Bila sebut pasal SUKAN, orang atau kita akan membayangkan ia suatu aktiviti kecergasan, semangat, kekuatan dan sebagainya terhadap pantulan buah fikirannya ketika itu.
Kebanyakan orang akan bercerita dengan aksi yang mencurah-curah dengan minat yang begitu mendalam akan sukan yang diminati mereka lebih-lebih lagi kepada pencinta sukan tanahair. Ia tampak mudah. Tapi tidak semudah untuk melaksanakannya.
Bagi sukan berbasikal dengan adanya Pelumba Berbasikal contohnya baik di peringkat bawahan sehinggalah ke peringkat elit, mereka ini adalah aset yang sangat berharga kepada pihak yang bertanggungjawab dan Negeri serta Negara. Pendirian mereka adalah untuk bersaing mencapai keputusan yang lebih cemerlang dan berharap dengan usaha mereka itu dapat dibalas dan dibantu keperingkat yang lebih tinggi setinggi langit "kalau boleh" harapkan.
Lebih menghampakan jika usaha mereka itu yang ingin terus berjaya terkandas di tengah jalan oleh gara-gara ketidaksungguhan serta mainan politik yang menghancurkan karier mereka yang telah lama dipupuk sejak menceburkan diri pada sukan ini.
Kekecewaan yang amat pahit untuk ditelan jika sukan itu terdiri oleh penjawat jawatan tertinggi yang SUKARELA yang tidak punyai pengalaman dan juga ketidakesungguhan. Tidak ubah seperti Umang-Umang dilautan mahupun daratan. Menumpang usaha dan kejayaan orang lain yang bersusah-payah bagi menghasilkan kejayaan yang diidam dalam pasukan.
“…Kita mesti bersemangat Ok! Kita mesti menang pingat Emas! Kita akan bantu awak semua..dapatkan kerja, elaun.. Kayuh kuat-kuat!, Good luck everyone! - kata-kata sukarela
Mereka mulai MUAK dengan kata-kata lapuk ini lebih-lebih lagi daripada Sukarela yang lapuk kesana kemari. Jika tidak bersemangat tidaklah mereka ini terpilih mewakili Negeri dan juga Negara. Tambahan pula mereka telah lama di pupuk perkataan ini dan berbagai program seperti bina semangat.
Bila dibalas kenapa tidak dapat membantu pasukan dan sebagainya, SUKARELA ini akan menjawab, “ Oh kami ini sukarela, tidak berbayar dan kami akan usaha sebaik mungkin”(Benar lagi DI-NYATAKAN)
Jadi apakah akan berlaku jika pucuk pimpinan sukarela ini terus merogoli pasukan atas dasar sukarela yang tidak rela berkorban untuk pasukan lagi semata-mata ingin menjawat jawatan dan terus sepi sehingga berjumpa lagi? Jawapan paling tepat HANCUR BERKECAI
Malah Tahun demi tahun telah mencapai puluhan tahun yang dijawat oleh sukarela ini. Generasi ke satu generasi juga telah bertukar muka tapi masih dipimpin oleh sukarela ini. Di sebalik itu, jawatan yang dipegang adalah untuk mendapatkan penghargaan oleh kerajaan atas penglibatan mereka kepada badan NGO.
Selain itu, sukan kini antara bisnes yang terhebat di era ini yang boleh dikaut bagai kena jackpot jika kena pada kantung yang diterima dan tempias mendapat nama ‘jika’ akan kejayaan yang dihasilkan oleh para atlet. Jika tidak manakan mahu bertebal muka dan berkeras menjawat jawatan itu sambil menafikan dan bertikam lidah. Sedih dan kasihan atlet dialatkan. Lagi best of the year sukarela pun tak kenal atlet mereka. Turun padang jauh sekali. Lagi kesian. Kita mesti Semangat! Semangat macam wonder pat!
No comments:
Post a Comment