Thursday, August 21, 2008

semoga zaiyusraizzah cepat sembuh

Semalam adalah hari malang buat zaiyusraizzah our cyclist women kemalangan yg berlaku di laluan motor tol saga cheras. Beliau di kejarkan ke HUKM utk mendapat rawatan pada tulang hip dan bahu kanan nya. Doctor telah memberi x-ray dan scan. Dan boleh pulang jam 1pm dari menunggu sejak 8pagi. Terima kasih kepada our pengurusan sukan berbasikal en. Preman dgn pantas memberi kerjasama utk mengetahui kes yus. Doc telah mengesahkan beliau boleh pulang dan tiada apa2 berlaku kemungkinan hentakan pada otot membuatkan beliau terkejut dan merasa sakit. Saya di faham kan beliau sekali lagi di kejarkan ke HUKM oleh kerana beliau merasa bahu kanan nya telaj terkeluar. Agak complicated dlm hal ini. 11pm beliau di tahan wad utk pemeriksaan terperinci. Jam 6am saya menerima miss call dan sms dr Harnizam(ketua sprinter) dan Jasmin roslan(ketua elit endurance) yg telah menghantar yus ke HUKM. TQVM brothers dan Nana juga Fatehah.

Tuesday, August 19, 2008

Mohon Maaf Tunda KOL2

Salam,

Merujuk perkara di atas dengan duka citanya Keirin Open Leg 2(KOL2) pada 23hb ogos 2008 Sabtu ini terpaksa ditunda oleh kerana tarikh perlumbaan tertindih dengan pelumbaan development junior under 21 di Johor Bahru dan juga pelumba elit akan berlumba di singapore dan indonesia pada tarikh yg sama. Saya memohon maaf di atas kesulitan ini.

Sumbangan daripada syarikat dan pihak individu akan saya bawa pada tarikh dihari KOL2 nanti. Jesteru itu tarikh KOL2 akan di beritahu kemudian.

Sekian, Terima Kasih

Monday, August 18, 2008

Keirin Open Leg 2 This Saturday

Hi All,
Please be informed that the Keirin Race has been reschedule to a new date. Details as per below.
Date: 23rd August 2008
Time: 830 AM
Place: Velodrome Cheras Kuala Lumpur
Contact Person: Fairoz Izni (Malaysia National Development Coach) 012-3275554.
Everyone is welcome. You can even try out track cycling if you wish (Just bring your cycling attire)
Cheers and Have fun!
Map to Velodrom Cheras (the arrow show where is the velodrom located)


Hi all Malaysian,

Di sini kami ingin menjemput anda dan semua lapisan pelumba baik negeri/negara/club/perseorangan untuk bersama berlumba menjayakan pelumbaan Keirin Open Leg 2 pada hari Sabtu 23hb Ogos 2008 jam 830am(730am warm up by motor). Kami juga mengalu2kan sumbangan anda walaupun rm1/barangan(milo,maggie,maxis top up,pencil,dll), 100% hadiah terkumpul akan diberikan kepada Champion Keirin sahaja.

Setakat ini hadiah dari individu terkumpul berjumlah rm80. Mari bersama memeriahkan lagi acara trek ini dan mengenali lebih dekat dan jelas mengenai event Keirin ini. Penyertaan adalah percuma dan basikal trek sahaja di benarkan berlumba. Mohon sampaikan email ini kepada rakan yang lain.

*Keirin Open Leg 2
23hb Ogos 2008.
Sabtu - 830am.
Velodrom Cheras Kuala Lumpur.




Sekian, Terima Kasih



Regards,

Fairoz Izni Abd Ghani
Malaysia Development Track Cycling
National Sports Council of Malaysia
Bukit Jalil.
50714,Kuala Lumpur
Malaysia.
Hp:+6012-3275554
www.nsc.gov.my

Sunday, August 17, 2008

Aku Buktikan kepada Dunia



Juan Llaneras pemenang pingat emas acara point race telah membuktikan umur bukan penghalang kariernya sebagai jaguh dunia masa kini. Beliau yang berumur mencecah angka ke-40, yg kini 39 tahun dilahirkan pada tanggal May 17,1969. Ramai lagi pelumba yg di anggap berusia seperti Roberto Chiappa 34, Makoto iijima 37, Shane Kelly 36, Stuart O'grady 35, Chris Hoy 32, Jamie staff 35, Mickael Bourgain 28, Arnaud tournant 30, paolo Bittini 34, jens Voigt 36, Stefan Nimke 30, Sergey Ivanov 33, Wong Kam Po 35, Natallia Tsylinskaya 32 dan byk lagi. Apakah faktor yang membuatkan mereka terus menyarung jersey nagara? Kita berharap pelumba2 Malaysia kita tidak mudah putus asa dan terus mengejar impian. Bagi saya umur adalah nombor, tetapi hati dan mental perlu ditamankan dalam jiwa. Saya sedia tahu agak sukar impian seseorang untuk menjadi seperti mereka ini oleh kerana negara kita sememangnya kekurangan pelumbaan dan juga culture yang berlainan seperti negara2 eropah dan sebagainya. Kita "berharap" agar Malaysia akan berubah di masa akan datang dan menjadi negara yang terbaik untuk melahirkan lebih ramai lagi jaguh2 negara setanding dengan negara luar. Sokongan padu dan tidak jemu2 dari kita semua sedikit sebanyak memberi impak meningkatnya peratusan terhadap sukan berbasikal negara.

Olimpik Beijing 2008


VIDEO INI ADALAH KEM PERSIAPAN TERAKHIR PARA PELUMBA KITA DI SPAIN SEBELUM BERANGKAT KE BEIJING 2008.

dr kiri - MARVIN GEORGE, AHMAD FAKRULLAH, FIRDAUZ IZWAN, ZAIYUSRAIZZAH, M.JAUHAR IKHWAN, M.HAFIZ M.SUFIAN DAN HARNIZAM BASRI. (duduk) FAIROZ IZNI.

dr kiri - JOHN BEASLEY, FATEHAH, JOSIAH NG, RIZAL TISIN, EDRUS, AZIZUL DAN JUNAIDI M.NASIR.

dr kiri - M.EDRUS, AZIZUL HASNI DAN RIZAL TISIN BANGGA MEMPERAGAKAN HELMET CASCO UNTUK DI GUNAKAN DI OLIMPIK.

Coretan desas desus

Tahun 2008 adalah tahun bermakna untuk cycling di Malaysia dgn layak nya 4 wira negara bertanding di Kejohanan tertinggi di dunia. Mereka terdiri daripada M.Rizal Tisin, Azizul Hasni Awang, Josiah Ng dan M.Edrus dlm ketegori trek pecut kesemua.

Sekali lagi team sprint kita memecahkan rekod kebangsaan untuk melayakan diri ke kepusingan kedua. Dan mereka sekadar tempat ke 7 terbaik dunia. Dalam acara keirin Josiah Ng dan Azizul berganding tenaga utk melangkah terus ke kepusingan kedua utk menempah tiket ke final keirin tetapi malangnya kedua2 mereka kecundang untuk kali ini dan ke final 7-12 untuk mendapat tempat terbaik sahaja. Kali ini pelumba tersohor dunia Chris Hoy 32 tahun telah memenangi emas keduanya selepas emas team sprint dan perak utk rakan senegaranya Ross Edgar 25 dan gangsa milik Nagai 25 dari Jepun dlm acara final keirin. 4 tahun lepas di olimpik athens pelumba negara josiah Ng layak ke final dengan sekadar tempat 5 terbaik dunia pada masa itu.

Apa-apa pun kita masih lagi mengharapkan pelumba2 ini terus berjuang dan belajar dari kesilapan oleh kerana kita pasti sentuhan khidmat ketua jurulatih kebangsaan John besley akan tercapai pada Olimpik 2012 di London. Kita mengharapkan sejarah "Emas pertama" akan menjadi kenyataan. Malaysia Boleh! Malaysia Boleh! Malaysia BOLEH!!!