Sunday, August 17, 2008

Aku Buktikan kepada Dunia



Juan Llaneras pemenang pingat emas acara point race telah membuktikan umur bukan penghalang kariernya sebagai jaguh dunia masa kini. Beliau yang berumur mencecah angka ke-40, yg kini 39 tahun dilahirkan pada tanggal May 17,1969. Ramai lagi pelumba yg di anggap berusia seperti Roberto Chiappa 34, Makoto iijima 37, Shane Kelly 36, Stuart O'grady 35, Chris Hoy 32, Jamie staff 35, Mickael Bourgain 28, Arnaud tournant 30, paolo Bittini 34, jens Voigt 36, Stefan Nimke 30, Sergey Ivanov 33, Wong Kam Po 35, Natallia Tsylinskaya 32 dan byk lagi. Apakah faktor yang membuatkan mereka terus menyarung jersey nagara? Kita berharap pelumba2 Malaysia kita tidak mudah putus asa dan terus mengejar impian. Bagi saya umur adalah nombor, tetapi hati dan mental perlu ditamankan dalam jiwa. Saya sedia tahu agak sukar impian seseorang untuk menjadi seperti mereka ini oleh kerana negara kita sememangnya kekurangan pelumbaan dan juga culture yang berlainan seperti negara2 eropah dan sebagainya. Kita "berharap" agar Malaysia akan berubah di masa akan datang dan menjadi negara yang terbaik untuk melahirkan lebih ramai lagi jaguh2 negara setanding dengan negara luar. Sokongan padu dan tidak jemu2 dari kita semua sedikit sebanyak memberi impak meningkatnya peratusan terhadap sukan berbasikal negara.

2 comments:

Arnaz M. Khairul said...

Cerita ni menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.
Tapi yang paling menyerlah:
1) Adakah kau masih boleh angkat balik basikal sprinter kau dan masuk Olimpik pada usia belum pun sampai 30 tahun?
2) Maknanya aku yang umur 34 ni pun tak perlu putus harapan la ye?

HEhehehe...

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Salam, hajat sememangnya belum tiba untuk bersara sebenar2nya. Tapi apakah kan daya keringat tak di perluakn lagi. Rezeki saya sampai disini sahaja selepas menjalani pembedahan Tulang Spine L5.Tergamam semasa melihat surat pemberhentian kontrak sebagai atlet sepenuh masa. Masa itu macam2 yang timbul dlm fikiran. Apakah yang harus saya lakukan kerana basikal lah saya cari makan dan berjaya setakat ini. Bagi menyara keluarga, saya terpaksa melupakan impian terakhir mewakili negara ke olipmpik. Perkara pun sedah berlalu, sekarang saya cuba membantu cyclist negara lebih berjaya dari apa yang saya lakukan semasa dlm nasional team. Segala kesilapan lalu akan saya positifkan agar cyclist lebih matang dan berfikiran professional.

Soalan kedua - "Nak seribu daya"...
apa2 pon lemak tue kena kasi bakar 30kg dulu.