Saturday, September 12, 2009

Surat Akuan M.Fauzan Lufti

KENYATAAN AKHBAR MUHAMMAD FAUZAN AHMAD LUTFI
8 SEPTEMBER 2009


Berhubung dengan kes penyalahgunaan dadah perangsang yang membabitkan diri saya, saya ingin memohon maaf di atas kesilapan yang telah saya lakukan dan saya akui ia adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku.

Di sini saya ingin menjelaskan bahawa saya telah mengalami kecederaan pada otot lutut kiri sejak bulan Oktober tahun lalu. Ini telah menyebabkan saya tidak dapat berkayuh selama 5 bulan dan dirawat oleh pakar di Institut Sukan Negara.

Saya telah kembali berkayuh pada bulan April tahun ini, bermula dengan perlumbaan Jelajah Malaysia di mana semasa itu saya masih di bawah program elit lebuhraya. Di masa itu juga saya telah memohon untuk memasuki kembali program elit trek di bawah ketua jurulatih John Beasley.

Keadaan lutut saya yang masih belum pulih daripada kecederaan sepenuhnya serta penyerapan saya di dalam skuad elit yang akan dihantar menjalani latihan lebih keras di Australia telah membuat saya dalam keadaan serba salah.

Saya telah mengambil keputusan untuk mencari kaedah perubatan selain dari yang telah diterima di bawah jagaan pihak ISN. Tanpa saya sedari, ubat yang telah saya ambil itu menyebabkan saya diuji positif untuk dadah jenis nandrolone semasa kejohanan Mini Olimpik tempohari.

Perkara ini amat saya kesali. Saya juga ingin menyatakan bahawa sebelum ini saya tidak pernah menggunakan apa-apa jenis dadah perangsang yang terlarang. Ini adalah pengalaman pertama saya dan ia adalah satu pengajaran yang pedih yang saya anggap kesilapan paling besar pernah saya lakukan dalam hidup saya.

Sekali lagi, saya akui di atas kesilapan dan ketidakmatangan ketika melakukan kesalahan ini dan memohon ribuan maaf kepada semua pegawai sukan khususnya berbasikal, rakan-rakan pelumba dan peminat sukan lumba basikal.

Saya juga menerima dengan hati yang reda apa saja hukuman yang akan dikenakan, disamping ingin meminta jasa baik untuk meringankan hukuman ke atas diri saya.

Saya masih muda dan ingin kembali ke arena berbasikal sebaik selesai tempoh penggantungan kerana inilah sukan yang saya cintai.

Sekian, terima kasih.

4 comments:

shaidin Md saman said...

Jadikanlah peristiwa ini pembakar semangatmu anakanda serta ikhtibar kpd yg lain. Peluang masih terbuka dan usah berputus asa. Sifat jujur lebih utama dalam mencipta kejayaan kerana ada berkatnya dengan iringan doa semua. Life must goes on and never give up son!

shaidin Md saman said...

Istimewa utk sdr Fairoz dan khas buat anakanda Fauzan. Hayati lirik puitis tapi mesejnya jelas.

Lagu Gelombang ( R. Ismail)

Biduk ku hanyut terapung
Di hempas gelombang masa
Tak sanggup tangan mendayung
Terkulai dek derita

Gelombang menyerang garang
Meluru darah dan nadi
Menggulung menghempas pulas
Tak daya ku berdiri

Ku cuba mencapai ke pantai
Menjangkau nyiur yang melambai
Seribu dayung namun tak sampai
Apa daya lemah longlai

Ku hadapi dengan tenang
Ku tempuh juga gelombang
Biar hanya tinggal tulang
Aku tak akan tumbang

p/s: melodinya di youtube

Fairoz Izni Abd Ghani said...

Salam Ayahanda Md Saman.

Terima Kasih atas lagu dan lirik ini. Sangat bermaksud kpd saya. Memang saya sedang lalui gelombang ini, walaupun hanya dengan sebuah rakit. Tapi itu bukan alasan, insya allah jika tiba di pelabuhan akan saya gantikannya dengan sebuah bahtera yang di penuhi kejayaan. Amiin.

Mohon selalu beri tunjuk ajar dan pengalaman seperti ayahanda.

Terima Kasih.

http://www.youtube.com/watch?v=JAhUHv2n8cc

shaidin Md saman said...

Salam. Terima kasih atas penghargaan ankanda. InsyaAllah I wl be here after I left 6th months ago. I missed many things from this blog in that period. Actually I captured a lot of you son as a human. I really apreciate ur vision n ur insprtn. Though I m nt in the same profesn n era I realze u r the one tht cn b a role model of the young generation. Tq