MSP nafi dakwaan letak syarat keterlaluan lepaskan Aminuddin
Oleh Asrol Awang
MAJLIS Sukan Pahang (MSP) menafikan mereka meletakkan syarat keterlaluan kepada Persekutuan Berbasikal Kebangsaan Malaysia (MNCF) jika mahu mendapatkan khidmat jurulatih, Aminuddin Sulaiman.
Sebaliknya, pengarahnya, Suhaimi Mohd Yunus berkata, pihaknya sedia melepaskan Aminuddin bagi manfaat sukan itu terutama untuk melahirkan jaguh disegani.
Katanya, MSP tidak pernah menghalang pemergian Aminuddin ke pangkuan skuad negara kerana pernah melepaskan jurulatih itu pada 2005, 2007 dan 2008.
"Soal Pahang meletakkan syarat skuad Sukan Malaysia (Sukma) dapat menjalani latihan bersama skuad negara adalah tepat memandangkan Sukma Melaka hanya berbaki lima bulan.
"Pada masa sama, Aminuddin masih lagi jurulatih kami dan bertanggungjawab memastikan skuad Pahang mencipta kejayaan di Melaka, Jun depan," katanya.
Suhaimi berkata, pihaknya turut menafikan MNCF perlu menanggung segala perbelanjaan jika dibenarkan berlatih bersama skuad kebangsaan, sebaliknya MSP akan menanggung segala kos jika skuad Pahang menjalani latihan bersama pasukan negara.
"Dalam hal ini, syarat yang diletakkan itu memadai dan ia dianggap relevan dengan situasi `menang-menang'.
Sebenarnya, isu ini tidak serius dan dianggap selesai kerana MSP dan Majlis Sukan Negara (MSN) tidak menghadapi sebarang masalah," katanya.
Baru-baru ini, Presiden MNCF, Abu Samah Wahab meluahkan kekecewaannya berikutan MSP meletakkan syarat skuad Pahang berlatih bersama skuad negara dan segala perbelanjaan ditanggung MNCF.
"Perkara ini mustahil untuk kami turuti kerana keutamaan adalah kepada skuad kebangsaan. Tambahan pula sukar bagi jurulatih memberikan tumpuan kepada dua kelompok pelumba berbeza," katanya.
http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Sukan/20100125063345/Article/
Monday, January 25, 2010
Tuesday, January 5, 2010
Bangun berbasikal Negara Malaysia
Antara kelucuan semasa kejohanan yang membabitkan pertaruhan pelumbaan handicap 500 meter antara Azizul Hasni AWENGGG dan World Champ David Foster.
Tasmania dan Kesukanan
Satu kejohanan tahunan Trek Krismas Karnival Tasmania telah di adakan di beberapa tempat iaitu Labrobe, Launcheston, Devonport dan Burnie. Kejohanan ini melibatkan beberapa sukan terdiri dari sukan berbasikal trek dan kriterium(Burnie), memotong kayu dan juga olahraga. Kesemua venue yang kami sertai adalah trek outdoor berukuran 500 meter dengan banking dalam ketinggian >< 8 darjah. Hanya satu velodrom indoor di Launcheston berukuran 285 meter jenis kayu. Velodrom berkenaan agak jauh dari tempat kami menginap sejauh antara 120km. Tiga venue yang lain sejauh antara 20-30km sahaja.
Pengalaman baru untuk Pelapis Kebangsaan
Ini adalah kali pertama buat pelumba pelapis kebangsaan menyertai kejohanan tahunan ini yang semakin mendapat tempat oleh beberapa Negara luar seperti USA, Taiwan, Trinidad & Tobago, Barbados dan Malaysia.
Kerajaan menyokong sepenuhnya
Sambutan yang mengalakan serta kejayaan pihak penganjur mencuri hati pihak kerajaan Tasmania menyokong dengan sumbangan kewangan 50% untuk empat tahun akan datang. Ia bertujuan untuk mengemas kini segala kelemahan agar penganjuran ini berada dalam status yang membanggakan oleh semua pihak termasuk rakyat Tasmania. Ternyata penganjuran oleh kakitangan sukarelawan dan pihak penganjur berjaya secara keseluruhannya tanpa sebarang masalah.
Malaysian Tiger dan pelumba luar negara semasa ketibaan di terminal lapangan terbang Tasmania.
Hadiah tunai yang lumayan
Idea pihak penganjur mendapat tempat bagi sponsorship yang menghulurkan hadiah tunai kepada penganjur untuk merialisasikan kejohanan tahunan kepada para pemenang. Hadiah tunai keseluruhan bagi satu acara yang tertinggi adalah $13, 000 aussie iaitu pemenang pertama mendapat $8000(RM24, 000), kedua $2,500, ketiga $1,250 dan seterusnya keenam $150. Setiap acara mempunyai sponsor tertentu misalnya Nasi Kandar Kayu Manis (contoh) menderma $500 aus dan tunai berkenaan akan dipecahkan kepada empat tempat hadiah bagi pemenang. Syarikat Bas Express Transformer menderma $1000 untuk acara UCI Men sprint, Zoo Negara menderma $300 aus bagi acara handicap junior Under 13 dan sebagainya.
Kepercayaan kepada penganjur
Sponsorship percaya dan berminat menyumbangkan tunai oleh kerana kejohanan ini akan tersebar luas di akhbar-akhbar, internet (cyclingnews), majalah dan di sertai oleh juara dunia serta Negara luar. Salah satu kehebatan Karnival Tasmania ini adalah penganjuran kali yang ke-123 sejak tahun 1889 untuk trek 500 meter berdekatan pantai West Park Oval, Burnie. Angin agak kencang serta sejuk yang di datang dari arah pantai berdekatan.
Sambutan begitu meriah oleh penduduk sekitar
Pengunjung dihadiri oleh semua golongan termasuk penyokong dari pihak keluarga, rakan-rakan, saudara mara serta peminat. Ini adalah tradisi oleh penduduk di sana bagi menyokong sukan mereka sejak 100 tahun yang lalu. Yang pasti tiket masuk adalah $15 untuk dewasa, termasuk remaja dan kanak-kanak antara $10. Bagi kenderaan yang ingin masuk ke kawasan(Labrobe) tempat letak kenderaan tiket bayaran adalah $10. Venue lain saya kurang pasti. Buku atau program acara akan di kenakan bayaran $2.50 - $5 aus jika anda berminat.
World Champ Amy Sure dan Peter Loft masing-masing mencatatkan rekod trek kejohanan dalam acara 2000m ITT dan juga Motor pacing.
Budaya lahir dari rumah
Menarik melihat wagra emas juga turut hadir dengan membawa cucu tersayang untuk menyaksikan peserta dan juara dunia. Mereka akan duduk disekeliling trek atau halfdoor grandstand sambil menyalin catatan masa dan pemenang setelah pengulas kejohanan memberitahu dari masa ke semasa selepas sesuatu acara tamat. Budaya kesukanan yang di lahirkan dari keluarga sangat jauh bezanya dari masyarakat kita. Dari situ terbentuk budaya dan juga pelapis kebangsaan mereka untuk menjadi juara dan untuk menyarung jersi kebangsaan mereka. Mereka bersantai dengan membawa bekal dari rumah, ada juga membawa bantal, kerusi malas, selimut tebal, keperluan dan sebagainya.
Jangan buang masa
Seperti di Venue track indoor Louncheston acara akan bermula pada jam 1:00 tengahari tepat sehingga jam 10:50 malam. Program dan masa yang di jalankan hampir 95% tepat. Penganjur tidak akan menunggu jika peserta berkenaan lewat menghadirkan diri pada masa yang di tetapkan. Tanpa membuang masa pistol akan menembak maka acara bermula. Penyampaian hadiah juga begitu, jika anda lewat maka anda di minta berjumpa petugas selepas kejohanan contoh salah atlet Negara kita (Dollah) terlewat (tidak sedar) walaupun beliau pemenang tempat kedua.
Salah satu aksi yang dijalankan pada waktu malam dengan pengunaan lampu limpah.
Amanah dan tanggungjawab
Kejohanan ini mengikut undang-undang UCI serta pantas dan ringkas. Jika menyalahi undang-undang UCI, atlet berkenaan akan di keluarkan dari acara tersebut tanpa sebarang rayuan(pengalaman bagi atlet kita Kamal(bukan nama sebenar) semasa acara Keirin. Komisar mereka tidak kelam kabut dengan beberapa orang sahaja serta sukarelawan(pusher) di kawasan padang dan sepanjang kejohanan tidak sekali pun ketua komisar mereka bercadang untuk minta acara di batalkan dan ingin cepat pulang.
Tiada istilah lapar dan sebagainya kecuali cuaca hujan atau melibatkan bahaya.
Mereka mendidik diri sendiri, atlet dan jurulatih untuk menghargai amanah yang di berikan oleh penyumbang kejohanan serta pengunjung yang bertiket. Kepuasan dan service adalah perkara penting oleh mereka untuk melihat kejohanan tahunan ini terus berjaya dan berkualiti.
Malaysia dikenali dengan kemesraan oleh mereka
Nama Negara Malaysia telah tercipta di Australia dengan pencapai pelumba elit Negara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Ini kerana pelumba Australia dan peminat senang mendekati kepada pelumba Negara.
Azizul antara pelumba istimewa kerana sikapnya yang open indeed serta peramah mejadikan penganjur mencuri masa beberapa minit untuk beliau bercakap mengunakan microfon kepada juara dunia David Foster semasa acara siapa pantas dalam acara gabungan (sprint satu lap dan memotong kayu). Lihat karnival dan acara ini tidak terlintas lansung di fikiran kita malah ia di satukan untuk mencari kelainan menarik hati pengunjung.
Pandangan dari atas tempat duduk granstand yang serba ringkas.
Bijak menguna masa dengan tarikan tersendiri
Penganjur bijak mencari masa sesuai secara spontan untuk pengunjung terhibur dengan aksi idola mereka di atas padang atau trek. Trek Devonport menyaksikan Azizul bersaing dalam acara handicap 500 meter dengan David Foster yang berada pada permulaan 250 meter di depan walaupun ia tidak termasuk di dalam program kejohanan.
Acara spontan itu adalah penghargaan oleh kedua mereka untuk melahirkan konsep mesra dan menjadi tumpuan oleh semua reporter serta jurugambar yang berlari mendapatkan gambar kenangan mereka berdua dan ia terlihat di akhbar pada keesokan harinya. Salah satu acara menarik yang juga bukan di dalam program adalah pelumba bersaing dalam acara lari pecut 70 meter. Larian itu di barisi oleh Shane Perkin, Edrus, Azizul, USA, Trinidad Tobago, Junaidi Nasir, pelumba club Jayco dan juga Barbados.
Wood Chopping adalah acara tradisional kebanggaan penduduk Tasmania dengan memotong balak tersebut kurang 30 saat. Kelihatan David Foster(dua dari kanan) serta anak beliau kanan sekali.
Pengulas yang hebat
Two Thumb Up kepada pengulas kejohanan yang hebat dengan cara ulasan yang menghiburkan serta semangat kepada pengunjung dengan penyampaian yang di laungkan pada setiap acara berlangsung. Skill tersendiri dan boleh mengenal pasti para peserta dengan memperkenalkan juara dunia, rekod2 trek, latarbelakang pelumba dan nama para pelumba yang sering bersaing pada setiap pusingan sehingga ke penamat. Saya di fahamkan, pengulas berkenaan akan (study) membaca nombor, mengigati nama, memahami para peserta, acara dan beberapa lagi.
Objektif dan asas pembangunan kepada remaja
Acara Junior antaranya mengikut kategori akan bergabung lelaki dan wanita. Mereka telah di nilai terlebih dahulu oleh pihak penganjur. Di sini saya melihat ia satu idea yang membina untuk mencapai atau menolak prestasi remaja tersebut dengan cepat. Kebanyakan acara adalah handicap dan endurance.
Ia tidak penah di anjurkan di Malaysia. Konsep bersaing adalah objektif permulaan bagi peringkat remaja serta policy yang di tetapkan sebagai contoh pengunaan gearing. Banyak yang saya timba dengan teliti untuk saya memberitahu kepada pembaca dan berbasikal untuk mengubat punca kelewatan kematang pelumba negeri dan Negara Malaysia.
Kriterium sejauh antara 700-800meter sepusingan di City Burnie pada 31hb Disember 2009. Terlihat bekas juara dunia OKU kaki satu dan sangat kuat serta ramai pelumba tewas kepadanya. Amir Mustafa tempat yang ketujuh.
Sepanjang 5 kejohanan semua peserta akan mengunakan nombor yang sama dan juga acara semasa pendaftaran. Tidak ada pertukaran keluar atau masuk nama peserta serta acara.
Inilah trek 500 meter dengan ketinggian antara 8 darjah dan idea yang telah berikan oleh John Beasley untuk di bina di Terengganu.
Ringkas tanpa protokol "sangat" pelumba pertama di beri penghargaan untuk berucap beberapa patah kepada sponsor(antaranya)dan hadiah lumayan.
Pelumba perlu menghadirkan diri lebih awal di kawasan ini untuk memastikan kehadiran pelumba di catit oleh sukarelawan bertugas.
Salah satu acara olahraga lompat bergalah turut di muatkan dalam program karnival.
Roller dan warm up di letakkan pada kawasan yang di benarkan.
Shane Perkin dan Azizul dalam acara pecut akhir dengan kemenangan The Poket Roket Men(zizul).
Acara khas oleh penganjur dalam larian pecut 70 meter mencuri tumpuan media dan orang ramai dan di menangi pelumba negara Azizul Hasni "Awenggg".
Penuh: Orang ramai membanjiri menyaksikan kejohanan dengan mengenakan bayaran tiket untuk masuk.
Azizul Hasni Awang dan Juara Dunia Wood Chooping David Foster bersalaman ketika acara ganbungan sprint satu pusingan dan memotong kayu dengan penilaian masa terpantas akan menjadi pemenang.
Jangan malas nanti BONSAI
Kuncinya pada “mereka” jika ingin melahirkan lebih ramai pelumba berkualiti dengan jangka masa yang panjang. Bekerjasama, berkongsi dan bersatu sudah pasti ia mudah di laksanakan. Saya percaya, ia akan berjaya jika kemahuan semua pihak melakukan kerja dengan baik. “Jika” permulaan memikirkan penat dan keuntungan, saya percaya ia pasti gagal kerana ia adalah kerja yang tidak ikhlas dan tidak sukarela kerana tiada bayaran.
Serba sedikit pengalaman dan ilmu yang kita perolehi akan dapat memberi sinar pembangunan sukan berbasikal Negara Malaysia dan saya sama sekali menyokong pembangunan seperti ini untuk masa depan BERBASIKAL NEGARA MALAYSIA TERCINTA. Segala kelemahan penyampaian dan juga terkata, saya susuli kemaafan kepada pembaca. Malaysia Boleh!!!
Untuk Negara: Gambungan pelumba trek Elit Negara dan Pelapis kebangsaan ke Kejohanan Karnival Tasmania 26hb Disember 2009 - 1hb Januari 2010.
Sunday, January 3, 2010
MNCF revamp finally on the way
By Arnaz M. Khairularnaz@nstp.com.my
THE wheels for the total revamp of the national road cycling programme have finally been set into motion.
A special task force will be set up to address the serious decline suffered by the road squad.
This revamp will see the new programme totally focused on five big targets this year -- Le Tour de Langkawi, Jelajah Malaysia, Asian Championships, Asian Games and Commonwealth Games.
The Malaysian National Cycling Federation's (MNCF) executive committee which met yesterday, recalled former head coach Aminuddin Sulaiman, who will replace Jamaluddin Omar.
Aminuddin, who quit the national team in 2008 after voicing his displeasure with the oor funding and management of the team, will be in charge of the national team in the interim until a foreign coach is found.
The task force, comprising all eight members of the MNCF's executive committee, will present their ideas and proposals to the joint working committee for cycling, which includes the National Sports Council (NSC).
MNCF deputy president Datuk Naim Mohamad said Aminuddin will eventually be assisting a foreign coach, who the federation hopes to hire within the next two months.
The foreign coach will be in charge of the road programme under the eye of Australian John Beasley who heads the coaching department of the entire cycling programme.
"We have drawn up a clear path for us to focus on and this decline should stop now," said Naim.
The task force have an initial allocation of RM500,000 from the Sports Ministry to begin their efforts to transform the fortunes of the national road team.
"We will have to work with a fresh selection process and find the best riders to work on to achieve targets we will set for the five major competitions this year," said Naim.
"We will immediately call for all state affiliates to submit their best riders to be evaluated and absorbed into this new programme, for which we will have eight places for rider who will focus solely on these five targets.
"We will put them through screening and all the necessary sports science tests before being absorbed into the programme.
"Then, we will decide what our specific targets will be for each of the five major competitions and the coaches will have full support to work towards achieving them."
On another note, Naim who also chairs the MNCF disciplinary committe said three riders including Loh Sea Keong will be investigated for various disciplinary offences.
"Sea Keong will be called up to explain for his outcry after being dropped from the Sea Games road race team in Laos," said Naim.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/mqwndqsw/Article/index_html
THE wheels for the total revamp of the national road cycling programme have finally been set into motion.
A special task force will be set up to address the serious decline suffered by the road squad.
This revamp will see the new programme totally focused on five big targets this year -- Le Tour de Langkawi, Jelajah Malaysia, Asian Championships, Asian Games and Commonwealth Games.
The Malaysian National Cycling Federation's (MNCF) executive committee which met yesterday, recalled former head coach Aminuddin Sulaiman, who will replace Jamaluddin Omar.
Aminuddin, who quit the national team in 2008 after voicing his displeasure with the oor funding and management of the team, will be in charge of the national team in the interim until a foreign coach is found.
The task force, comprising all eight members of the MNCF's executive committee, will present their ideas and proposals to the joint working committee for cycling, which includes the National Sports Council (NSC).
MNCF deputy president Datuk Naim Mohamad said Aminuddin will eventually be assisting a foreign coach, who the federation hopes to hire within the next two months.
The foreign coach will be in charge of the road programme under the eye of Australian John Beasley who heads the coaching department of the entire cycling programme.
"We have drawn up a clear path for us to focus on and this decline should stop now," said Naim.
The task force have an initial allocation of RM500,000 from the Sports Ministry to begin their efforts to transform the fortunes of the national road team.
"We will have to work with a fresh selection process and find the best riders to work on to achieve targets we will set for the five major competitions this year," said Naim.
"We will immediately call for all state affiliates to submit their best riders to be evaluated and absorbed into this new programme, for which we will have eight places for rider who will focus solely on these five targets.
"We will put them through screening and all the necessary sports science tests before being absorbed into the programme.
"Then, we will decide what our specific targets will be for each of the five major competitions and the coaches will have full support to work towards achieving them."
On another note, Naim who also chairs the MNCF disciplinary committe said three riders including Loh Sea Keong will be investigated for various disciplinary offences.
"Sea Keong will be called up to explain for his outcry after being dropped from the Sea Games road race team in Laos," said Naim.
http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/mqwndqsw/Article/index_html
Subscribe to:
Posts (Atom)