 adalah tahun bermakna untuk cycling di Malaysia dgn layak nya 4 wira negara bertanding di Kejohanan tertinggi di dunia. Mereka terdiri daripada M.Rizal Tisin, Azizul Hasni Awang, Josiah Ng dan M.Edrus dlm ketegori trek pecut kesemua.

Sekali lagi team sprint kita memecahkan rekod kebangsaan untuk melayakan diri ke kepusingan kedua. Dan mereka sekadar tempat ke 7 terbaik dunia. Dalam acara keirin Josiah Ng dan Azizul berganding tenaga utk melangkah terus ke kepusingan kedua utk menempah tiket ke final keirin tetapi malangnya kedua2 mereka kecundang untuk kali ini dan ke final 7-12 untuk mendapat tempat terbaik sahaja. Kali ini pelumba tersohor dunia Chris Hoy 32 tahun telah memenangi emas keduanya selepas emas team sprint dan perak utk rakan senegaranya Ross Edgar 25 dan gangsa milik Nagai 25 dari Jepun dlm acara final keirin. 4 tahun lepas di olimpik athens pelumba negara josiah Ng layak ke final dengan sekadar tempat 5 terbaik dunia pada masa itu.

Apa-apa pun kita masih lagi mengharapkan pelumba2 ini terus berjuang dan belajar dari kesilapan oleh kerana kita pasti sentuhan khidmat ketua jurulatih kebangsaan John besley akan tercapai pada Olimpik 2012 di London. Kita mengharapkan sejarah "Emas pertama" akan menjadi kenyataan. Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Malaysia BOLEH!!!


No comments: