Monday, May 3, 2010

Walker kesal tindakan komisar kejohanan


William Walker (Rabobank) takes a turn at the front.
Photo: © Roberto Bettini


2010/05/03

JURULATIH kebangsaan, William Walker melenting dengan tindakan komisar kejohanan membatalkan kemenangan Mohd Harrif Salleh di salah satu zon pecutan kerana mendakwa pelumba negara itu melakukan 'wheelie' (mengangkat tayar depan) ketika melintasi garisan penamat.

“Memang tidak masuk akal,” kata Walker yang turut disokong juara keseluruhan JM 2010, David McCann dari Giant Asia Racing Team dan jurulatih Wilayah Persekutuan, Musairi Musa ketika membantah keputusan komisar selepas tamat perlumbaan Kriterium Langkawi, semalam.

“Anda (komisar) hanya membunuh semangat pelumba negara kerana perkara kecil seperti itu. Saya tidak nampak ada masalah apabila tayar depannya terangkat ketika melintasi garisan penamat, malah perkara itu biasa terjadi di perlumbaan-perlumbaan lebih besar di Eropah,” katanya.

Bagaimanapun selepas perbincangan panjang lebar dan campur tangan pegawai Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (MNCF) termasuk Presidennya, Abu Samah Abdul Waham dan Timbalan Presiden, Datuk Naim Mohamad, akhirnya lima mata dikembalikan kepada Mohd Harrif.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Walkerkesaltindakankomisarkejohanan/Article

No comments: